Mac 2012 - Aktiviti 10

  • Sidang Media Memperkenalkan SPA FC

    PUTRAJAYA 21 Mac ----- Setiausaha SPA merangkap Presiden SPA FC, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo hari ini telah mengadakan Sidang Media untuk memperkenalkan pasukan SPA FC sempena perlawanan suku akhir di antara SPA FC dan Kelantan sabtu ini. Turut hadir Timbalan Presiden SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Setiausaha SPA FC, Aidid Molana dan Jurulatih SPA FC, Nidzam Jamil. "SPA FC sebuah pasukan bola sepak dari jabatan kerajaan, yang disertai oleh warga SPA, tiada pemain import atau profesional’’. Pasukan SPA FC telah layak menyertai Piala FA pada tahun 2011 dan pada tahun ini, SPA FC telah layak hingga ke peringkat suku akhir. ‘’Ini adalah satu rekod, iaitu pasukan pertama dari Liga FAM yang akan bertanding ke peringkat suku akhir’’ katanya." Beliau juga berkata, dari segi prestasi dalam tahun ini, SPA FC telah memenangi kesemua perlawanan dalam Liga FAM. Dengan kemenangan tersebut, SPA FC kini menjadi pendahulu dalam Liga FAM. SPA FC juga telah memenangi dua perlawanan dalam piala FA iaitu menentang MBJB dari liga Perdana dan pasukan Preah Khan Reach dari Kemboja. Dengan kemenangan itu diharapkan dapat memberi semangat dan motivasi yang tinggi kepada pemain-pemain untuk mencapai kejayaan yang seterusnya. Beliau juga mengharapkan pemain-pemain dapat mempamerkan perlawanan bersungguh-sungguh ketika bertemu dengan Kelantan pada Sabtu ini dalam saingan suku akhir Piala FA 2012 ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1