Uncategorised

  • Seminar Budaya Kerja Cemerlang.

    PUTRAJAYA 23 Julai----- Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) hari ini telah menganjurkan Seminar Budaya Kerja Cemerlang. Seminar sehari yang diadakan di Anjung Ilham telah dirasmikan oleh Pengarah ASPA, Mohamad Nazmi Ismail pagi tadi. Seramai 42 peserta hadir dan sesi taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Selangor, Mohd Hazimin Jamaludin. Turut menyampaikan taklimat yang bertajuk Kerja Sebagai Satu Ibadah telah disampaikan oleh Ameer Azeezy Tuan Abdullah dan sesi taklimat yang diampaikan oleh Radzi Othman dari YAPEIM bertajuk Sunah Rasullah di hari raya ----- MediaSPA

Aktiviti32

 

Aktiviti32

 

Aktiviti32

 

Aktiviti32

 

Aktiviti32

 

Aktiviti32

 

Aktiviti32
  • BERITA BERGAMBAR 23 Julai ----- Pengerusi S.P.A Jalankan Sesi temu Duga PSH

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti31
  • "Kita Mesti Bekerja Dalam Satu Pasukan" --- Tan Sri Mahmood Adam

    PUTRAJAYA 22 Julai----- Tan Sri Mahmood Adam hari ini berkata, warga S.P.A mestilah manjalankan tugas secara berpasukan dan itulah yang akan menentukan kejayaan sesebuah organisasi, “kita mesti bekerja sebagai satu keluarga dan itulah yang dituntut oleh Islam”. Beliau berkata demikian pada perhimpunan bulanan S.P.A di Putrajaya petang semalam. Menurutnya lagi, kini S.P.A turut dikenali sebagai sebuah organisasi yang juga aktif dalam acara sukan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Antaranya ialah Juara badminton MAKSWIP, 2014 dan juara bola jaring JPM. Beliau juga menyeru agar kakitangan (kumpulan sokongan) turut menyertai aktiviti yang dijalankan oleh S.P.A ini termasuk kursus anjuran ASPA. Tan Sri Mahmood Adam juga turut mencadangkan agar diadakan “hari terbuka” untuk ahli-ahli keluarga kakaitangan S.P.A. Turut hadir dimajlis perhimpunan Setiausaha Datuk Ramli Juhari serta pegawai-pegawai kanan. Tan Sri Mahmood turut menyampaikan kit kepada pegawai-pegawai baharu yang malapor diri bertugas di S.P.A. ----- MediaSPA

Aktiviti30

 

Aktiviti30

 

Aktiviti30
  • Pengerusi S.P.A Tinjau Dewan Temu duga S.P.A

    PUTRAJAYA 22 Julai----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam sebentar tadi telah membuat tinjauan ke dewan temu duga S.P.A Putrajaya bagi melihat calon-calon yang akan menjalani sesi temu temu duga. Sesi temu duga yang dijalankan pada harii ini ialah Pegawai Perubatan Gred UD41 seramai 65 calon, Pegawai Pemulihan Perubatan (Anggota) Gred U41 dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C27. ----- MediaSPA

Aktiviti29

 

Aktiviti29

 

Aktiviti29
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil 26 bagi Tahun 2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 26/2014 telahmembincangkan dan meluluskan pelantikan seramai1,417 orang dan seramai 893 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 12 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas tindakan tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan tujuh (7) kertas Lembaga RayuanTatatertib.

Aktiviti28

 

Aktiviti28

 

Aktiviti28
  • BERITA BERGAMBAR 21 Julai ----- Pengerusi S.P.A Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa MH17

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti27
  • Tan Sri Mahmood Adam Pengerusikan Mesyuarat Bersama Jabatan Veterinar Dan KDN

    PUTRAJAYA 18 Julai----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini mempengerusikan Mesyuarat bersama Jabatan Veterinar dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk urusan pengambilan jawatan Pembantu Penguat kuasa Gred N17 di Kementerian dan Jabatan tersebut. Hadir sama Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad. Turut hadir pegawai-pegawai dari jabatan berkenaan ----- MediaSPA

Aktiviti26

 

Aktiviti26

 

Aktiviti26
  • Kunjungan Felo Perdana Ke S.P.A

    PUTRAJAYA 18 Julai ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam telah menerima kunjungan dua (2) orang Felo. Mereka yang akan bertugas di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk tempoh masa tertentu adalah terdiri dari 70 calon yang terpilih dalam program Felo Perdana pada tahun 2014. Terdahulu dari itu Felo yang terpilih iaitu Stanley Anak John dan Muhd Afiq Asyraf mengadakan perjumpaan bersama Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari ----- MediaSPA

Aktiviti25

 

Aktiviti25

 

