Mac 2019 - Aktiviti 3

  • Program Outreach SPA Di SMK Sematan, Sematan, Sarawak

    06 Mac 2019(Rabu) ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan Program Outreach di Dewan SMK Sematan , Sematan. SMK Sematan terletak lebih kurang 116 KM melalui jalan darat dari pejabat SPA. Pergerakan boleh melalui jalan Matang ke Sempadi dengan menaiki feri Rambungan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi maklumat kepada pelajar sekolah berkaitan peluang kerjaya di dalam sektor awam apabila mereka menamatkan persekolahan nanti. Taklimat "Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam Malaysia" telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian iaitu Encik Matthew Anak Dominic Barin, turut terlibat dalam program kali ini adalah Encik Siw Woo Kiiong(PSU PG) dan Puan Amelna Anuar(PSU KT). Selain itu SPA Malaysia Cawangan Sarawak juga membuka booth pameran bagi memudahkan pelajar mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh SPA. Seramai 168 pelajar yang terlibat dalam program kali ini.

Aktiviti18_1

 

Aktiviti18_1

 

Aktiviti18_1

 

Aktiviti18_1

 

Aktiviti18_1

Â