November 2013 - Aktiviti 2

  • "KIK untuk penambahbaikan berterusan" ---- Tan Sri Mahmood Adam


    S.P.A 7 Nov ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengingatkan warga S.P.A supaya penyertaan dalam Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bukan hanya disebabkan pekeliling atau pun hanya satu arahan sahaja, sebaliknya beliau mahu ia dijadikan sebagai satu medium penambahbaikan yang berterusan terutama untuk organisasi. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sempena merasmikan Konvensyen KIK peringkat S.P.A 2013 yang diadakan di Dewan Temu duga S.P.A hari ini. Menurutnya lagi, S.P.A kini telah pun berubah mengikut kehendak “stakeholder” sebagaimana yang diminta oleh pemimpin dan seperti yang dimahukan oleh pelanggan. Turut hadir, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia. Konvensyen KIK peringkat S.P.A tahun ini disertai sebanyak 9 kumpulan termasuk dari Urus setia S.P.A Cawangan Sabah dan Sarawak. ----- MediaSPA

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2