Aktiviti25
  • Majlis Khatam Al-Quran

    PUTRAJAYA 17 Julai----- Biro Agama PUSPANITA dengan kerjasama PASPA hari ini telah mengadakan majlis khatam Al-Quran sempena program tadarus Al-Quran 2014. Majlis turut dihadiri Tan Sri Mahmood Adam serta warga S.P.A. Bacaan Al-Quran dipimpin oleh Ustaz Ameer Azeezy Tuan Abdullah. Program tadarus Al-Quran yang bermula awal Ramadhan lalu telah disertai sebanyak (10) Sepuluh kumpulan yang terdiri dari warga S.P.A i ----- MediaSPA

Aktiviti24

 

Aktiviti24

 

Aktiviti24

 

Aktiviti24

 

Aktiviti24

 

Aktiviti24

 

Aktiviti24

 

Aktiviti24

 

Aktiviti24

 

Aktiviti24
  • Tan Sri Mahmood Adam Pengerusikan Mesyuarat Pra Suruhanjaya

    PUTRAJAYA 17 Julai ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam pagi ini mempengerusikan Mesyuarat Pra Suruhanjaya. Mesyuarat turut dihadiri Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan. Mesyuarat yang diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya bermula sebentar tadi ----- MediaSPA

Aktiviti23

 

Aktiviti23
  • PERISTIWA BERGAMBAR 17 Julai ----- Lawatan Tan Sri Mahmood Adam Ke Bahagian Naik Pangkat & Tatatertib

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti22

 

Aktiviti22
  • Majlis Berbuka Puasa S.P.A

    PUTRAJAYA 15 Julai----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) mengadakan majlis berbuka puasa yang diadakan di dewan temu duga S.P.A Putrajaya petang semalam. Majlis anjuran PASPA dan PUSPANITA itu turut dihadiri Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam bersama isteri Puan Sri Nabihah Haji Hassan. Hadir Sama Timbalan Pengerusi Dato’ R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Pegawai tugas-tugas khas, Setiausaha Datuk Ramli Juhari warga S.P.A dan keluarga. Majlis dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Haji Abdullah Tahir. Tan Sri Mahmood Adam juga menyampaikan duit raya kepada anak-anak warga S.P.A yang hadir.----- MediaSPA

Aktiviti21

 

Aktiviti21

 

Aktiviti21

 

Aktiviti21

 

Aktiviti21

 

Aktiviti21

 

Aktiviti21

 

Aktiviti21

 

Aktiviti21
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 25 Bagi Tahun 2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 25/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 821 orang dan seramai 897 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lima (5) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sembilan (9) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti20

 

Aktiviti20

 

Aktiviti20
  • Tan Sri Mahmood Adam Mempengerusikan Mesyuarat Bersama Pentadbir Pusat Temu Duga S.P.A

    PUTRAJAYA 14 Julai----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam petang ini mempengerusikan mesyuarat bersama pentadbir-pentadbir pusat temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Pengerusi Dato’ R.Segarajah. Seramai 23 orang pentadbir pusat temu duga hadir. Antara perkara yang dibincangkan adalah menganai urusan Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai yang hadir menjalankan sesi temu duga di pusat-pusat temu duga S.P.A. di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.----- MediaSPA

Aktiviti19

 

Aktiviti19

 

Aktiviti19

 

Aktiviti19

 

Aktiviti19

 

Aktiviti19

 

Aktiviti19
  • PERISTIWA BERGAMBAR 14 Julai ----- Pengerusi S.P.A Ucap Takziah Kepada Keluarga Ab. Rajah Jamuan

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti18
  • Seminar Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam

    KUCHING 12 Julai ----- Urus Setia S.P.A Cawangan Sarawak telah mengadakan seminar Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam yang diadakan di Dewan Suarah Kota Samarahan Kuching, Sarawak. Majlis perasmian telah disampurnakan oleh Setiausaha Bahagian, Abdul Halim Abang Naili. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Mohamad Firdaus Haris Fadzilah. ----- MediaSPA

Aktiviti17

 

Aktiviti17
  • PERISTIWA BERGAMBAR 11 Julai ----- Tan Sri Mahmood Adam Mesyuarat Mengenai Sistem E-Tapis

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti16
  • PERISTIWA BERGAMBAR 10 Julai ----- Perjumpaan Tan Sri Mahmood Adam Bersama Pemandu Di S.P.A

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti15

 

Aktiviti15
  • Tan Sri Mahmood Adam Pengerusikan Mesyuarat Pra Suruhanjaya

    PUTRAJAYA 10 Julai----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam sebentar tadi mengadakan perjumpaan bersama pegawai-pegawai gred 41 – 48 yang bertugas di S.P.A. Antara lain perbincangan yang diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya itu adalah berkenaan keberkesanan kursus tips dan panduan memasuki perkhidmatan awam yang sedang dilaksanakan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, statastik permohonan jawatan, NGO, CBI, SITF. Perjumpaan hampir dua (2) jam yang berakhir sebentar tadi dihadiri seramai 39 orang pegawai ----- MediaSPA

