Uncategorised

  • Bahagian Pengambilan Berjaya Mencapai KPI -- Tan Sri Mahmood Adam  
       
    S.P.A 17 Dis ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengatakan bahawa beliau berbangga kerana Bahagian Pengambilan S.P.A telah berjaya mencapai Key Perfomance Index (KPI) bahagian seperti yang dikehendaki. Beliau berkata demikian semasa kunjungan ke bahagian itu hari ini. Tambah beliau lagi apabila sesuatu bahagian berjaya mencapai KPI yang disasarkan maka kakitangannya sudah pasti memperoleh markah penilaian 85% ke atas termasuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti lain seperti sukan. Terdahulu dari itu, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata S.P.A akan mengadakan mesyuarat bersama Pihak Berkuasa Tempatan, Badan-badan Berkanun dan GLC dalam masa terdekat agar penggunaan Sistem Semakan Maklumat Individu (SSMI) yang telah dilancarkan semalam dapat digunakan oleh agensi-agensi tersebut. ----- MediaSPA
Aktiviti 20

Aktiviti 20
  • Lawatan Dari Republic of Kazakhstan  
       
    S.P.A 17 Dis ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah menerima kunjungan delegasi dari Republic of Kazakhstan. Delegasi seramai enam (6) orang telah diketuai oleh Mr. Serik Sainov dan satu taklimat mengenai S.P.A telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam di bilik Mesyuarat Pengerusi. Antara taklimat yang disampaikan ialah berkenaan dengan sistem pengambilan serta transformasi yang telah dan sedang dilaksanakan di S.P.A ----- MediaSPA
Aktiviti 19

Aktiviti 19

Aktiviti 19
  • Mesyuarat Penubuhan Kelab Menembak S.P.A  
       
      Peristiwa bergambar
Aktiviti 18

Aktiviti 18

Aktiviti 18
  • Pelancaran Sistem Semakan Maklumat Individu (SSMI)  
       
    PUTRAJAYA 16 Dis ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah melancarkan Sistem Semakan Maklumat Individu (SSMI). Majlis pelancaran yang diadakan di Dewan Temu duga S.P.A telah disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun. Turut hadir, Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg Dato’ R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya serta wakil-wakil dari Kementerian/Jabatan dan agensi kerajaan. Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh YB Datuk Joseph Entulu, beliau berkata S.P.A telah mengorak langkah ke hadapan, menambahbaik sistem tapisan keselamatan calon secara kasar dengan membuat tapisan keselamatan secara online sebelum calon-calon dilantik ke dalam perkhidmatan melalui SSMI. Terdahulu dalam ucapan aluan, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata pelaksanaan sistem ini juga merupakan pendekatan National Blue Ocean Strategy Iniatives (NBOSI) seperti mana yang disarankan oleh pihak Kerajaan. Menurutnya lagi Proof Of Concept (POC) telah diadakan mulai 25 Januari sehingga 21 Julai 2013 yang melibatkan tiga (3) agensi utama iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia (CGSO). YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga berkata sistem ini akan dipanjangkan kepada pihak kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dan sistem SSMI ini merupakan "Produk 1 Malaysia Transformasi SPA" yang memberi satu faedah dan keuntungan bersama kepada perkhidmatan awam. ---- MediaSPA
Aktiviti 17

Aktiviti 17

Aktiviti 17

Aktiviti 17
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil 43/2013  
       
    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 43/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib, 12 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 2,257 orang dan seramai 866 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 8 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan 2 pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
Aktiviti 16

Aktiviti 16

Aktiviti 16
  • KUALA LUMPUR 14 Dis ------ Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi telah mengadakan program bicarawara “LANDSKAP” di TV1 bertajuk “SPA:Kerjaya Pilihan Atau Terpaksa”. Program yang disiarkan secara langsung selama satu jam bermula pada jam 9.00 malam itu telah menjemput dua orang panel iaitu YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi S.P.A. Antara perkara yang dibincangkan ialah permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam dan statistik pecahan kaum yang memohon jawatan di S.P.A. Rancangan yang dikendalikan oleh pengacara Sayed Munawar SM dan Shuhaimi Mohamed itu turut dibuka talian untuk panggilan penonton.-----MediaSPA
Aktiviti 15

Aktiviti 15
  • PERISTIWA BERGAMBAR ------ Mesyuarat Yang Pengerusikan Oleh Tan Sri Mahmood Adam Hari Ini  
       
    Peristiwa bergambar
Aktiviti 14

Aktiviti 14

Aktiviti 14

Aktiviti 14
  • PERISTIWA BERGAMBAR ----- Perjumpaan Tan Sri Mahmood Adam Bersama Menteri Di JPM  
       
    Peristiwa bergambar
Aktiviti 12

 
  • PERISTIWA BERGAMBAR ----- Taklimat Pelaksanaan Opsyen kepada Pembantu Am Pejabat  
       
      Peristiwa bergambar
Aktiviti 11

Aktiviti 11

Aktiviti 11

Aktiviti 11
  • Lawatan Dari LHDN  
       
    S.P.A 10 Dis ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah menerima lawatan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Delegasi seramai lapan (8) orang pegawai dari LHDN itu diketuai oleh Puan Latifah Zabidi, Pengarah Bahagian Sumber Manusia. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kaedah pengambilan secara profiling (MyRecruitment) yang dilaksanakan oleh S.P.A. Taklimat mengenai urusan pengambilan di S.P.A telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad. ----- MediaSPA
Aktiviti 9

Aktiviti 9
  • Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Khas S.P.A  
       
    S.P.A 10 Dis ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa-Jawatankuasa Khas S.P.A. Mesyuarat penubuhan jawatankuasa ini adalah bertujuan untuk penambahbaikan operasi dan pembangunan di S.P.A. Sebanyak 22 jawatankuasa khas yang diumumkan oleh Pengerusi S.P.A akan diadakan secara mingguan dan akan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Antara jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa khas Integriti, Keselamatan dan Perlindungan,KPI, Strategik Media, ICT, Transformasi, Kolaborasi, Star Rating, Interaksi Bersama Kementerian dan Jabatan, Portal/Laman Web SPA, Kemahiran Bersama Pelanggan, Urusan Pelaksanaan Temu Duga SPA, Penyelarasan Kelab Sukan SPA, Perancangan Dasar SPA, Penggubalan Soalan Peperiksaan bagi tujuan Bank Data SPA, Pengurusan Data dan Statistik SPA, Buku Laporan Tahunan SPA, Pengurusan Aduan dan One Stop Centre, Kerohanian dan Keagamaan, Pendaftaran Online dan Pengkhususan Bidang Mengikut jawatan, Sumber Manusia dan Jawatankuasa khas Audit & Akaun. ----- MediaSPA
Aktiviti 7

