Julai 2014 - Aktiviti 32
- Seminar Budaya Kerja Cemerlang.
PUTRAJAYA 23 Julai----- Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) hari ini telah menganjurkan Seminar Budaya Kerja Cemerlang. Seminar sehari yang diadakan di Anjung Ilham telah dirasmikan oleh Pengarah ASPA, Mohamad Nazmi Ismail pagi tadi. Seramai 42 peserta hadir dan sesi taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Selangor, Mohd Hazimin Jamaludin. Turut menyampaikan taklimat yang bertajuk Kerja Sebagai Satu Ibadah telah disampaikan oleh Ameer Azeezy Tuan Abdullah dan sesi taklimat yang diampaikan oleh Radzi Othman dari YAPEIM bertajuk Sunah Rasullah di hari raya ----- MediaSPA
Â
Â
Â
Â
Â
Â