Aktiviti14

 

Aktiviti14

 

Aktiviti14

 

Aktiviti14

 

Aktiviti14

 

Aktiviti14

 

Aktiviti14
  • Tan Sri Mahmood Adam Pengerusikan Mesyuarat Pra Suruhanjaya

    PUTRAJAYA 10 Julai ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam pagi ini mempengerusikan Mesyuarat Pra Suruhanjaya. Turut hadir Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan. Mesyuarat yang bermula sebentar tadi diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya ----- MediaSPA

Aktiviti13

 

Aktiviti13

 

Aktiviti13
  • PERISTIWA BERGAMBAR 9 Julai ----- S.P.A Serah Surat Lantikan Selepas Sesi Temu Duga

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti12
  • ASPA Anjur Kursus English Communication

    PUTRAJAYA 8 Julai ----- Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) telah menganjurkan kursus English Communication yang diadakan dianjung Ilham S.P.A Putrajaya. Kursus dua (2) hari yang bermula hari ini telah dirasmikan oleh Pengarah ASPA, Mohamad Nazmi Ismail. Sesi bengkel dan pengenalan kursus telah diketuai oleh Pegawai Bahasa Inggeris, Wan Faizah Wan Yusoff dari Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR). Seramai 32 orang peserta hadir yang diwakili oleh warga S.P.A dari setiap bahagian. ----- MediaSPA

Aktiviti11

 

Aktiviti11

 

Aktiviti11

 

Aktiviti11

 

Aktiviti11

 

Aktiviti11

 

Aktiviti11

 

Aktiviti11
  • PERISTIWA BERGAMBAR 8 Julai ----- Datuk Salim Dilantik Sebagai Pegawai Temu Duga Di S.P.A

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti10
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 24 Bagi Tahun 2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 24/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 868 orang dan seramai 927 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, sepuluh (10) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan empat (4) telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas tindakan tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib

Aktiviti9

 

Aktiviti9

 

Aktiviti9
  • Seminar Tip Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam Beri Manfaat - Datuk Ramli Juhari

    PUTRAJAYA 6 Julai ----- Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari berkata, maklumat yang diberi oleh pegawai-pegawai S.P.A pada seminar outreach amat penting dan memberi manfaat kepada peserta untuk menghadapi temu duga yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Beliau berkata demikian kepada peserta outreach di majlis perasmian Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam di Putrajaya semalam. Menurutnya lagi, selain itu peserta juga diberi maklumat mengenai teknik bagaimana untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan yang dianjurkan oleh S.P.A. Turut hadir Pengarah ASPA, Mohamad Nazmi Ismail. Terdahulu dari itu Datuk Ramli Juhari turut bertanya khabar kepada calon-calon yang hadir untuk sesi temu duga. Seramai 32 orang calon memilih untuk menjalani sesi itumu duga jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional (PPLV) pada hari Sabtu. ----- MediaSPA

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8
  • Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bersama NGO Dayak

    KUCHING 4 Julai----- Urus Setia S.P.A Cawangan Sarawak petang ini telah mengadakan Mesyuarat jawatankuasa khas bagi mengkaji penyertaan kaum dayak ke dalam Perkhidmatan Awam. Mesyuarat dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Urus Setia Cawangan Sarawak, Abdul Halim Abang Naili. Mesyuarat telah diadakan Urus Setia SPA Cawangan Sarawak ----- MediaSPA

Aktiviti7

 

Aktiviti7
  • Sindiket Penipuan Menawarkan Pekerjaan Ke Perkhidmatan Awam

    KUCHING 4 Julai PUTRAJAYA 4 Julai ----- Warga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.PA) serta orang ramai diingatkan agar berhati-hati kerana terdapat satu lagi PENIPUAN oleh individu dikenalpasti menggunakan nama Datin Maimunah yang menawarkan pekerjaan untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam. Individu terbabit menggunakan media sosial Facebook dan mengaku berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri sebagai taktik “menawarkan” jawatan dalam perkhidmatan awam serta meminta bayaran sebanyak RM750.00 seorang. Oleh yang demikian satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri mengenai sindiket penipuan tersebut.-----MediaSPA

Aktiviti6

 

Aktiviti6
  • Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengkaji Penyertaan Kaum Melayu Ke Dalam Perkhidmatan Awam

    KUCHING 4 Julai ---- Urus Setia S.P.A Cawangan Sarawak hari ini telah mengadakan Mesyuarat jawatankuasa khas bagi mengkaji penyertaan kaum Melayu ke dalam Perkhidmatan Awam. Mesyuarat dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Urus Setia S.P.A Cawangan Sarawak, Abdul halim Abang Nail. Mesyuarat yang berakhir sebentar tadi diadakan dibilik mesyaurat SPA Cawangan Sarawak ----- MediaSPA.