Aktiviti 8

Aktiviti 8
  • PERISTIWA BERGAMBAR ------ Taklimat Pengurusan Rahsia Rasmi Dan Keselamatan Dokumen  
       
      Peristiwa bergambar
Aktiviti 7

 
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil 42/2013  
       
    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 42/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan enam (6) kertas tindakan tatatertib, sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 830 orang dan seramai 559 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 6 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
Aktiviti 6

Aktiviti 6

Aktiviti 6
  • Program Mesra Pelanggan Di Tatau Sarawak  
       
    TATAU 8 Dis ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan MAMPU telah menganjurkan Program Mesra Pelanggan bersama YB Datuk Joseph Entulu anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 8 Disember 2013 yang diadakan di Dewan Sukan Tatau Bintulu, Sarawak. Majlis turut dihadiri Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R. Segarajah dan Ahli-Ahli Suruhanjaya iaitu Datu Haji Mohammad Sepuan Bin Anu dan Encik Isaka Kana. YB Menteri juga turut menyampaikan Surat Tawaran Lantikan kepada calon-calon Sarawak yang berjaya dilantik ke jawatan Jururawat Gred U29 bagi urusan temu duga yang dibuat pada bulan November 2013 yang lalu. ----- MediaSPA
Aktiviti 5

Aktiviti 5

Aktiviti 5

Aktiviti 5

Aktiviti 5
  • "Ikut Garis Panduan Apabila Menghantar Kertas Soalan Peperiksaan "- Tan Sri Mahmood Adam  
       
    S.P.A, 6 Dis ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini berkata supaya penghantaran kertas soalan peperiksaan yang dilaksanakan oleh Bahagian Peperiksaan mestilah mengikut garis panduan Arahan Keselamatan yang telah ditetapkan. Beliau berkata demikian semasa lawatan ke bahagian itu pagi ini. Menurutnya lagi, cara penghantaran soalan-soalan peperiksaan yang tidak mengikut garis panduan boleh menyebabkannya mudah terdedah kepada kebocoran soalan, hilang atau jatuh ke tangan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab semasa proses penghantaran soalan itu ke setiap negeri. Terdahulu dari itu, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut melawat Bahagian Pengurusan Maklumat, Bahagian Pengambilan Khas dan bilik operasi “One Stop Centre” S.P.A. ----- MediaSPA
Aktiviti 4

Aktiviti 4

Aktiviti 4
  • Mesyuarat Pelaksanaan Sistem Semakan Maklumat Individu (SSMI)  
       
    SPA 4 Disember ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Pelaksanaan Sistem Semakan Maklumat Individu (SSMI). Mesyuarat yang membincangkan pelaksanaan sistem semakan maklumat dengan beberapa agensi-agensi kerajaan ini turut dihadiri oleh Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia. Hadir sama wakil dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri serta agensi kerajaan. Pelancaran sistem ini dijangka akan dirasmikan oleh YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 16 Disember ini. ----- MediaSPA
Aktiviti 3

Aktiviti 3

Aktiviti 3

Aktiviti 3
  • Sesi Perbincangan Tan Sri Mahmood Adam Bersama Wakil Development Dimensions International Inc. (DDI)  
       
    S.P.A 3 Dis ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan pertemuan wakil Development Dimensions International Inc. (DDC). Perbincangan yang berlangsung selama sejam itu turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin bin Ahmad dan Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Mohd Nazri bin Dollah. Antara topik perbincangan adalah mendapatkan kaedah penambahbaikan urusan Temu Duga / Peperiksaan di Suruhanjaya.
Aktiviti 2

Aktiviti 2

Aktiviti 2
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil 41/2013  
       
    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 41/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib, enam (6) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 490 orang dan seramai 672 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.Manakala, 12 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
Aktiviti 1

Aktiviti 1

Aktiviti 1
  • PERISTIWA BERGAMBAR ----- Kursus Kemudahan Cuti Dalam Perkhidmatan


    Peristiwa Bergambar

Aktiviti20

Aktiviti20

Aktiviti20

Aktiviti20

Aktiviti20

Aktiviti20
  • PERISTIWA BERGAMBAR ----- Kursus Pengurusan Keselamatan Perlindungan Pejabat


    Peristiwa Bergambar

Aktiviti19

Aktiviti19

Aktiviti19

Aktiviti19

Aktiviti19
  • PERISTIWA BERGAMBAR ------- Sesi Perjumpaan Dan Perbincangan Tan Sri Mahmood Adam Bersama Pemain Elite Badminton S.P.A


    Peristiwa Bergambar

Aktiviti18

Aktiviti18
  • "Berhati-hati Sebelum Mengambil Tindakan Tatatertib" -- Tan Sri Mahmood Adam


    MORIB 26 Nov ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini mengingatkan agar urus setia tatatertib di setiap Kementerian dan Jabatan berhati-hati sebelum membuat pertuduhan tatatertib terutama melibatkan tindakan buang kerja terhadap kakitangan di bawah seliaannya. “Urus setia tatatertib Kementerian/Jabatan hendaklah meneliti sebelum tindakan diambil terhadap yang dituduh”. Katanya lagi, ada sesetengah Kementerian/Jabatan mengambil tindakan kes-kes yang tidak jelas seperti tarikh serta masa dan ada juga kes-kes yang tidak munasabah untuk diambil tindakan. Dengan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan garis panduan terhadap tindakan yang boleh diambil sebelum membuat kertas kerja. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Pengurusan Tatatertib Bagi Urus Setia Lembaga Tatatertib Kementerian/Jabatan 2013 di Morib International Resort, Banting Selangor. Turut hadir, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia. Menurutnya lagi, bengkel selama tiga (3) hari yang diadakan ini merupakan platform untuk bertukar-tukar fikiran semasa membuat perbincangan di samping dapat menimba pengalaman.-----MediaSPA

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil 40/2013


    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 40/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas tindakan tatatertib, tujuh (7) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 752 orang dan seramai 970 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 24 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan

Aktiviti16

Aktiviti16

Aktiviti16
  • Sesi Interaksi Pengerusi S.P.A Dan Karnival Kerjaya Peringkat Negeri Perlis


