Oktober 2016 - Aktiviti 11
- BERITA RINGKAS 20 Oktober ----- Perkongsian Pintar Sistem eSurat Antara SPA dan JPA
PUTRAJAYA 19 Oktober ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadakan perkongsian pintar sistem eSURAT bersama Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Satu majlis ringkas penyerahan sistem eSURAT telah diadakan semalam dan dihadiri oleh Tuan Haji Abdullah Tahir, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) SPA. Jabatan Perkhidmatan Awam pula telah diwakili oleh Encik Mohd Danial Ma’alip, Pengarah Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik JPA. SPA telah menggunakan sistem eSURAT yang dibangunkan secara dalaman oleh Bahagian Pengurusan Maklumat mulai tahun 2010. MediaSPA
Â
Â