Januari 2014 - Aktiviti 7

  • Seminar SPA Outreach: "Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam" di Kota Kinabalu

    Kota Kinabalu 4 Januari ----- Seminar S.P.A Outreach anjuran Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (ASPA) mengenai “Tips dan Panduan Memasuki Pekhidmatan Awam Malaysia” telah diadakan di Bilik Seminar Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Seminar ini dihadiri seramai 65 peserta telah dirasmikan oleh Ybhg Datuk Ramli bin Juhari, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Turut hadir, Tuan Hj Musa bin Sulaiman dan pegawai-pegawai kanan Urusetia Sabah. Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk membantu calon-calon yang memohon pekerjaan dengan SPA supaya memperlengkapkan diri dengan ilmu serta mengetahui teknik-teknik menghadiri temu duga.

    Pada hari berikutnya, seramai 28 orang hadir menerima surat tawaran pelantikan bagi jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27, Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 serta surat pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen kepada kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di bawah lantikan SPA. Penyerahan ini telah disampaikan oleh Ybhg. Datuk Ramli bin Juhari di bilik Ruang Menunggu Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Urusetia Sabah.

Aktiviti7

 

Aktiviti7

 

Aktiviti7

 

Aktiviti7

 

Aktiviti7