    PERLIS, 20 Nov ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan Sesi Interaksi Bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan/Negeri, Badan-Badan Berkanun, Persatuan-Persatuan dan Badan-badan Bukan Kerajaan. Sesi Interaksi yang diadakan di Dewan 2020 Kangar, Perlis itu turut dihadiri Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Pada Sesi interaksi yang ke-18 ini juga turut diadakan Karnival Kerjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang disertai oleh pelbagai Kementerian dan Jabatan. YBhg. Tan Sri Mahmood juga turut mengunjungi setiap booth pameran dan menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenangan. Terdahulu dari itu, selepas sesi soal jawab bersama jemputan yang hadir, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut menyampaikan surat lantikan kepada 4 (empat) orang untuk jawatan Pengajar Jururawat Gred U41, Pegawai Penguatkuasa Gred N41 dan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17. Sesi sidang media turut diadakan selepas majlis selesai.----- MediaSPA

Aktiviti15

Aktiviti15

Aktiviti15

Aktiviti15

Aktiviti15

Aktiviti15

Aktiviti15
  • Seminar S.P.A Outreach Peringkat Negeri Perlis


    PERLIS, 19 Nov ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah mengadakan Seminar Outreach, Pengenalan S.P.A kepada guru-guru bimbangan dan kaunseling sekolah peringkat negeri Perlis. Seminar yang diadakan di Auditorium Perpustakaan Negeri, Kangar, Perlis itu dirasmikan oleh Pengerusi S.P.A YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Dua semi taklimat telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Mohd. Shaiful Ibrahim. Seminar anjuran Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) ini turut menjemput wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Perlis untuk menyampaikan taklimat mengenai pelaksanaan e-Profiling----- MediaSPA

Aktiviti14

Aktiviti14

Aktiviti14

Aktiviti14
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil 39/2013


    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 39/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan sepuluh(10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikanseramai 793 orang dan seramai 932 orang pegawaitelah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 16 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan lima (5) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

Aktiviti13

Aktiviti13
  • Badminton Persahabatan, S.P.A Menang


    PERLIS 18 Nov ----- Pasukan Badminton S.P.A hari ini telah menang 4 – 0 dalam perlawanan persahabatan dengan pasukan dari Pejabat SUK Negeri Perlis. Perlawanan yang diadakan di gelanggang Majlis Sukan Negari Perlis ini telah di ketuai oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Ini adalah merupakan kemenangan kedua pasukan badminton S.P.A dalam tempoh 24 jam setelah menewaskan pasukan dari pejabat SUK Negeri Pulau Pinang semalam. Perlawanan persahabatan ini diadakan bersempena dengan Mesyuarat Suruhanjaya yang diadakan di Perlis hari ini.----- MediaSPA

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12
  • Kunjungan Hormat Pengerusi SPA Ke Atas Menteri Besar Perlis


    PERLIS 18 Nov ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Perlis, YAB. Azlan Man. Turut bersama dalam kunjungan hormat tersebut, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Pegawai Tugas-tugas Khas, YBhg. Datuk Salim Hashim dan Datuk Mustapha Ahmad S. Marican. Terdahulu dari itu pada pagi tadi YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya yang diadakan di Kompleks Unit Pencegah Penyeludupan Bukit Kayu Hitam, Kedah. Satu taklimat turut diadakan yang disampaikan oleh Komander UPP Negeri Kedah iaitu Tuan Abdul Latif Abdul Rahman. Pada sebelah malam pula, Pengerusi S.P.A telah menyertai kursus Competency Based Interview (CBI) dan seterusnya mempengerusikan mesyuarat bersama Pengerusi-Pengerusi dan Setiausaha-Setiausaha SPA Negeri di Hotel Seri Malaysia Kangar, Perlis----- MediaSPA

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11
  • Perlawanan Badminton Persahabatan Antara S.P.A Dan SUK Pulau Pinang


    PULAU PINANG 18 Nov ----- Kelab Badminton S.P.A menang 7-0 dalam perlawanan badminton persahabatan dengan pasukan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pasukan Kelab Badminton S.P.A di ketuai oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, manakala pasukan negeri di ketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB. Dato’ Farizan Darus. Perlawanan persahabatan yang diadakan di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang itu telah berlangsung semalam ----- MediaSPA

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10
  • PERISTIWA BERGAMBAR ---- ASPA Anjur Bengkel Formulasi Pelan Tindakan Dan Anggaran Kos


    Peristiwa Bergambar

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8
  • PERISTIWA BERGAMBAR ------ Lawatan Datuk Ramli Juhari ke Bilik Operasi One Stop Centre S.P.A

    Peristiwa bergambar

Aktiviti12
  • Lawatan Dari Lembaga Administrasi Negara Republik Indonesia


    S.P.A 12 Nov ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah menerima lawatan delegasi dari Lembaga Administrasi Negara Republik Indonesia. Ketibaan delegasi seramai 31 orang yang terdiri dari pelbagai Kementerian di Republik Indonesia itu disambut oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Turut hadir Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R.Segarajah, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia. Delegasi yang diketuai oleh Dr. Ir. Setiabudhy Algamar telah diberi taklimat mengenai fungsi S.P.A, dasar dan sistem pengambilan serta transformasi yang telah dan sedang dilaksanakan di S.P.A. ----MediaSPA

Aktiviti7

Aktiviti7

Aktiviti7

Aktiviti7

Aktiviti7
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 35 Bagi Tahun 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 35/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas tindakan tatatertib, lapan (8) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 1,350 orang dan seramai 970 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.Manakala, 16 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan

Aktiviti14

 

Aktiviti14

 

Aktiviti14
  • Pertandingan Bola Jaring MAKSWIP 2013 , S.P.A Naib Juara


    Kuala Lumpur 10 Nov ----- Pasukan Bola Jaring S.P.A telah menjadi naib johan dalam pertandingan Bola Jaring MAKSWIP 2013 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Pusat Sukan Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada Ahad lepas. Dalam perlawanan akhir, pasukan S.P.A ditentang oleh pasukan dari DBKL dengan jaringan 14 – 15. Sebanyak 12 pasukan yang bertanding pada edisi kali ini. ---- MediaSPA

Aktiviti6
  • Temu bual Tan Sri Mahmood Adam Bersama SPANCO

    PUTRAJAYA 24 November ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah ditemu bual oleh editor majalah PRIHATIN iaitu keluaran Syarikat Sistem Pengangkutan Angkatan Nasional Company (SPANCO). SPANCO adalah merupakan syarikat yang membekalkan kenderaan secara pajakan yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan sejak 1994. Temu bual diadakan bertujuan untuk meminta pandangan dan berkongsi pengalaman YBhg. Tan Sri Mahmood Adam sejak beliau menggunakan kenderaan Jabatan yang dibekalkan oleh SPANCO. Antara topik temu bual selama 50 minit itu adalah berkenaan pengurusan, penambahbaikan dan kecekapan perkhidmatan yang diberikan oleh SPANCO. Turut hadir dalam sesi temu bual ialah Senior Manager Syarikat SPANCO iaitu Encik Shaheeran Jalalludin ----- MediaSPA

