Uncategorised

  • Hari Khas SPA Bersama Pelanggan Di Bintulu

    BINTULU 16 Jun ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia hari ini telah mengadakan Hari Khas SPA Bersama Pelanggan yang diadakan di Dewan Suarah, Bintulu Sarawak. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Bin Sawiyo. Hadir sama, Timbalan Residen Bahagian Bintulu, Encik Sirai Anak Daha, Setiausaha Bahagian Urus Setia SPA Cawangan Sarawak, Encik Saiful Sungkih Bin Abdullah. Selain SPA, Hari Khas SPA Bersama Pelanggan ini juga turut disertai oleh Kementerian/Jabatan/Agensi lain seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Tenaga Kerja. SPA turut menjemput Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia untuk menyertai pameran kerjaya pada kali ini. Satu sesi ceramah mengenai peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam telah disampaikan oleh Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan Urus Setia SPA Cawangan Sarawak, Encik Mohd Firdaus Bin Haris Fadzilah. SPA turut menyediakan perkhidmatan pendaftaran permohonan jawatan secara online dan membuka kaunter bagi memberi penerangan dan khidmat nasihat berkaitan urusan pengambilan dalam perkhidmatan awam kepada pelanggan yang hadir dari pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang.----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Pelbagai Pembaharuan Akan Dilaksanakan SPA - Tan Sri Mahmood Adam

    BINTULU 15 Jun ------ Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood bin Adam berkata kini SPA telah membuat beberapa penambahbaikan dan pembaharuan dalam melaksanakan urusan-urusan pengambilan dan lantikan pegawai awam. Beliau berkata demikian dalam satu Majlis Interaksi dengan Jabatan-Jabatan Persekutuan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan di Bintulu, Sarawak petang semalam. Hadir sama, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Cawangan Sarawak, Encik Mohd Saiful Sungkih bin Abdullah. Di antara pembaharuan yang dilaksanakan SPA adalah calon boleh memohon untuk ditemu duga pada waktu malam, boleh mengisi permohonan lebih dari 5 jawatan ataupun seseorang calon yang mempunyai kelayakan Ijazah, boleh memohon jawatan kerani atau Pembantu Tadbir ”Inilah transformasi yang dibuat oleh SPA, dan SPA boleh memperoleh penjawat awam yang berkualiti”. Tambahnya lagi, “itulah harapan dan antara produk-produk baru kita (SPA) kepada masyarakat” ------ MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Perjumpaan Khas Tan Sri Mahmood Adam Dengan Media Massa/Elektronik Berbahasa Tamil

    SPA 14 Jun ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan pertemuan khas dengan media massa/elektronik berbahasa Tamil. Perjumpaan yang diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya turut dihadiri Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato’ Segarajah Ratnalingam, Ahli Suruhanjaya Encik Perumal a/l Govindarajoo, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan SPA. Pertemuan YBhg. Tan Sri Pengerusi dengan media berbahasa Tamil tersebut adalah bertujuan untuk memberikan maklumat dan memohon bantuan pihak media supaya dapat menghebahkan tentang kemudahan/faedah penjawat awam, gaji dan jawatan-jawatan yang ditawarkan seterusnya menarik minat kaum India untuk berkhidmat dalam sektor awam. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • SPA Laksana Sesi Temu Duga Waktu Malam

    SPA 13 Jun ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah melaksanakan sesi temu duga pada waktu malam buat pertama kalinya bermula hari ini. Seramai tiga (3) orang calon hadir untuk ditemu duga bagi jawatan Pembantu Penyelidik. Sesi temu duga yang bermula jam 8.00 malam telah diadakan di Dewan Temu Duga Aras 6, Putrajaya. Terdahulu dari itu, sesi temu duga pada waktu malam dan pada hujung minggu telah diumumkan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi SPA pada majlis pertemuan dengan media dan di Majlis Interaksi Pengerusi SPA bersama Kementerian, Jabatan dan Pentadbiran Negeri dibawah bidang kuasa SPA di Pusat Konvensyen Antarabangsa PICC, Putrajaya, minggu lepas. ----- MediaSPA

