Disember 2013 - Aktiviti 29

  • "Keputusan temu duga PTD dan Pemeriksa Kapal Terbang diumum hari ini" ------- Tan Sri Mahmood Adam  
       
    Putrajaya 24 Dis ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan temu duga bagi jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) dan juga jawatan Pemeriksa Kapal Terbang akan diumumkan oleh S.P.A pada hari ini. Beliau berkata demikian di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Katanya lagi, keputusan ini boleh diketahui secara online di Portal S.P.A mulai malam ini. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga berkata, S.P.A akan menganjurkan seminar kepada calon-calon dalam membuat persediaan untuk menghadapi urusan Peperiksaan, Assessment Centre dan Temu Duga memasuki Perkhidmatan Awam. Turut hadir di majlis APC, Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R. Segarajah, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari pegawai-pegawai kanan serta warga S.P.A. Pada tahun ini seramai 42 orang warga S.P.A telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Majlis telah diadakan di Dewan Temu duga Aras 6, S.P.A Putrajaya ------ MediaSPA
Aktiviti 29

Aktiviti 29

Aktiviti 29

Aktiviti 29