Oktober 2015 - Aktiviti 13

  • BERITA RINGKAS 28 Okt ----- "Laksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab" --- Setiausaha S.P.A

    PUTRAJAYA 27 Okt ----- Dato’ Zainal Abidin Ahmad mengingatkan kepada semua peringkat pegawai di S.P.A supaya melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan memberikan komitment agar program atau aktiviti yang ditetapkan dapat berjalan dengan lancar. Beliau berkata demikian di majlis perhimpunan bulanan S.P.A di Putrajaya, petang semalam. Menurutnya lagi, S.P.A sebagai agensi peneraju dalam urusan pelantikan calon ke dalam perkhidmatan awam, mempunyai tanggungjawab besar untuk disempurnakan. Dato’ Zainal Abidin juga memaklumkan bahawa S.P.A telah berjaya memperoleh pensijilan MS ISO 9001: 2008 untuk tahun ke 9 berturut-turut dan mengucapkan tahniah kepada warga S.P.A. Perhimpunan bulanan itu turut dihadiri Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. ----- MediaSPA

Aktiviti13_1

 

Aktiviti13_2

 

Aktiviti13_3

 

Aktiviti13_4