Aktiviti1
  • SPA Sertai Karnival Kerjaya Di Melaka

    SPA 11 Jun ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengambil bahagian dalam Pameran Kerjaya sempena Pesta Sungai Melaka 2012 yang berlangsung di Dataran Sungai Melaka, Bandar Hilir Melaka pada 9 dan 10 Jun 2012 (Sabtu dan Ahad). Lebih daripada 20 agensi Kerajaan dan Swasta terlibat dalam menjayakan Karnival Kerjaya anjuran Kerajaan Negeri Melaka. SPA yang turut terlibat dalam pameran kerjaya tersebut telah membuka kaunter bagi memberi penerangan dan khidmat nasihat berkaitan urusan pengambilan dalam perkhidmatan awam kepada pelanggan yang hadir. Calon juga boleh membuat semakan status permohonan mereka. Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo turut hadir ke tapak pameran diiringi oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Mohd Nazri Bin Dollah. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Majlis Interaksi Pengerusi SPA Bersama Kementerian, Jabatan Dan Pentadbiran Negeri Di Bawah Bidang Kuasa SPA

    PUTRAJAYA, 11 Jun ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadakan satu Majlis Interaksi Pengerusi SPA bersama Kementerian, Jabatan dan Pentadbiran Negeri dibawah bidang kuasa SPA di Pusat Konvensyen Antarabangsa PICC, Putrajaya, Jumaat lepas. Wakil dari Kementerian dan Jabatan yang hadir telah mengemukakan pelbagai soalan dan masalah yang dijawab oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Hadir sama, Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato’ Segarajah Ratnalingam, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan SPA. Terdahulu dari itu, Pengerusi SPA dalam ucapan aluannya, mengucapkan terima kasih kepada wakil dari Kementerian dan Jabatan kerana telah menyambut baik Majlis Interaksi yang diadakan oleh SPA. YBhg. Tan Sri Mahmood juga bersetuju untuk mengadakan dialog seperti ini lebih kerap lagi supaya pelbagai masalah yang timbul di antara SPA, Kementerian, Jabatan dan Pentadbiran Negeri di bawah bidang kuasa SPA dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan cepat. Sejurus selepas majlis selesai, Pengerusi SPA telah mengadakan sidang media sempena majlis tersebut di tempat yang sama.---- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Lawatan Dari Kementerian Perkhidmatan Awam Arab Saudi

    SPA 8 Jun ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah menerima pelawat dari Kementerian Perkhidmatan Awam, Arab Saudi semalam. Delegasi yang di ketuai oleh Dr. Mansour bin Abdul Aziz Al-Ma’shooq, telah disambut oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Taklimat ringkas mengenai SPA telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Pengambilan, Encik Zainal Abidin Ahmad bertempat di bilik Mesyuarat Setiausaha. Delegasi kemudian dibawa melawat ke Dewan Temu Duga Aras 6. ----- MediaSPA

Aktiviti1
  • Perjumpaan Khas YBhg. Tan Sri Mahmood Adam Bersama Warga SPA

    SPA 6 Jun ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mahukan supaya SPA mudah didekati dan berada dihati rakyat seperti yang diinginkan oleh pucuk pimpinan negara ini. Beliau berkata demikian dalam Majlis Perjumpaan Khas Bersama warga SPA yang diadakan di Dewan Temu Duga Putrajaya Aras 6, petang tadi. Beliau juga mahukan semua urusan bersama pelanggan dipermudah atau dipercepatkan, “Kita perlu berusaha untuk mempercepat dan memudahkan urusan dengan pelanggan seperti bersedia mengadakan urusan temu duga atau kursus pada waktu malam mengikut permintaan”. Ujarnya lagi, beliau meminta supaya SPA memberikan penjelasan kepada orang ramai tentang cara atau teknik untuk lulus dalam peperiksaan khas yang dianjurkan oleh SPA, dan memberi maklumat yang tepat mengapa seseorang calon tidak berjaya dalam peperiksaan atau pun temu duga. Turut hadir di majlis tersebut, Timbalan Pengerusi SPA, YBhg Dato’ Segarajah Ratnalingam, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Sejurus selepas majlis perjumpaan bersama Warga SPA, YBhg. Tan Sri Pengerusi mengadakan perjumpaan khas bersama media yang diadakan di Anjung Ilham. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Dato' Segarajah Ratnalingam, Timbalan Pengerusi SPA