Aktiviti5

 

Aktiviti5

 

Aktiviti5
  • Pengerusi S.P.A Terima Kunjungan Hormat Prof. Madya. Dr. Krishnan Maniam

    PUTRAJAYA 4 Julai ---- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah menerima kunjungan dari Prof. Madya. Dr. Krishnan Maniam. Hadir sama Pesuruhjaya SUHAKAM, Dato’ Siva Subramaniam. Tan Sri Mahmood Adam juga menyampaikan surat lantikan kepada Prof Madia. Dr Krishnan sebagai Ahli Jawatankuasa Khas mengkaji penyertaan masyarakat India dalam sektor awam----- MediaSPA.

Aktiviti4

 

Aktiviti4
  • Lawatan Tan Sri Mahmood Adam Ke Bahagian Di SPA

    PUTRAJAYA 4 Julai ---- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam pagi ini telah membuat lawatan ke Bahagian Pengambilan dan ke dewan temu duga S.P.A di Putrajaya. Terdahulu dari itu beliau yang diiringi Setiausaha Bahagian Pengurusan Mohd Nazri Dollah turut bertemu kakitangan yang bertugas di pusat One Stop Centre Aras 9. ----- MediaSPA.

Aktiviti3

 

Aktiviti3

 

Aktiviti3

 

Aktiviti3

 

Aktiviti3
  • Tan Sri Mahmood Adam Mempengerusikan Mesyuarat Pra Suruhanjaya

    PUTRAJAYA 3 Julai ---- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam pagi ini telah mempengerusikan Mesyuarat Pra Suruhanjaya. Mesyuarat turut dihadiri Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan ----- MediaSPA.

Aktiviti1

 

Aktiviti2

 

Aktiviti3
  • BERITA BERGAMBAR 18 Jun ----- Bengkel Semakan Semula Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti Dan Kursus Audit Dalaman MS ISO 9001:2008

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti22

 

Aktiviti22

 

Aktiviti22

 

Aktiviti22

 

Aktiviti22
  • Mesyuarat SPA Bersama APMM

    PUTRAJAYA 2 Julai ---- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam petang ini mempengerusikan menyuarat bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Mesyuarat turut dihadiri Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia. Hadir sama Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd Amdan Kurish serta pegawai kanan APMM. Mesyuarat yang diadakan dibilik Mesyuarat Suruhanjaya bermula sebentar tadi ----- MediaSPA.

Aktiviti1

 

Aktiviti2

 

Aktiviti3
  • BERITA BERGAMBAR 18 Jun ----- Mesyuarat PRA PLP Bagi Jawatan PTD, Bersama JPA

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti21

 

Aktiviti21

 

Aktiviti21
  • BERITA BERGAMBAR 18 Jun ----- Perjumpaan PTD Baharu Bersama Pengerusi S.P.A

    Berita bergambar

Aktiviti20
  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 23 BAGI TAHUN 2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 23/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 614 orang dan seramai 804 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 8 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan enam (6) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti43

 

Aktiviti43

 

Aktiviti43
  • BERITA RINGKAS 18 Jun ----- Sesi Temu Duga S.P.A Seawal Jam 7.30 Pagi

    PUTRAJAYA 18 Jun ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam pagi ini menjalankan sesi temu duga seawal jam 7.30 pagi. Sesi temu duga jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 ini ialah atas permintaan calon tersebut kerana beliau tidak mendapat cuti dari majikannya. Seramai 17 orang calon Gred 17 akan ditemu duga oleh Pengerusi S.P.A pada hari ini. Sebelum ini, S.P.A juga mengadakan sesi temu duga pada waktu malam serta hujung minggu atas permintaan calon ----- MediaSPA

Aktiviti19
  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 22 BAGI TAHUN 2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 22/2014 telahmembincangkan dan meluluskan pelantikan seramai708 orang dan seramai 735 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.Manakala, 9 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan lapan (8) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti43

 

Aktiviti43

 

Aktiviti43
  • BERITA RINGKAS 17 Jun ----- Amanat Tan Sri Mahmood Adam Bagi Mempertahankan Kejuaraan Badminton MAKSWIP 2014

    PUTRAJAYA 17 Jun ----- Penaung Kelab Badminton S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan perjumpaan bersama pemain-pemain Kelab Badminton S.P.A dan menyampaikan amanat bagi mempertahankan kejohanan Badminton MAKSWIP 2014 yang sedang berlangsung mulai semalam hingga Khamis ini, di Kuala Lumpur. Beliau yang turut memberi suntikan semangat juga mahukan pemain yang terlibat menjaga nama baik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan bermain dengan semangat kesukanan serta menjaga disiplin. S.P.A telah muncul juara dalam perlawanan badminton MAKSWIP buat pertama kali pada tahun lepas dan misi mempertahankan kejuaraan adalah matlamat utama pada tahun ini, katanya beliau. ----- MediaSPA

Aktiviti18

 

Aktiviti18

 

Aktiviti18

 

