September 2013 - Aktiviti 9

  • "Buat penambahbaikan berterusan" ---- Tan Sri Mahmood Adam

    S.P.A 20 September ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengingatkan warga S.P.A supaya menjalankan tugas harian dengan teliti agar tidak melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan nama baik S.P.A. “Kita tidak mahu mendengar aduan yang tidak elok daripada orang luar terutamanya yang berkaitan dengan urusan-urusan pengambilan”. Beliau berkata demikian dihadapan warga Bahagian Pengambilan selepas menyampaikan sijil kepada kakitangan bahagian itu yang bertugas secara giliran di bilik operasi One Stop Centre S.P.A. Menurutnya lagi, beliau mahu supaya kakitangan yang membuat urusan temu duga termasuklah penyerahan surat kepada calon mestilah diteliti terlebih dahulu sebelum dihantar kepada penerimanya. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga memaklumkan bahawa S.P.A akan menerima seorang pegawai kanan yang dipinjamkan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk ditempatkan di sini. Diakhir ucapan, beliau meminta agar warga S.P.A membuat penambahbaikan berterusan dan digalakkan untuk berjumpa dengan penyelia masing-masing atau pegawai atasan mahupun terus kepada beliau sendiri dengan memberi cadangan untuk kebaikan organisasi kerana beliau yakin pegawai-pegawai di S.P.A bersedia untuk mendengar apa juga masalah terutama yang berkaitan dengan tugas seharian. ---- MediaSPA

Aktiviti9

 

Aktiviti9

 

Aktiviti9