Jun 2017 - Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 5 Jun ----- Program Infaq Ramadhan SPAVOL Terima Sumbangan Beras

    PUTRAJAYA, 5 Jun ----- SPA Volunteer (SPAVOL) hari ini telah menerima sumbangan berupa beras daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk Program Infaq Ramadhan SPAVOL 2017 yang akan diadakan pada 20 Jun 2017 di Kuala Selangor. Sumbangan beras tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Kastam , YBrs.Tuan Abdul Wahabi Abdullah kepada Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak merangkap Penaung SPAVOL. Program Infaq Ramadhan SPAVOL 2017 ini adalah merupakan aktiviti tahunan SPAVOL bertujuan mengagihkan barangan keperluan harian kepada golongan miskin dan golongan yang memerlukan bagi meringankan beban. SPAVOL turut mengalukan-alukan sumbangan daripada badan korporat dan orang perseorangan yang ingin menghulurkan bantuan. Untuk maklumat lanjut sila layari Facebook SPAVOL di https://www.facebook.com/spavol/. MediaSPA

Aktiviti2_1