Ogos 2016 - Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 5 Ogos ----- Pengerusi SPA Hadir Ke Majlis Program Diploma Pascasiswasah Pengurusan Awam

    KUALA LUMPUR 5 Ogos ----- Ketua Setiausaha Negara, YBhg.Tan Sri Ali Hamsa telah merasmikan Majlis Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) 2016 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara. Hadir sama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak dan pegawai-pegawai kanan INTAN. Dalam ucapan perasmian, Tan Sri Ali Hamsa mengingatkan Kadet PTD supaya menjaga integriti, tidak membocorkan maklumat atau rahsia kerajaan kepada orang yang tidak berkenaan. Beliau turut menasihatkan Kadet PTD ini supaya meningkatkan ilmu pengetahuan serta meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. MediaSPA

Aktiviti4_1