Mac 2021 - Aktiviti 5

  • BENGKEL PEMAHAMAN STANDARD MS ISO 9001:2015 DAN PEMURNIAN DOKUMENTASI

    PUTRAJAYA, 30 - 31 Mac 2021 - Unit Inovasi dan Latihan, Bahagian Khidmat Pengurusan telah mengadakan Bengkel Pemahaman Standard MS ISO 9001:2015 dan Pemurnian Dokumentasi kepada penyelia dokumen dan auditor. Seramai 30 orang peserta menghadiri kursus ini terdiri daripada 27 orang dari SPA Putrajaya dan 3 orang dari Urus Setia Cawangan Sabah dan Sarawak secara maya. Bengkel ini telah dikendalikan oleh En. Khalid bin Libar dari SIRIM STS Sdn. Bhd. Bengkel ini diadakan bertujuan memberi pemahaman kepada pegawai-pegawai yang baharu dilantik sebagai penyelia dokumen dan auditor untuk persediaan pensijilan semula MS ISO 9001:2015 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Aktiviti5

 

Aktiviti5

 

Aktiviti5

Â