April 2013 - Aktiviti 2

  • Mesyuarat S.P.A Dengan Kementerian, Jabatan Dan Pentadbiran Negeri Di Bawah Bidang Kuasa S.P.A


    PUTRAJAYA 3 April ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Mesyuarat dengan Kementerian, Jabatan Dan Pentadbiran Negeri di Bawah Bidang Kuasa S.P.A. di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Mesyuarat pertama bagi tahun 2013 ini telah di pengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Turut hadir Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Mesyuarat dimulakan dengan pengesahan minit Mesyuarat Bil 2/2012 serta perbincangan berdasarkan maklum balas minit Mesyuarat lepas dan isu-isu baru. Satu pembentangan kertas kerja bertajuk Arahan Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 2013 - Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga turut mengadakan Sidang Media selepas mesyuarat berakhir ----- MediaSPA

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2