    SPA 4 Jun ----- YBhg. Dato’ Segarajah Ratnalingam telah dilantik secara rasmi sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berkuat kuasa hari ini. Upacara majlis mengangkat sumpah jawatan telah dilakukan dihadapan YA Tan Sri Suriyadi bin Halim Omar, Hakim Mahkamah Persekutuan. Hadir mengiringi upacara angkat sumpah tersebut, Setiausaha Bahagian Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Perundangan, Encik Anuar Othman dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat, Encik Shafarin Nasuredin. ---- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • SPA FC Masih Di Tangga Teratas Liga FAM 2012

    TEMERLOH 3 Jun ----- SPA FC seri terikat dengan jaringan satu (1) sama dalam perlawanan Bola Sepak Liga FAM 2012 bertemu Shahzan Muda di Stadium Temerloh Pahang malam tadi. Jaringan SPA diperoleh melalui Mohd. Shafiq Mohd Zahari pada separuh masa pertama. Pasukan Shahzan Muda yang menggandakan asakan pada separuh masa kedua berjaya menyamakan kedudukan dengan mendapat satu jaringan, namun gagal untuk menambah jaringan dan memperoleh kemenangan di tempat sendiri dihadapan lebih dari seribu penyokong Shahzan Muda. Walaupun perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri, namun SPA FC masih jauh meninggalkan pasukan ditangga kedua liga dengan perbezaan 7 mata ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Tan Sri Mahmood Adam - Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

    SPA 31 Mei ----- YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah dilantik secara rasmi sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berkuat kuasa hari ini. Perlantikan beliau sebagai Pengerusi SPA setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengangkat sumpah pada pagi ini di hadapan Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia, YA Dato’ Bentara Luar Dato’ Haji Hashim Bin Dato’ Haji Yusof bertempat di Istana Kehakiman, Putrajaya. Mengiringi YBhg. Tan Sri Pengerusi, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) dan Encik Shafarin Nasuredin, Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam merupakan Pengerusi SPA ke–11, menggantikan YBhg. Tan Sri Jamaluddin Haji Ahmad Damanhuri yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi pada November lepas. ---- MediaSPA

Aktiviti15

Aktiviti15

  • Ahli Suruhanjaya SPA Baharu

    SPA 29 Mei ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia hari ini telah menerima tiga (3) orang Ahli Suruhanjaya yang baharu iaitu YBhg. Datuk Zainol Othman, Encik Boon Jon Lin dan Encik Isaka anak Kana. Majlis angkat sumpah pelantikan telah disempurnakan dihadapan Hakim Besar Malaya, YAA Tan Sri Dato' Zulkefli Ahmad Makinudin di Istana Kehakiman pagi ini. Turut mengiringi ke majlis tersebut Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat, Encik Shafarin Nasuredin.----- MediaSPA

Aktiviti14

Aktiviti14

  • Majlis Selautan Budi Segunung Ingatan

    BANGI 28 Mei ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadakan Majlis Selautan Budi Segunung Ingatan yang di adakan di Hotel Equatorial Bangi, pada hari Sabtu lepas. Majlis diadakan sempena meraikan tamat tempoh perkhidmatan Ahli-Ahli Suruhanjaya iaitu YBhg. Datuk Ignatius J. Bantoi, YBhg. Ir. Lee Soon Jin dan YBhg. Tuan Haji Aziz Othman. YBhg. Dato’ Abdul Rahman Husin, Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang menunaikan fungsi Pengerusi SPA telah hadir ke majlis. Turut hadir Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo serta pegawai-pegawai kanan SPA. Hadir sama mantan Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Jamaluddin Haji Ahmad Damanhuri dan YBhg. Puan Sri Hazlin Abdul Karim. Pada akhir majlis, YBhg. Dato’ Abdul Rahman telah menyampaikan cenderamata kepada Ahli-Ahli Suruhanjaya yang diraikan.----- MediaSPA