Aktiviti13

 

Aktiviti13
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil 38/2013


    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 38/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan lima (5) kertas tindakan tatatertib, dua belas (12) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 583 orang dan seramai 1,701 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 23 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan

Aktiviti5

Aktiviti5

Aktiviti5
  • PERISTIWA BERGAMBAR ------ Tan Sri Mahmood Adam Bersama Stesen TV9

    Peristiwa bergambar

Aktiviti12
  • Pertandingan Badminton JPM 2013, S.P.A Naib Juara


    PUTRAJAYA 10 Nov ------Pasukan badminton S.P.A muncul naib juara setelah tewas 1 – 3 kepada pasukan Felda dalam perlawanan akhir Badminton Jabatan Perdana Menteri 2013, yang berlangsung di dewan Pusat Kejiranan Presint 11, Putrajaya petang tadi. Pertandingan badminton JPM yang bermula sejak semalam (Sabtu) telah disertai oleh 31 pasukan yang terdiri dari ajensi di bawah JPM. Menurut ketua pasukan, Noor Azli Abdul Hamid, beliau mengulas “ini adalah pencapaian terbaik pasukan badminton kita dalam pertandingan anjuran JPM, walaupun pasukan ini baru dua bulan ditubuhkan, tapi telah pun menjadi naib juara, ujar beliau. “Kita akan mantapkan lagi pasukan, terutama pasangan bergu wanita untuk perlawanan yang akan datang ”. Pasukan naib juara ini turut menerima pingat dan wang tunai seribu ringgit ----- MediaSPA

Aktiviti4

Aktiviti4

Aktiviti4

Aktiviti4

Aktiviti4

Aktiviti4
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 34 Bagi Tahun 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 34/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas tindakan tatatertib, 19 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 856 orang dan seramai 1,320 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 25 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

Aktiviti11

 

Aktiviti11

 

Aktiviti11
  • Majlis Inovasi S.P.A 2013, Kumpulan MERPATI Juara tiga tahun berturut-turut


    S.P.A 9 Nov ----- Kumpulan MERPATI 3.0 dari Bahagian Perkhidmatan muncul Juara dalam Pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) yang diumumkan di Majlis Hari Inovasi S.P.A 2013 yang diadakan di Dewan Temu Duga S.P.A semalam. Ini adalah merupakan kemenangan tiga tahun berturut-turut kumpulan itu sejak 2011. Dengan memperoleh markah 73.69 peratus dan telah dicabar oleh Kumpulan CITRA dari Bahagian Peperiksaan yang telah mendapat tempat kedua dengan memperoleh markah 70.21 peratus. Tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan PKPK SPA dari Bahagian Pengambilan Khas yang memperoleh markah 63.34 peratus. Dimajlis ini juga turut diumumkan pejabat terbaik telah dimenangi oleh Bahagian Pengambilan Khas diikuti oleh Bahagian Pengurusan Maklumat di tempat kedua dan Bahagian Naik Pangkat Dan Tatatertib pula di tempat ketiga. YBhg. Tan Sri Mahmood juga telah menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Cerpen dan Pertandingan Jejak Kenegaraan. Terdahulu dari itu, Pengerusi Bank Rakyat, YBhg. Tan Sri Sabbaruddin Chik telah menyampaikan ceramah khas sempena Hari Inovasi S.P.A 2013. Majlis diakhiri dengan pengumuman Tokoh Transformasi S.P.A 2013 iaitu YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan cenderamata khas telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Ramli Juhari. Turut hadir di majlis itu Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R. Segarajah ----- MediaSPA

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3
  • Kursus Anjuran ASPA September 2013

    Peristiwa Bergambar

Aktiviti10

 

Aktiviti10

 

Aktiviti10

 

Aktiviti10

 

Aktiviti10

 

Aktiviti10

 

Aktiviti10

 

Aktiviti10

 

Aktiviti10

 

Aktiviti10

 

Aktiviti10
  • "KIK untuk penambahbaikan berterusan" ---- Tan Sri Mahmood Adam


    S.P.A 7 Nov ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengingatkan warga S.P.A supaya penyertaan dalam Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bukan hanya disebabkan pekeliling atau pun hanya satu arahan sahaja, sebaliknya beliau mahu ia dijadikan sebagai satu medium penambahbaikan yang berterusan terutama untuk organisasi. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sempena merasmikan Konvensyen KIK peringkat S.P.A 2013 yang diadakan di Dewan Temu duga S.P.A hari ini. Menurutnya lagi, S.P.A kini telah pun berubah mengikut kehendak “stakeholder” sebagaimana yang diminta oleh pemimpin dan seperti yang dimahukan oleh pelanggan. Turut hadir, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia. Konvensyen KIK peringkat S.P.A tahun ini disertai sebanyak 9 kumpulan termasuk dari Urus setia S.P.A Cawangan Sabah dan Sarawak. ----- MediaSPA

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2
  • "Buat penambahbaikan berterusan" ---- Tan Sri Mahmood Adam

    S.P.A 20 September ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengingatkan warga S.P.A supaya menjalankan tugas harian dengan teliti agar tidak melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan nama baik S.P.A. “Kita tidak mahu mendengar aduan yang tidak elok daripada orang luar terutamanya yang berkaitan dengan urusan-urusan pengambilan”. Beliau berkata demikian dihadapan warga Bahagian Pengambilan selepas menyampaikan sijil kepada kakitangan bahagian itu yang bertugas secara giliran di bilik operasi One Stop Centre S.P.A. Menurutnya lagi, beliau mahu supaya kakitangan yang membuat urusan temu duga termasuklah penyerahan surat kepada calon mestilah diteliti terlebih dahulu sebelum dihantar kepada penerimanya. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga memaklumkan bahawa S.P.A akan menerima seorang pegawai kanan yang dipinjamkan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk ditempatkan di sini. Diakhir ucapan, beliau meminta agar warga S.P.A membuat penambahbaikan berterusan dan digalakkan untuk berjumpa dengan penyelia masing-masing atau pegawai atasan mahupun terus kepada beliau sendiri dengan memberi cadangan untuk kebaikan organisasi kerana beliau yakin pegawai-pegawai di S.P.A bersedia untuk mendengar apa juga masalah terutama yang berkaitan dengan tugas seharian. ---- MediaSPA