Aktiviti18
  • Tan Sri Mahmood Adam Mempengerusikan Mesyuarat SPKP Kali Ke - 124

    PUTRAJAYA 27 Jun ----- Tan Sri Mahmood Adam pagi tadi mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan (SPKP) kali ke – 124. Mesyuarat yang diadakan di Istana Kehakiman turut dihadiri Hakim Besar Malaya Y.A.A. Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Sabah Dan Sarawak Y.A.A. Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Hakim Mahkamah Tinggi Y.A. Dato’ Zaleha Yusof, Hakim Mahkamah Tinggi Y.A. Dato’ Rhodzariah Bujang. Hadir sama Peguam Cara Negara Tan Sri Idrus Harun, Ketua Pendaftar Tuan Roslan Haji Abu Bakar dan Setiausaha S.P.K.P. Datuk Ramli Juhari. --- MediaSPA

Aktiviti42

 

Aktiviti42

 

Aktiviti42
  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 21 BAGI TAHUN 2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 21/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 478 orang dan seramai 883 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 7 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan dua belas (12) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti17

 

Aktiviti17

 

Aktiviti17
  • Tubuh Kelab Sukan Yang Berdaftar ---- Tan Sri Mahmood Adam

    PUTRAJAYA 26 Jun ----- Tan Sri Mahmood Adam hari ini berkata, mana-mana kumpulan dari kalangan warga S.P.A yang ingin bermain dalam aktiviti sukan agar menubuhkan kelab yang berdaftar. Beliau berkata demikian semasa mengadakan perjumpaan dengan pemain-pemain bola tampar dan bola jaring yang bermain mewakili S.P.A. diperingkat JPM dan MAKSWIP. Katanya lagi penubuhan kelab sukan yang berdaftar adalah penting, kerana ia mengikut peraturan dan boleh mengelakkan dari sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Katanya lagi, kakitangan awam tidak dihalang untuk aktif dalam sebarang sukan kerana ia boleh menjadikan individu lebih sihat disamping menjalankan tugas-tugas hakiki --- MediaSPA

Aktiviti41

 

Aktiviti41

 

Aktiviti41
  • BERITA RINGKAS 17 Jun ----- Perbincangan Kerjasama RELA Bersama S.P.A

    PUTRAJAYA 17 Jun ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Maklaysia (SPA)hari ini telah mengadakan perbincangan bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA). Perbincangan jaringan kerjasama antara S.P.A bersama RELA yang diadakan di Putrajaya dihadiri Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam dan Ketua Pengarah RELA, Dato’ Mustafa Haji Ibrahim serta pegawai-pegawai kanan. Hadir Sama Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad. Perbincangan hampir sejam itu berakhir sebentar tadi ----- MediaSPA.

Aktiviti16

 

Aktiviti16

 

Aktiviti16
  • Kunjungan Hormat Pengerusi S.P.A Ke Atas Ketua Menteri Negeri Sarawak

    KUCHING 25 Jun ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam petang tadi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Negeri Sarawak, YAB Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Haji Satem. Turut hadir Timbalan Pengerusi Dato’ R. Segarajah, Ahli Suruhanjaya Tuan Haji Onn Haji Abdullah, Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tuan Hali Abdullah Jamil dan Setiausaha Urus Setia S.P.A Cawangan Sarawak Abdul Halim Abang Naili. Kunjungan selama 35 minit itu telah diadakan di Pejabat Ketua Menteri, di bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak ----- MediaSPA

Aktiviti40

 

Aktiviti40

 

Aktiviti40
  • BERITA BERGAMBAR 12 Jun ----- Perbincangan Bersama Kementerian Luar Negeri Dan S.P.A

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti15

 

Aktiviti15

 

Aktiviti15
  • Sesi Interaksi Di Kuching Sarawak

    KUCHING 25 Jun ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini mengadakan sesi interaksi dengan ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Badan-Badan Berkanun Persatuan-Persatuan Dan Badan-badan Bukan Kerajaan. Sesi interaksi yang diadakan di Sarawak Tuorism Compleks, dihadiri Timbalan Pengerusi Dato’ R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai kanan. S.P.A. turut juga mengadakan karnival Kerjaya ----- MediaSPA

Aktiviti39

 

Aktiviti39

 

Aktiviti39

 

Aktiviti39
  • BERITA BERGAMBAR 11 Jun ---- Sesi Temu Duga Pegawai Tugas-Tugas Khas

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti14
  • Retreat Suruhanjaya Bil 3/2014 Di Kuching Sarawak

    KUCHING 25 Jun ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan retreat Suruhanjaya yang bermula Isnin lepas di Kuching, Sarawak. Retreat tiga (3) hari telah dihadiri Pengerusi S.P.A, Ahli-Ahli Suruhanjaya serta pegawai-pegawai setiap bahagian turut terlibat.----- MediaSPA

Aktiviti38

 

Aktiviti38

 

Aktiviti38

 