Aktiviti13

Aktiviti13

Aktiviti13

  • SPA FC Di Ambang Juara Liga FAM 2012

    BANGI 28 Mei ----- SPA FC tewaskan Johor Melodi Jaya dalam saingan Liga FAM 2012 dengan jaringan 3 – 0, di Stadium Mini Petronas Bangi, petang semalam. Jaringan pertama SPA diperoleh melalui Mohd Rosdi Zakaria pada minit ke-19. Pada separuh masa kedua, SPA FC menambah 2 jaringan melalui Mohd Shafiq Mohd Zahari pada minit ke-72 dan Khairol Azri Abdul Rahman pada minit ke-80. Hadir menyaksikan perlawanan Presiden SPA FC, YBhg Dato’ Lamien Sawiyo dan Timbalan Presiden, YBhg. Datuk Ramli Juhari. SPA FC kini terus menjadi pendahulu liga FAM dengan 31 mata. SPA FC hanya memerlukan 2 kemenangan lagi dari baki 4 perlawanan untuk menjadi juara Liga FAM 2012. ---- MediaSPA

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

  • Kursus Keselamatan Dan Perlindungan Pejabat

    SPA 23 Mei ------ Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) telah menganjurkan Kursus Keselamatan dan Perlindungan Pejabat di Anjung Ilham Aras 10. Kursus yang bermula pada Selasa telah dihadiri seramai 51 peserta terdiri daripada warga SPA. Antara sesi ceramah yang di adakan adalah mengenai Pengurusan Rahsia Rasmi dari Perspektif Keselamatan Fizikal, Dokumen, Maklumat, Akta Rahsia Rasmi 1972, Keselamatan di Jabatan Kerajaan dan Keselamatan Peribadi. Penceramah jemputan bagi kursus selama tiga hari yang berakhir hari ini adalah dari Pejabat Keselamatan Kerajaan Jabatan Perdana Menteri. ----- MediaSPA

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11

  • SPA FC Tewaskan Melaka

    MELAKA 21 Mei ----- SPA FC terus mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan Liga FAM 2012, apabila berjaya menewaskan Negeri Melaka 2 - 0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Tuah, Melaka petang semalam. Jaringan SPA FC diperolehi melalui tendangan silang oleh Mohd Azrul Nazwan Ibrahim pada minit ke-9. Jaringan kedua SPA pula diperolehi melalui tandukan Mohd Shafiq Mohd Zahari pada minit ke-45. Pasukan tuan rumah berusaha mengandakan serangan pada separuh masa kedua, namun gagal untuk memperolehi sebarang gol sehingga 90 minit perlawanan tamat. Turut hadir menyaksikan perlawanan Timbalan Presiden SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari ----- MediaSPA

Aktiviti9

Aktiviti9

Aktiviti9

Aktiviti9

Aktiviti9

Aktiviti9

  • Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil Allahyarham Noorazmi Bakri

    SPA 18 Mei ----- Warga Suruhanjaya Perkhdmatan Awam hari ini telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil khusus untuk Allahyarham Noorazmi bin Bakri dari Bahagian Pengurusan yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad lepas. Majlis yang diadakan di surau Blok C7 turut dihadiri Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan pegawai-pegawai kanan SPA. Turut hadir Yang Dipertua PASPA, En Shafarin Nasuredin. Bacaan Yasin dan Tahlil telah dipimpin oleh Encik Salehudin Md Dahlan. Hadir sama balu Allahyarham Noorazmi, Puan Rohana Ahmad. YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo juga menyampaikan sumbangan kepada Puan Rohana Ahmad berupa wang tunai yang telah disumbangkan oleh warga SPA. Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil ini adalah anjuran Bahagian Pengurusan dan PASPA -----MediaSPA