Aktiviti9

 

Aktiviti9

 

Aktiviti9
  • Hari Kerjaya Di UTAR


    KAMPAR 6 Nov ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah mengadakan Hari Kerjaya yang diadakan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar, Perak. Hari Kerjaya yang diadakan ini adalah khusus untuk memberi pendedahan kepada graduan UTAR mengenai S.P.A dan peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam. Seramai 760 orang pelajar hadir dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Cik Neo Su Bing. Satu sesi “Mock Interview” turut diadakan dan dipengerusikan oleh Ahli Suruhanjaya iaitu Encik Boon Jon Lin dan juga Pegawai Tugas-tugas Khas iaitu YBhg. Ir. Lee Soon Jin dan Puan Thoong Lay Chooi. Terdahulu dari itu Presiden UTAR, YBhg. Ir Prof Dato’ Dr. Chuah Hean Teik menyampaikan ucapan alu-aluan dan beliau mengucapkan terima kasih kepada S.P.A kerana sudi mengadakan hari kerjaya untuk para pelajarnya. ----- MediaSPA

Aktiviti1

Aktiviti1

Aktiviti1

Aktiviti1

Aktiviti1

Aktiviti1
  • S.P.A Beri Penjelasan Kepada CUEPACS

    SPA 19 September ----- Pengerusi S.P.A. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan keperluan ujian Body Mass Index (BMI) melibatkan pegawai Kenaikan Pangkat Secara Lantikan dalam urusan ujian fizikal Pegawai Penguatkuasa Gred N41 di KPDNKK dan JPJ. Hadir sama Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad, wakil pegawai dari JPA, KPDNKK dan JPJ . Mesyuarat yang diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya itu turut dihadiri Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), YBhg. Datuk Omar Osman. Dalam laporan akhbar semalam, CUEPACS meminta agar Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) melonggarkan syarat ujian BMI bagi pegawai KPSL untuk jawatan beruniform. Sehubungan itu, YBhg. Datuk Omar telah diberikan penerangan lanjut oleh YBhg. Tan Sri Mahmood mengenai kepentingan ujian BMI tersebut terutama untuk jawatan beruniform. YBhg. Tan Sri juga turut menjelaskan kepada CUEPACS bahawa pegawai KPSL sebenarnya telah pun diberikan kelonggaran syarat BMI dan turut diberi pelbagai keistimewaan berbanding calon lantikan terus. Satu sidang media turut diadakan di tempat yang sama selepas mesyuarat berakhir. ----- MediaSPA

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8
  • Azri Alwan Juara Talentime S.P.A 2013

    SPA 12 September ----- Azri Alwan dari Bahagian Pengambilan muncul juara keseluruhan dalam Pertandingan Talentime S.P.A 2013 yang diadakan di dewan temu duga S.P.A Putrajaya malam tadi. Beliau yang membawakan lagu bertajuk “Kehilangan” yang di popularkan oleh penyanyi Firman telah menewaskan 11 peserta lain. Tempat kedua dimenangi oleh Rosli Choh dari Bahagian Pengurusan yang juga memenangi kategori vokal terbaik, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Suhaimi Ismail yang juga menang dalam kategori persembahan terbaik. Seramai 12 peserta yang terdiri dari warga S.P.A bersaing dalam pertandingan Talentime sempena bulan Kemerdekaan 2013. Peserta telah diadili oleh juri professional iaitu Jaffar Abdul Rahman atau (JARI) dan Leonard Yeap Lin Soon. Pemenang menerima hadiah wang tunai serta piala iringan yang telah disampaikan oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Turut hadir Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. ----- MediaSPA

Aktiviti7

 

Aktiviti7

 

Aktiviti7
  • Mesyuarat SPKP Di Kuching Sarawak


    KUCHING 31 Okt----Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-122 di Kuching, Sarawak. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi S.P.A, yang juga merupakan Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Mesyuarat dihadiri oleh Ahli-Ahli SPKP iaitu YBhg. Peguam Negara Malaysia, YAA Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia, YAA Hakim Besar Malaya, YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Hakim Mahkamah Rayuan serta dua orang YA Hakim Mahkamah Tinggi. Mesyuarat turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Ramli Juhari, Setiausaha SPKP, Jemaah Pegawai SPKP iaitu YBhg. Peguam Cara Negara dan YBhg. Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan serta pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Suruhanjaya telah menimbang dan membuat keputusan bagi urusan Pelantikan, Kenaikan Pangkat, Pemangkuan, Penamatan Pemangkuan Pegawai Undang-Undang termasuk perkara-perkara dasar berkaitan perkhidmatan kehakiman dan perundangan. Selain itu, kertas pertimbangan Suruhanjaya secara edaran dan urusan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen serta penetapan gaji permulaan oleh Jemaah Pegawai SPKP telah diratifikasikan Suruhanjaya -----MediaSPA.

Aktiviti14

Aktiviti14

Aktiviti14
  • Kunjungan Hormat Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Kepada Pengerusi SPA

    SPA 11 September ----- Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, YB Dato’ Haji Ismail Haji Mohamed Said telah membuat kunjungan hormat ke atas Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Ketibaan beliau bersama pegawai-pegawai kanan disambut oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan seterusnya mengadakan perbincangan di bilik Mesyuarat Pengerusi. Perbincangan yang berlangsung selama 25 minit itu turut dihadiri Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Mohd Nazri Dollah ----- MediaSPA

Aktiviti6

 

Aktiviti6
  • Tan Sri Mahmood Adam Sampaikan Surat Tawaran Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam


    KUCHING 30 Oktober ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah menyampaikan surat tawaran pelantikan, pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Majlis yang diadakan di Kompleks Belia Dan Sukan Kuching, Sarawak semalam turut dihadiri oleh Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia. Turut hadir wakil pegawai dari Kementerian dan Jabatan Negeri Sarawak. Seramai 122 orang calon telah hadir untuk menerima surat tawaran bagi jawatan Juruaudit Gred W41, Jururawat Gred U29, Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C27, Penolong Pemeriksa Kilang Dan Jentera Gred J29, Penolong Penguasa Penjara Gred KX27 dan Pegawai Bomba Gred KB17 MediaSPA

Aktiviti14

Aktiviti14

Aktiviti14

Aktiviti14
  • Tan Sri Mahmood Adam Sampaikan Surat Tawaran Pelantikan Dan Pengesahan Perkhidmatan

