Julai 2014 - Aktiviti 30

  • "Kita Mesti Bekerja Dalam Satu Pasukan" --- Tan Sri Mahmood Adam

    PUTRAJAYA 22 Julai----- Tan Sri Mahmood Adam hari ini berkata, warga S.P.A mestilah manjalankan tugas secara berpasukan dan itulah yang akan menentukan kejayaan sesebuah organisasi, “kita mesti bekerja sebagai satu keluarga dan itulah yang dituntut oleh Islam”. Beliau berkata demikian pada perhimpunan bulanan S.P.A di Putrajaya petang semalam. Menurutnya lagi, kini S.P.A turut dikenali sebagai sebuah organisasi yang juga aktif dalam acara sukan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Antaranya ialah Juara badminton MAKSWIP, 2014 dan juara bola jaring JPM. Beliau juga menyeru agar kakitangan (kumpulan sokongan) turut menyertai aktiviti yang dijalankan oleh S.P.A ini termasuk kursus anjuran ASPA. Tan Sri Mahmood Adam juga turut mencadangkan agar diadakan “hari terbuka” untuk ahli-ahli keluarga kakaitangan S.P.A. Turut hadir dimajlis perhimpunan Setiausaha Datuk Ramli Juhari serta pegawai-pegawai kanan. Tan Sri Mahmood turut menyampaikan kit kepada pegawai-pegawai baharu yang malapor diri bertugas di S.P.A. ----- MediaSPA

Aktiviti30

 

Aktiviti30

 

Aktiviti30