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8

  • Kursus Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK)

    SPA 16 Mei ----- Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) telah mengadakan Kursus Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di Anjung Ilham aras 10. Kursus yang bermula semalam telah dihadiri seramai 45 peserta terdiri daripada warga SPA. Sebanyak 6 sesi ceramah telah diadakan antaranya adalah Pengenalan mengenai KIK, Teknik Menjana Idea Kreatif, Kaedah KIK, Konsep KIK, langkah pemilihan masalah dan pembangunan KIK. Ceramah sepanjang kursus pada kali ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Basharuddin Haji Abdullah dari Jabatan Kastam. ----- MediaSPA

Aktiviti7

Aktiviti7

Aktiviti7

Aktiviti7

Aktiviti7

Aktiviti7

Aktiviti7

Aktiviti7

  • SPA FC Tewaskan Pulau Pinang SDM Kepala Batas

    BANGI 13 Mei ----- SPA FC menang 2 – 1 menewaskan Pulau Pinang SDM Kepala Batas dalam perlawanan Bola Sepak Liga FAM 2012 yang berlangsung di Stadium Mini Petronas, Bangi petang semalam. Jaringan SPA FC diperoleh pada separuh masa kedua melalui pemain gantian, Muhammad Rery Martinez pada minit ke-83. Pada minit ke-86 pula, tendangan kencang dari luar kotak penalti oleh ketua pasukan, Sazali Suwandi menambah derita pasukan pelawat untuk jaringan kedua SPA FC. Hadir menyaksikan perlawanan, Presiden SPA FC, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan Timbalan Presiden SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari.----- MediaSPA

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6

  • Mesyuarat Agong PUSPANITA Cawangan Kecil SPA

    SPA 11 Mei ----- Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo hari ini telah merasmikan Mesyuarat Agong PUSPANITA 2012–2014 Cawangan Kecil SPA, di Auditorium JPA. Hadir sama pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil SPA YBhg. Datin Normah Ibrahim, Timbalan Pengerusi Puan Lim Mooi Eia dan Ahli-Ahli PUSPANITA SPA. PUSPANITA Cawangan Kecil SPA turut memberi penghargaan kepada Puan Salbiah Arop sebagai penerima Anugerah Cemerlang PUSPANITA SPA 2010 – 2011. YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo telah menyampaikan hadiah dan sijil kepada beliau sebagai tanda penghargaan. ----- MediaSPA

Aktiviti5

Aktiviti5

  • Lawatan Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Nepal

    SPA 9 Mei ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah menerima lawatan rasmi daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Nepal. Delegasi seramai 6 orang daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam negara tersebut telah diketuai oleh Ahli SPA Nepal, Hon. Krishna Prasad Pokharel. Ketibaan rombongan telah disambut Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo serta pegawai kanan SPA. Sejurus tamat sesi taklimat yang berlangsung di bilik Mesyuarat Suruhanjaya aras 10, delegasi telah dibawa melawat dewan temu duga di aras 6 dengan diiringi oleh YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Terdahulu dari itu, Hon. Krishna Prasad Pokharel telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ Abdul Rahman Husin, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (Menunaikan fungsi Pengerusi SPA mengikut Perkara 142(3A) Perlembagaan Persekutuan).------- MediaSPA