    SPA 10 September ----- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A), YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah menyampaikan surat tawaran pelantikan untuk mereka yang berjaya dalam temu duga bagi jawatan yang dipohon dan surat pengesahan perkhidmatan kepada penjawat awam yang telah disahkan dalam perkhidmatan. Majlis yang diadakan di Dewan Temu duga, Aras 6 itu turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R.Segarajah, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari serta wakil-wakil Jabatan. Dalam ucapan yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, beliau berharap agar calon yang dilantik ini dapat menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan yang baik dalam perkhidmatan awam negara. Beliau juga berharap calon-calon yang dilantik ini memenuhi ciri-ciri yang diperlukan memandangkan proses temu duga yang dijalankan oleh S.P.A adalah berkualiti, telus dan sistematik. Di akhir majlis, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam meluangkan masa beramah mesra bersama penjawat awam yang baharu dilantik dan seterusnya mengadakan Sidang Media bersama wartawan yang hadir membuat liputan. -----MediaSPA

Aktiviti5

 

Aktiviti5

 

Aktiviti5

 

Aktiviti5

 

Aktiviti5
  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 37 BAGI TAHUN 2013


    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 37/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib, sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.

    Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 1,272 orang dan seramai 1,147 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.

    Manakala, 19 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan enam (6) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan..

Aktiviti13

Aktiviti13

Aktiviti13
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 33 Bagi Tahun 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 33/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib, lapan (8) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 643 orang dan seramai 996 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.Manakala, 11 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

Aktiviti4

 

Aktiviti4

 

Aktiviti4
  • PERISTIWA BERGAMBAR ----- Mesyuarat Kes Tatatertib Pegawai Perubatan
Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12
  • One Stop Centre S.P.A

    SPA 5 September ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah membuat lawatan ke Bilik Operasi “One Stop Centre S.P.A” . Bilik yang menempatkan Pegawai Khidmat Pelanggan dan pegawai-pegawai dari bahagian yang kerap menerima panggilan telefon ini diwujudkan bertujuan untuk menjawab pertanyaan daripada pelanggan melalui panggilan telefon. Antaranya mengenai semakan permohonan online, status permohonan, urusan peperiksaan dan urusan temu duga. Bilik Operasi “One Stop Centre S.P.A” ini merupakan idea YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dalam usaha penambahbaikan sistem telefon di S.P.A bagi mempercepatkan perkhidmatan telefon daripada pelanggan yang ingin mendapatkan jawapan daripada pegawai-pegawai S.P.A. Dalam ucapan di Majlis Perutusan Khas Sempena Bulan Kemerdekaan 2013 pada Jumaat lepas, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam menyatakan S.P.A akan mencari kaedah yang lebih pantas untuk menjawab panggilan telefon dari pelanggan berbanding cara yang digunakan pada masa kini. ---- MediaSPA

Aktiviti3

 

Aktiviti3

 

Aktiviti3
  • Mesyuarat Bersama Tan Sri Mahmood Adam Dan Lawatan Dari JPA
Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11
  • SPA Berjaya Mengekalkan Pensijilan MS ISO 9001:2008

    SPA 3 September ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah berjaya megekalkan Sijil MS ISO 9001:2008 dalamAudit pematuhan MS ISO 9001:2008 oleh Syarikat Intertek Certification International Sdn. Bhd (dahulunya dikenali sebagai Moody International Certification (Malaysia) Sdn. Bhd.) yang dijalankan pada 2 dan 3 September 2013 di SPA Putrajaya, Urus Setia SPA Cawangan Sabah dan Urus Setia SPA Cawangan Sarawak. Berita baik tersebut telah diumumkan oleh YBhg. Dato’ A.Aziz Mat iaitu Ahli Lembaga Pensijilan Syarikat Interlek Certification International Sdn.Bhd dalam satu Mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya semalam. Turut hadir Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. Sijil MS ISO 9001:2008 ini adalah meliputi Urusan Pengambilan, Urusan Perkhidmatan serta Khidmat Pengurusan dan Kepuasan Pelanggan. Dalam ucapan ringkas yang disampaikan oleh Datuk Ramli Juhari, beliau berterima kasih kepada warga SPA yang menjalankan tugas dengan sempurna sehingga berjaya memperoleh sijil tersebut. Beliau juga berharap supaya warga SPA akan terus menjalankan tugas-tugas dengan lebih cemerlang. ----- MediaSPA

Aktiviti2

 

Aktiviti2

 

Aktiviti2
  • Majlis Pelancaran Usahasama Bank Rakyat Dan S.P.A


    SPA 22 Oktober ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah mengadakan Majlis Pelancaran Usahasama Pintar Bersama Bank Rakyat bertujuan menggalakkan penjawat awam agar membuka akaun dan menikmati kemudahan yang disediakan di bank berkenaan. Majlis yang diadakan di Dewan temu duga S.P.A itu telah dihadiri oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan Pengerusi Bank Rakyat, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Sabaruddin Chik . Bank Rakyat juga turut melancarkan Kad ATM Rakan Pintar dan penyerahan Kad ATM kepada YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Terdahulu dalam ucapan yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Sabaruddin Chik, beliau mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Mahmood Adam atas kerjasama tersebut dan berharap pelanggan yang akan membuka akaun bank berkenaan akan bertambah. YBhg. Tan Sri Mahmood juga turut merasmikan Mesin ATM Bank Rakyat yang ditempatkan di Aras 1, Blok C7, Kompleks C untuk kemudahan orang ramai dalam urusan pengeluaran wang tunai. Satu sesi sidang media turut di adakan sejurus selepas majlis. ----- MediaSPA

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil 32 Tahun 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 32/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas tindakan tatatertib dan sebelas (11) Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 252 orang dan seramai 994 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 15 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan.

