Jun 2012 - Aktiviti 10

  • Hari Khas SPA Bersama Pelanggan Di Bintulu

    BINTULU 16 Jun ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia hari ini telah mengadakan Hari Khas SPA Bersama Pelanggan yang diadakan di Dewan Suarah, Bintulu Sarawak. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Bin Sawiyo. Hadir sama, Timbalan Residen Bahagian Bintulu, Encik Sirai Anak Daha, Setiausaha Bahagian Urus Setia SPA Cawangan Sarawak, Encik Saiful Sungkih Bin Abdullah. Selain SPA, Hari Khas SPA Bersama Pelanggan ini juga turut disertai oleh Kementerian/Jabatan/Agensi lain seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Tenaga Kerja. SPA turut menjemput Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia untuk menyertai pameran kerjaya pada kali ini. Satu sesi ceramah mengenai peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam telah disampaikan oleh Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan Urus Setia SPA Cawangan Sarawak, Encik Mohd Firdaus Bin Haris Fadzilah. SPA turut menyediakan perkhidmatan pendaftaran permohonan jawatan secara online dan membuka kaunter bagi memberi penerangan dan khidmat nasihat berkaitan urusan pengambilan dalam perkhidmatan awam kepada pelanggan yang hadir dari pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang.----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1