Aktiviti4

Aktiviti4

  • KSN Ucap tahniah Kepada SPA, Raih 3 Anugerah Pencapaian Sukan

    PUTRAJAYA 8 Mei ----- Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di atas kejayaan merangkul 3 Anugerah Pencapaian Sukan Jabatan Perdana Menteri 2011 di dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi tadi. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah memenangi Anugerah Olahragawan JPM yang disandang oleh Joharry Othman dari Bahagian Peperiksaan menewaskan calon dari Jabatan Insolvensi Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Anugerah kedua dimenangi oleh Mohd Rizal Tisin yang memenangi Anugerah Khas Sukan menewaskan calon dari Unit Perancang Ekonomi. Anugerah ketiga yang dimenangi SPA adalah Anugerah Pasukan Terbaik Jabatan Perdana Menteri yang dimenangi oleh Pasukan Bolasepak SPA FC menewaskan pasukan Dragon Boat dari JPM. YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah menyampaikan hadiah-hadiah berupa wang tunai, sijil dan piala. Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat, Encik Shafarin Nasuredin telah hadir di dalam majlis penyampaian anugerah tersebut. Terdahulu dari itu, Ketua Setiausaha Negara telah menyampaikan sijil kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011. ----- MediaSPA

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

  • Mesyuarat Suruhanjaya di Pulau Pinang

    PULAU PINANG 7 Mei ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia hari ini telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 15/2012 (2578) di Pulau Pinang. Mesyuarat telah dihadiri oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Dato' Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan SPA. Pada sebelah petang, Ahli-Ahli Suruhanjaya membuat lawatan rasmi ke Taman Negara Teluk Bahang. ----- MediaSPA

Aktiviti2

  • Pusingan Ke Dua Liga FAM 2012, SPA FC Tewaskan Pulau Pinang

    PULAU PINANG 6 Mei ----- SPA FC membawa pulang tiga (3) mata penuh setelah menewaskan pasukan Pulau Pinang 1-0 dalam perlawanan bola sepak Liga FAM 2012, yang berlangsung di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang petang tadi. Jaringan SPA FC diperoleh melalui Mohd Asrulnazwan Ibrahim pada minit ke 35. Presiden Bola Sepak SPA FC YBhg. Dato' Lamien Sawiyo yang turut hadir menyaksikan perlawanan, mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain. Hadir menyaksikan perlawanan, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Y.B. Dato' Farizan Darus. Kemenangan pertama pasukan SPA FC yang masuk ke pusingan kedua Liga FAM 2012 nyata memberi semangat kepada pemain-pemain dan ini adalah perlawanan kedua SPA FC setelah menewaskan pasukan sama pada minggu lepas. ----- MediaSPA

Aktiviti1

Aktiviti1

Aktiviti1

Aktiviti1

  • SPA FC Bangkit Menewaskan Pulau Pinang

    BANGI 30 April ----- Pasukan SPA FC bangkit dengan menewaskan pasukan Pulau Pinang FC 1-0 dalam saingan Liga FAM 2012 yang berlangsung di Stadium Mini Petronas, Bangi petang semalam. Jaringan SPA diperoleh melalui Muhammad Rery Martinez Mohd Ali pada minit ke 54. Pemain-pemain Pulau Pinang yang diketuai oleh bekas pemain kebangsaan, Hasmawi Hassan sentiasa mengasak ke kubu SPA FC namun gagal menembusi benteng untuk mencipta jaringan. Jurulatih SPA FC, Mohd Nidzam Jamil nyata gembira dengan permainan yang merupakan perlawanan terakhir dalam pusingan pertama LIga FAM 2012 dengan mendapat 19 mata. Pada pusingan kedua yang akan bermula minggu hadapan SPA FC akan bertemu pasukan ini sekali lagi di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang. ----- MediaSPA

Aktiviti13

Aktiviti13

Aktiviti13

Aktiviti13

Aktiviti13

Aktiviti13

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011

    SPA 27 April ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia hari ini telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2011 bertempat di Dewan Temu duga SPA, Aras 6. Majlis telah dihadiri oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia serta warga SPA. Seramai 41 orang warga SPA telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada kali ini. Semua penerima APC telah menerima sijil serta hadiah prestasi berupa wang tunai yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Terdahulu dari itu, Setiausaha SPA telah melancarkan Buletin SPA (WARNA) keluaran pertama. Buletin ini akan dikeluarkan tiga kali setahun. ----- MediaSPA