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 36 Bagi Tahun 2013


    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 36/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas tindakan tatatertib, sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 2,636 orang dan seramai 2,082 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 37 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan empat (4) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan

Aktiviti9

Aktiviti9

Aktiviti9
  • S.P.A Kuasa Baru Badminton Anjuran MAKSWIP


    SPA 11 Oktober ----- Penaung Kelab Badminton S.P.A, YBhg Tan Sri Mahmood Adam hari ini mengucapkan tahniah kepada pasukan badminton S.P.A yang muncul juara dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton MAKSWIP 2013 yang diadakan di dewan Pusat Komuniti, Sentul Perdana, Kuala Lumpur malam tadi. “ Saya mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain badminton yang memenangi kejohanan ini, saya juga amat berbangga dengan kejayaan ini, dan sudah tentu pasukan kita (S.P.A) akan menjadi kuasa baru dalam arena badminton yang dianjurkan oleh MAKSWIP selepas ini” . Beliau berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan dan menyampaikan sijil serta insentif berupa wang tunai kepada semua pemain. Hadir sama Presiden Kelab badminton S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Presiden Encik Zainal Abidin Ahmad. Ini adalah merupakan kemenangan pertama badminton S.P.A sejak ditubuhkan dua (2) bulan lepas dan terus mincul juara yang menewaskan pasukan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) yang merupakan pasukan terkuat sejak sekian lama dan muncul juara melebihi 15 kali dalam arena badminton, anjuran MAKSWIP. ----- MediaSPA

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8
  • Majlis Perutusan Khas Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan

    SPA 30 Ogos ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Majlis Perutusan Khas Sempena Bulan Kemerdekaan 2013. Majlis yang diadakan di Dewan Temu Duga Aras 6, S.P.A, Putrajaya telah dihadiri oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Turut hadir , Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R. Segarajah, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan warga S.P.A. Majlis dimulakan dengan lagu-lagu patriotik oleh kumpulan Koir S.P.A dan deklamasi sajak kemerdekaan yang disampaikan oleh Puan Maznida Mahadi. Dalam perutusan khas yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk sama-sama memastikan kemerdekaan ini akan berkekalan bagi tanda kedaulatan dan ia merupakan perkara yang amat penting bagi sesebuah Negara. Beliau juga berkata, S.P.A telah menjangkau 56 tahun penubuhannya dan dalam usia 56 tahun ini, S.P.A sewajarnya terus relevan dalam arus semasa. Majlis diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu Jalur Gemilang sambil mengibarkan bendera. ----- MediaSPA

Aktiviti14

 

Aktiviti14

 

Aktiviti14

 

Aktiviti14
  • Majlis Penutupan Persidangan S.P.A Ke - 16


    MELAKA 10 Oktober ----- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun hari ini telah merasmikan Majlis Penutupan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ke 16 yang diadakan di Hotel Holiday Inn, Melaka. Terdahulu, Pengerusi S.P.A YBhg. Tan Sri Mahmood Adam bersama peserta persidangan telah menimbang dan meluluskan rumusan persidangan seterusnya mengadakan sesi dialog. Sementara itu, Negeri Kedah akan menjadi tuan rumah Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kali ke 17 yang akan diadakan di Langkawi pada tahun 2014. Dalam ucapan aluan yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, beliau mengucapkan terima kasih kepada Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka kerana memberi layanan yang baik kepada peserta dan pasangan disepanjang persidangan yang bermula pada Isnin lepas----- MediaSPA

Aktiviti7

Aktiviti7

Aktiviti7

Aktiviti7
  • Sesi Interaksi Pengerusi S.P.A Dan Karnival Kerjaya Di Terengganu

    KUALA TERENGGANU, 28 Ogos ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan Sesi Interaksi bersama Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Badan-Badan Berkanun, Persatuan-Persatuan dan Badan Bukan Kerajaan yang diadakan di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Turut hadir Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. S.P.A juga turut mengadakan Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam yang disertai oleh pelbagai Kementerian dan Jabatan. Satu sesi ceramah juga turut diadakan yang dihadiri oleh pelajar-pelajar sekolah di sekitar Kuala Terengganu. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga telah mengunjungi setiap booth pameran kerjaya dan menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenangan.----MediaSPA

Aktiviti13

 

Aktiviti13

 

Aktiviti13

 

Aktiviti13

 

Aktiviti13
  • Lawatan Rasmi Peserta Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke 16


    MELAKA 9 Oktober ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini bersama peserta Persidangan Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah membuat lawatan kerja ke Akademi Laut Malaysia (ALAM) di Kuala Sungai Baru, Melaka. Turut sama dalam lawatan kerja itu ialah Ahli-Ahli Suruhanjaya serta Pengerusi-pengerusi S.P.A Negeri. Taklimat mengenai ALAM telah disampaikan oleh Encik David Fredrick. Pengerusi S.P.A bersama rombongan juga turut dibawa melawat sekitar kawasan ALAM dan ke Pusat Simulator Akademi Laut Malaysia. Selesai sesi lawatan kerja di akademi tersebut, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam bersama delegasi telah membuat lawatan ke Karnival Kerjaya S.P.A yang diadakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Jalan Hang Tuah, Melaka. Karnival kerjaya Perkhidmatan Awam yang diadakan adalah bersempena Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke 16. Pengerusi S.P.A bersama Ahli-Ahli Suruhanjaya turut melawat booth pameran dan menyampaikan cenderamata kepada setiap kementerian/jabatan yang turut serta sebagai tanda kenangan ----- MediaSPA

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6
  • Seminar S.P.A Outreach Peringkat Negeri Terengganu

    KUALA TERENGGANU 27 Ogos ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam petang ini telah merasmikan Seminar Outreach, Pengenalan S.P.A dan Perkhidmatan Awam kepada guru-guru kaunseling peringkat Negeri Terengganu. Majlis yang diadakan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dihadiri seramai 350 peserta yang terdiri dari guru-guru dari seluruh negeri Terengganu. Turut hadir Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Antara ucapan yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam tadi adalah mengenai Transformasi yang sedang dilakukan oleh S.P.A. Beliau juga meminta supaya guru-guru memberi penerangan serba sedikit kepada murid-murid mengenai Perkhidmatan Awam. Tan Sri Mahmood juga turut mengumumkan satu seminar S.P.A Outreach yang bersekala besar akan diadakan di Putrajaya pada penghujung tahun ini ----- MediaSPA

Aktiviti12

 

Aktiviti12

 

Aktiviti12

 

Aktiviti12
  • Ketua Menteri Melaka Rasmi Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke 16


    MELAKA 7 Oktober ----- Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Wira Ir. Haji Idris Haji Haron hari ini telah merasmikan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke 16. Persidangan yang bermula hari ini turut dihadiri oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R.Segarajah dan Pengerusi-Pengerusi S.P.A Negeri. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Hj. Naim bin Abu Bakar. Terdapat tujuh (7) kertas kerja akan dibentangkan pada kali ini iaitu "Produk 1 Malaysia Transformasi S.P.A" yang dibentangkan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, "Memperkasakan Modal Insan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan" oleh Setiausaha SPP, YBhg. Dato’ Abu Bakar Othman, "Pelaksanaan Sistem Semakan Maklumat Individu" oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, "Pelaksanaan Tapisan Keselamatan bagi Penjawat Awam" oleh Pengarah Bahagian Tapisan Keselamatan, Tuan Haji Md. Yasin Husin dan "Assessing Integrity in Personel Selection: Methods, Underlying Constructs and Potential Applications in Malaysia" oleh MIMOS. Manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut membentangkan kertas kerja yang akan disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Zakaria Haji Jaafar yang diberi tajuk "Transformasi SPRM" manakala Jabatan Peguam Negara juga akan membentangkan kertas kerjanya iaitu "Prinsip-Prinsip Keadilan Asasi dalam Penjalanan Fungsi dan Kuasa Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam". Persidangan akan berakhir pada 10 Oktober 2013. ----- MediaSPA

