November 2013 - Aktiviti 3

  • Majlis Inovasi S.P.A 2013, Kumpulan MERPATI Juara tiga tahun berturut-turut


    S.P.A 9 Nov ----- Kumpulan MERPATI 3.0 dari Bahagian Perkhidmatan muncul Juara dalam Pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) yang diumumkan di Majlis Hari Inovasi S.P.A 2013 yang diadakan di Dewan Temu Duga S.P.A semalam. Ini adalah merupakan kemenangan tiga tahun berturut-turut kumpulan itu sejak 2011. Dengan memperoleh markah 73.69 peratus dan telah dicabar oleh Kumpulan CITRA dari Bahagian Peperiksaan yang telah mendapat tempat kedua dengan memperoleh markah 70.21 peratus. Tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan PKPK SPA dari Bahagian Pengambilan Khas yang memperoleh markah 63.34 peratus. Dimajlis ini juga turut diumumkan pejabat terbaik telah dimenangi oleh Bahagian Pengambilan Khas diikuti oleh Bahagian Pengurusan Maklumat di tempat kedua dan Bahagian Naik Pangkat Dan Tatatertib pula di tempat ketiga. YBhg. Tan Sri Mahmood juga telah menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Cerpen dan Pertandingan Jejak Kenegaraan. Terdahulu dari itu, Pengerusi Bank Rakyat, YBhg. Tan Sri Sabbaruddin Chik telah menyampaikan ceramah khas sempena Hari Inovasi S.P.A 2013. Majlis diakhiri dengan pengumuman Tokoh Transformasi S.P.A 2013 iaitu YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan cenderamata khas telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Ramli Juhari. Turut hadir di majlis itu Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R. Segarajah ----- MediaSPA

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3