Aktiviti38
  • BERITA BERGAMBAR 10 Jun ----- Perbincangan Mengenai Tapisan Keselamatan Secara Halus Kadet PTD
Aktiviti13

 

Aktiviti13

 

Aktiviti13
  • Mesyuarat Bersama NGO Cina di Sarawak

    KUCHING 25 Jun ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam malam tadi telah mempengerusikan Mesyuarat bersama NGO Cina. Mesyuarat turut dihadiri Setiausaha S.P.A Datuk RamIi Juhari. Terdahulu, Tan Sri Mahmood Adam menyerahkan surat lantikan kepada enam (6) orang wakil NGO sebagai Ahli Jawatankuasa Khas mengkaji penyertaan kaum Cina ke dalam perkhidmatan awam.----- --- MediaSPA

Aktiviti37

 

Aktiviti37

 

Aktiviti37

 

Aktiviti37

 

Aktiviti37

 

Aktiviti37
  • BERITA BERGAMBAR 10 Jun ----- Datuk Ramli Juhari Mempengerusikan Mesyuarat Bersama Setiausaha Perkhidmatan Awam Negeri
Aktiviti12
  • Tan Sri Mahmood Adam Serah Surat Lantikan Ahli Jawatankuasa Khas Kepada NGO Melayu

    KUCHING 24 Jun ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini menyarahkan surat lantikan kepada 14 orang wakil NGO sebagai Ahli Jawatankuasa Khas mengkaji penyertaan kaum Melayu ke dalam perkhidmatan awam. Majis penyerahan surat lantikan dilakukan selepas Mesyuarat bersama NGO Melayu Sarawak, di Kuching malam tadi --- MediaSPA

Aktiviti36

 

Aktiviti36

 

Aktiviti36

 

Aktiviti36

 

Aktiviti36

 

Aktiviti36

 

Aktiviti36

 

Aktiviti36
  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 20 BAGI TAHUN 2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 20/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 2,531 orang dan seramai 1,123 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 12 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib, tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan dua belas (12) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib

Aktiviti11

 

Aktiviti11

 

Aktiviti11
  • Mesyuarat Bersama NGO Melayu di Sarawak

    KUCHING 24 Jun ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam sebentar tadi mengadakan perjumpaan dan mempengerusikan Mesyuarat bersama NGO Melayu. Seramai lapan (8) orang wakil dari NGO Melayu hadir antaranya MTW PBB Sarawak, YAKIN, Persatuan Melayu Kuching, ABIM, Pemuda PBB, Pekida Malaysia, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Ikram Sarawak dan HIKMAH. Hadir sama Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari. Mesyuarat diadakan di Hotel Riverside Majestic Kuching --- MediaSPA

Aktiviti35

 

Aktiviti35

 

Aktiviti35

 

Aktiviti35
  • Tan Sri Mahmood Adam Mempengerusikan Mesyuarat Bersama S.P.A Dan JPA
Aktiviti10

 

Aktiviti10

 

Aktiviti10
  • Mesyuarat Bersama Pengerusi-Pengerusi Dan Setiausaha-Setiausaha SPA Negeri

    KUCHING 24 Jun ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam sebentar tadi mempengerusikan Mesyuarat bersama Pengerusi-Pengerusi dan Setiausaha-Setiausaha SPA Negeri. Mesyuarat yang diadakan di Hotel Riverside,Kuching Sarawak turut dihadiri Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia --- MediaSPA

Aktiviti34

 

Aktiviti34

 

Aktiviti34

 

Aktiviti34
  • BERITA BERGAMBAR 9 Jun --- Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam Di Putrajaya
Aktiviti9

 

Aktiviti9

 

Aktiviti9

 

Aktiviti9
  • Sesi Dialog Bersama Kementerian/Jabatan di Kuching

    KUCHING 24 Jun ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam pagi tadi telah mengadakan sesi dialog bersama Kementerian/Jabatan dan pentadbiran negeri di bawah bidang kuasa S.P.A. Sesi dialog yang diadakan di Auditorium bangunan Sultan Iskandar turut dihadiri Timbalan Pengerusi Dato’ R.Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya. Hadir sama Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari pegawai-pegawai kanan dan pegawai tugas-tugas khas.--- MediaSPA

Aktiviti33

 

Aktiviti33

 

Aktiviti33

 

Aktiviti33

 

Aktiviti33

 

Aktiviti33
  • BERITA BERGAMBAR 6 Jun ----- Mesyuarat PRA Temu Duga Jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29, SPRM
Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8
  • Majlis Selautan Budi Segunung Ingatan

    KUCHING 23 Jun ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) malam tadi telah mengadakan majlis selautan budi segunung ingatan. Majlis yang diadakan di Hotel Riverside Kuching adalah meriakan dua orang Ahli Suruhanjaya yang telah tamat tempoh iaitu Tuan Hali Abdullah Jamil dan Datu Muhammad Sapuan Anu. Majlis dihadiri Tan Sri Mahmood Adam, Ahli-Ahli Suruhanjaya serta pegawai-pegawai S.P.A.----- MediaSPA