Aktiviti5

Aktiviti5

Aktiviti5

Aktiviti5

Aktiviti5

Aktiviti5
  • Sesi Menghadap DYMM Sultan Terengganu

    KUALA TERENGGANU 27 Ogos ----- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman telah berkenan menerima menghadap delegasi S.P.A yang diketuai oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi S.P.A bertempat di Istana Syarqiyyah Chendering. Turut bersama Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya dan Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Sesi menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu ini adalah sempena program rasmi S.P.A yang sedang berlangsung di Kuala Terengganu iaitu Mesyuarat Suruhanjaya, Retreat Suruhanjaya, Mesyuarat Bersama Pengerusi-Pengerusi Dan Setiausaha-Setiausaha S.P.A Negeri, Seminar S.P.A Outreach, Sesi Interaksi dan Karnival Kerjaya S.P.A. ----- MediaSPA

Aktiviti11

 

Aktiviti11

 

Aktiviti11
  • PERISTIWA BERGAMBAR ------- Mesyuarat KSN Bersama SPA
Aktiviti4
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil 31/2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 31/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib dan sebelas (11) Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) Kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 252 orang dan seramai 980 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 10 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan

Aktiviti10

 

Aktiviti10

 

Aktiviti10
  • PERISTIWA BERGAMBAR ------- Perjumpaan Pengerusi S.P.A Bersama Penerima Anugerah Kecemerlangan JPM 2013
Aktiviti3
  • Kunjungan Hormat Pengerusi S.P.A Ke Atas Menteri Besar Terengganu

    KUALA TERENGGANU 26 Ogos ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Haji Ahmad Said. Ketibaan Pengerusi di Wisma Darul Iman pagi ini turut diiringi Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Kunjungan hormat serta perbincangan bersama YAB Dato' Seri Haji Ahmad Said turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YB Dato' Haji Mazlan Ngah. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai perancangan S.P.A untuk membuka pusat temu duga di Kuala Terengganu bagi memudahkan calon-calon temu duga S.P.A khususnya anak-anak negeri Terengganu. Terdahulu dari itu, YBhg.Tan Sri Mahmood Adam bersama Ahli-Ahli Suruhanjaya diberi taklimat oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, YBhg. Dato' Wan Mohd Nor Haji Ibrahim di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia di Wakaf Tapai, Kuala Terengganu. ---- MediaSPA

Aktiviti9

 

Aktiviti9

 

Aktiviti9

 

Aktiviti9
  • S.P.A Menang Dua Anugerah Kecemerlangan JPM 2013


    PUTRAJAYA 1 Oktober ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) telah memperoleh dua (2) anugerah Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2013 dalam Kategori Pencapaian Terbaik Sukan dan Sosial. Anugerah telah diperolehi melalui sukan badminton yang dimenangi oleh Mohd Razif Abd Latif yang mewakili Malaysia dalam Sukan Universiti Asean dan memenangi pingat emas dalam acara bergu lelaki dan bergu campuran serta pingat perak dalam acara berpasukan lelaki. Kategori ke dua yang dimenangi oleh S.P.A ialah anugerah pasukan terbaik Jabatan Perdana Menteri iaitu pasukan bola sepak S.P.A yang merupakan pasukan pertama layak ke peringkat tertinggi bola sepak Negara. Kedua-dua mereka telah menerima Piala Pusingan, Sijil dan wang tunai. Majlis dihadiri Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin. Turut hadir Ketua Setiausaha Negara YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa. Hadir sama Setiausaha S.P.A YBhg. Datuk Ramli Juhari. Majlis yang berakhir sebentar tadi telah diadakan di Hotel Marriot Putrajaya ----- MediaSPA

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2
  • S.P.A Akan Turun Beri Penjelasan Kepada Pegawai Baru ---- Tan Sri Mahmood Adam

    PORT DICKSON 23 Ogos ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) akan memberi penjelasan kepada pegawai-pegawai baru yang dilantik oleh S.P.A terutama mengenai peranan, tugas dan fungsi S.P.A. "S.P.A akan turun padang untuk berjumpa dengan pegawai-pegawai baru dalam kursus induksi, menjelaskan kepada tuan-tuan dan puan-puan bagaimana dipilih dalam sesuatu jawatan dan menjelaskan bidang kuasa S.P.A" beliau berkata demikian ketika hadir ke Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) Port Dickson, Negeri Sembilan sempena Kursus Induksi Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27 semalam. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Imigresen, Puan Aloyah Mamat. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga mengumumkan ini adalah merupakan Transformasi SPA yang ke-56 dengan turun memberi penjelasan kepada pegawai-pegawai baru yang dilantik oleh S.P.A. Beliau juga mencadangkan agar peserta-peserta ini dapat disahkan perkhidmatan dalam tempoh (6) enam bulan. Pada masa sekarang pengesahan jawatan untuk penjawat awam adalah dari 1 hingga 3 tahun mengikut syarat-syarat yang ditentukan, termasuklah lulus dalam peperiksaan. ---- MediaSPA

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8
  • PERISTIWA BERGAMBAR ------- Lawatan Tan Sri Mahmood Adam Ke Bahagian Pengurusan Maklumat


    Peristiwa bergambar

Aktiviti1
  • Majlis Sambutan Hari Raya JPM

    PUTRAJAYA 23 Ogos ----- Ketua Setiausaha Negara YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa telah bersama warga Kompleks C, Putrajaya hari ini di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 . Majlis yang diadakan di dataran Kompleks C pagi ini turut dihadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. Hadir sama, Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari serta ketua-ketua Jabatan. Majlis dimulakan dengan acara memotong kek dan seterusnya Ketua Setiausaha Negara menyampaikan duit raya kepada anak-anak tadika. Tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan artis-artis dari S.P.A dan J.P.A. ---- MediaSPA

Aktiviti7

 

Aktiviti7

 

Aktiviti7

 

Aktiviti7

 

Aktiviti7