Oktober 2016 - Aktiviti 2
- BERITA RINGKAS 4 Oktober ----- Pengerusi SPA Sampaikan Taklimat di Persidangan Psikologi 2016
PUTRAJAYA 4 Oktober ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak hari ini telah menyampaikan taklimat bertajuk Kaedah Penilaian Secara Holistik Dalam Proses Pemilihan Penjawat Awam di SPA. Taklimat yang diadakan di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya itu bersempena dengan Persidangan Psikologi 2016 anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Persidangan selama (tiga) 3 hari itu dihadiri seramai 700 orang peserta terdiri daripada pegawai-pegawai psikologi Kementerian dan Jabatan serta Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB). MediaSPA
Â
Â