Januari 2017 - Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 12 Januari ----- "Pelbagai Kejayaan Dan Pencapaian SPA Sepanjang Tahun 2016" -- Pengerusi SPA

    PUTRAJAYA, 10 Januari ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak berkata pelbagai kejayaan dan pencapaian yang membanggakan SPA telah dikecapi sepanjang tahun 2016. Antaranya ialah SPA telah menerima 1,561,206 permohonan individu untuk memasuki perkhidmatan awam. Daripada jumlah tersebut, seramai 25,046 orang calon berjaya dilantik secara tetap dan 34,640 orang calon telah dilantik secara kontrak. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat dalam Perhimpunan Bulanan SPA pertama di Putrajaya Selasa lepas. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam juga telah membuka Pusat Temu Duga baharu di Kuala Terengganu serta pemindahan Pusat Temu Duga SPA ke UTC Perak yang merupakan langkah penjimatan kos sewaan. Di samping itu juga SPA telah berjaya mengekalkan pensijilan semula MS ISO 9001:2008, perkongsian pintar sistem eSURAT bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), perkongsian pintar sistem eCirculation antara SPA dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, pelancaran aplikasi mobile mySPA8i dan pelancaran MyGim atau aplikasi pemarkahan temu duga secara online. SPA juga telah berjaya mendapat tempat kedua bagi kategori Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) 2016 sempena Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA). Pada peringkat kejuaraan sukan dan sosial pula, SPA muncul Juara Pertandingan Bola Jaring sempena sukan MAKSWIP 2016. Turut hadir dalam perhimpunan itu, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir dan pegawai-pegawai SPA. MediaSPA

Aktiviti3_1

 

Aktiviti3_2

 

Aktiviti3_3

 

Aktiviti3_4

 

Aktiviti3_5

 

Aktiviti3_6