Aktiviti32

 

Aktiviti32

 

Aktiviti32

 

Aktiviti32

 

Aktiviti32
  • BERITA RINGKAS 6 Jun ----- Penjawat Awam Mesti Patuh Kepada Undang-Undang --- Tan Sri Mahmood Adam

    KUALA LUMPUR 6 Jun ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini berkata, apabila seseorang itu dilantik sebagai kakitangan kerajaan mestilah patuh kepada peraturan-peraturan dan terikat kepada undang-undang yang telah ditetapkan. Beliau berkata demikian dihadapan 97 orang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) yang baru menerima surat lantikan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A). Katanya lagi, Pegawai Tadbir Dan Diplomatik juga adalah menjadi tulang belakang kepada kerajaan. Turut hadir dimajlis ialah Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Dato’ Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad. Hadir Sama Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari, Pengarah INTAN Dato’ Dr . Mazlan Yusoff serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. Majlis yang diadakan di Auditorium INTAN Bukit Kiara, berakhir sebentar tadi ----- MediaSPA

Aktiviti7

 

Aktiviti7

 

Aktiviti7

 

Aktiviti7

 

Aktiviti7
  • Pengerusi S.P.A Mempengerusikan Mesyuarat Bersama NGO Dayak

    KUCHING 23 Jun ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam petang tadi telah mengadakan Mesyuarat bersama NGO Dayak. Mesyuarat yang diadakan di Hotel Riverside, Kuching turut di hadiri Timbalan Pengerusi S.P.A Dato’ R. Segarajah. Hadir sama Setiausaha S.P.A, Datuk Ramli Juhari. Antara lain agenda Mesyuarat adalah berkenaan statistik pendaftaran dan pelantikan calon anak Negeri Sarawak mengikut kaum bagi tahun 2014. Terdahulu dari itu Pengerusi S.P.A dan Ahli-Ahli Suruhanjaya telah bertemu keluarga Ahli Suruhanjaya yang telah meninggal dunia iaitu mendiang Isaka Anak Kana di Kuching Sarawak.----- MediaSPA

Aktiviti31

 

Aktiviti31

 

Aktiviti31

 

Aktiviti31

 

Aktiviti31
  • BERITA BERGAMBAR 4 Jun ----- Taklimat Pelupusan Rekod
Aktiviti6

 

Aktiviti6

 

Aktiviti6

 

Aktiviti6

 

Aktiviti6
  • Kunjungan Hormat Pengerusi S.P.A Ke atas Presiden SDNU

    KUCHING 23 Jun ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam pagi tadi telah membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi yang juga Presiden Sarawak Dayak National Union (SDNU). Kunjungan hormat selama 25 minit itu telah diadakan di pejabat Presiden SDNU di Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Tan Sri Mahmood Adam seterusnya mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kuching. Satu taklimat mengenai JKDM telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Abdul Karim Wahab----- MediaSPA

Aktiviti30

 

Aktiviti30

 

Aktiviti30

 

Aktiviti30

 

Aktiviti30
  • BERITA BERGAMBAR 4 Jun ----- Pengerusi S.P.A Mengadakan Sesi Temu Duga Jawatan Pegawai Sains Gred C41 (Biomedikal)
Aktiviti5
  • Menjuarai Kejohanan Badminton MAKSWIP 2014, Pemain-Pemain S.P.A Dapat Insentif RM400 hingga RM1000 Seorang

    Kuala Lumpur 20 JUN ----- Pemain-pemain badminton S.P.A menerima insentif berupa wang tunai RM400 hingga RM1000 setiap seorang kerana menjuarai Kejohanan Badminton MAKSWIP 2014 setelah menewaskan pasukan dari KWSP dalam perlawanan akhir pada minggu lepas. Satu majlis ringkas penyampaian sijil serta insentif telah disampaikan oleh Penaung Kelab Badminton S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain serta jurulatih kerana dapat mengekalkan kejohanan badminton MAKSWIP selama dua tahun berturut-turut. Hadir sama Timbalan Presiden Kelab Badminton S.P.A, Zainal Abidin Ahmad dan Lim Mooi Eia ----- MediaSPA

Aktiviti29

 

Aktiviti29

 

Aktiviti29

 

Aktiviti29

 

Aktiviti29

 

Aktiviti29

 

Aktiviti29

 

Aktiviti29

 

Aktiviti29

 

Aktiviti29

 

Aktiviti29

 

Aktiviti29

 

Aktiviti29

 

Aktiviti29
  • BERITA BERGAMBAR 3 Jun ----- Lawatan Setiausaha S.P.A Ke Bahagian Pengurusan
Aktiviti4

 

Aktiviti4
  • Kunjungan Kerjasama Pintar SPA Bersama JARING

    Kuala Lumpur 20 JUN ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) telah mengadakan lawatan ke JARING Communication Sdn Bhd (Jaring). Kunjungan bersama delegasi pegawai-pegawai telah diketuai oleh Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam. JARING telah melaksanakan kerjasama pintar bersama S.P.A dalam mengendalikan Sistem Peperiksaan Online. Hadir sama Chief Executive Officer/Presiden, Mohd Yusri Ton Alias. Tan Sri Mahmood Adam turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 22 orang kakitangan JARING yang terlibat mengendalikan kelancaran peperiksaan Online ----- MediaSPA

Aktiviti28

 

Aktiviti28

 

Aktiviti28
  • BERITA RINGKAS 3 Jun ----- Majlis Penyerahan Dokumen Pelan Strategik ICT SPA Tahun 2014 - 2015

    PUTRAJAYA 3 Jun ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah mengadakan majlis penyerahan Dokumen Pelan Strategik ICT Tahun 2014-2015. Majlis dihadiri Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam, Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari serta pegawai-pegawai kanan. Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah MAMPU, Dr. Aizi Razman Ismail. Pelan Strategik ICT S.P.A ini telah dibangun dan digubal oleh Pasukan Pelan Strategik ICT dengan kerjasama pasukan perunding ICT sektor awam MAMPU. ----- MediaSPA

Aktiviti3

 

Aktiviti3

 

Aktiviti3

 

Aktiviti3

 

Aktiviti3

 

Aktiviti3

 

Aktiviti3

 

Aktiviti3

 

Aktiviti3

 

Aktiviti3

 

Aktiviti3

 

Aktiviti3

 

Aktiviti3
  • BERITA BERGAMBAR 20 Jun ---- Temubual Tan Sri Mahmood Adam Bersama SPANCO

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti27
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 19 Bagi Tahun 2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 19/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,104 orang dan seramai 2,510 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 46 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas tindakan tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Sembilan belas (19) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti2

 

Aktiviti2

 

Aktiviti2
  • BERITA BERGAMBAR 20 Jun ----- Datuk Ramli Juhari Pengerusikan Mesyuarat MBJ

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti26

 

Aktiviti26

 

Aktiviti26

 

Aktiviti26
  • BERITA RINGKAS 2 Jun ----- Tan Sri Mahmood Adam Rasmi Minggu Sintesis Kadet PTD 2013

    KUALA LUMPUR 2 Jun ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmoood Adam hari ini telah merasmikan Minggu Sintesis Kadet Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) 2013 di INTAN Bukit Kiara. Majlis turut dihadiri Pengarah Dato’ Dr. Mazlan Yusoff serta pegawai-pegawai kanan INTAN. Peserta Kadet yang menjalani kursus selama setahun bermula Jun tahun 2013 akan mula melaporkan diri secara rasmi sebagai Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) pada minggu hadapan setelah tamat kursus setahun di INTAN ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • BERITA BERGAMBAR 20 Jun ----- Datuk Ramli Juhari Ucap Tahniah Dan Selamat Maju Jaya

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti25

 

Aktiviti25
  • BERITA RINGKAS 19 Jun ----- Kejohanan Badminton MAKSWIP 2014 -- SPA Juara

    KUALA LUMPUR 19 Jun ----- Pasukan Badminton S.P.A muncul juara setelah menewaskan pasukan KWSP 4-1 dalam perlawanan akhir di Kejohanan Badminton MAKSWIP 2014 yang berlangsung di Dewan Kumuniti Sentul Perdana, Kuala Lumpur, malam tadi seterusnya mempertahankan kejuaraan Badminton MAKSWIP 2013. Kejohanan Badminton MAKSWIP 2014 yang bermula 16 hingga 19 Jun 2014 telah disertai 25 pasukan. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi badminton MAKSWIP Ramlan Abu Talib. ---- MediaSPA

Aktiviti24

 

Aktiviti24

 

Aktiviti24

 

Aktiviti24

 

Aktiviti24

 

Aktiviti24

 

Aktiviti24

 

Aktiviti24
  • BERITA BERGAMBAR 27 Mei ----- Taklimat Tan Sri Mahmood Adam Bersama Pengendali Peperiksaan Online.

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • BERITA BERGAMBAR 18 Jun ----- Mesyuarat PRA PLP Bagi Jawatan PTD, Bersama JPA

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti23

 

Aktiviti23

 

Aktiviti23

 

Aktiviti23

 

Aktiviti23
  • Sistem Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam Di Lancar

    PUTRAJAYA 27 Mei ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah melancarkan Sistem Peperiksaan Online. Majlis pelancaran yang diadakan di dewan temu duga S.P.A telah disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Anak Belaun. Turut hadir Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam, Ketua-Ketua Jabatan, Wakil-wakl Kementerian dan Jabatan. Di majlis itu juga, sesi menandatangani dokumen kerjasama pintar Sistem Peperiksaan Online turut diadakan.----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1