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

  • Mesyuarat Suruhanjaya Dan Mesyuarat Khas Suruhanjaya

    DESARU JOHOR, 24 April ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya dan Mesyuarat Khas Suruhanjaya di Pulai Desaru Beach Resort, Johor. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Abd Rahman Husin. Mesyuarat yang bermula malam semalam turut dihadiri Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan pegawai-pegawai kanan SPA. Pada sebelah petang, Ahli-Ahli Suruhanjaya telah mengadakan lawatan rasmi ke Muzium Nelayan di Desaru dan mendengar taklimat daripada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).. ----- MediaSPA

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11

  • "Kita Tidak Perlu Kecewa" --Datuk Ramli Juhari

    BANGI 22 April ----- “Kita tidak perlu kecewa”, itulah kata-kata semangat, Timbalan Presiden SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari kepada pasukan SPA FC yang tewas kepada pasukan UiTM FC 3 – 1 dalam saingan Liga FAM 2012 yang berlangsung di Stadium Mini Petronas Bangi, petang tadi. “Pasukan lawan pasti akan berusaha menewaskan pasukan kita sebab mereka tahu kita pasukan yang bagus, sebab itu mereka berusaha keras” ujar beliau ketika berucap di hadapan pemain-pemain SPA FC setelah tamat perlawanan. Jaringan SPA FC diperolehi melalui tandukan oleh Zulkifli Affendi pada minit ke-62. ”Kita ada lagi 9 perlawanan selepas ini, dan ada masa lagi, tidak perlu kecewa”. Pasukan SPA FC yang telah bermain 7 kali, menang 5 perlawanan, sekali seri dan tewas satu perlawanan kepada UiTM petang tadi. Bagaimana pun SPA FC masih berada di tangga teratas Liga. ----- MediaSPA

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10

  • Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Juruaudit Gred W41

    PUTRAJAYA 17 April ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan peperiksaan memasuki Perkhidmatan Juruaudit Gred W41. Seramai 7,682 calon layak menduduki peperiksaan yang diadakan di seluruh Malaysia pada Sabtu lepas. Peperiksaan untuk memasuki Perkhidmatan Juruaudit Gred W41 ini adalah yang pertama kali diadakan oleh SPA dan keputusan dijangka akan diketahui pada 20 Mei 2012. Calon-calon yang lulus peperiksaan akan menduduki Assesment Centre terlebih dahulu sebelum dipanggil temu duga.----- MediaSPA

Aktiviti9

Aktiviti9

  • KL SPA FC Hanya Mengutip 1 Mata Bertemu Tentera Darat

    KUALA LUMPUR 16 ----- SPA FC hanya mengutip 1 mata dalam perlawanan menentang pasukan Tentera Darat setelah mendapat keputusan seri 0 – 0 dalam perlawanan Liga FAM 2012 yang berlangsung di Padang Bola Sepak Kem Batu Kentomen, Jalan Ipoh Kuala Lumpur petang semalam. Kedua-dua pasukan agak sukar untuk menjaringkan gol kerana keadaan padang yang licin serta dipenuhi air setelah hujan dalam waktu permainan. Walaupun membawa pulang 1 mata, namun kedudukan KL SPA FC masih lagi di tempat teratas dalam Liga FAM setelah mengumpul 16 mata dalam 6 perlawanan ----- MediaSPA

Aktiviti8

Aktiviti8

  • Kursus Compentency Based Intiview (CBI)

    PAHANG 29 Februari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengadakan Kursus Compentency Based Interview Technique (CBI), anjuran ASPA di Awana Genting Golf and Country Resort. Kursus 3 hari yang bermula Isnin lepas, telah dihadiri oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai SPA. Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Mengulas mengenai kursus CBI yang berakhir hari ini, Dato’ Lamien Sawiyo berkata ”Kursus CBI ini merupakan satu usaha SPA untuk meningkatkan tahap profesionalisma Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai SPA yang terlibat dengan urusan temu duga supaya urusan temu duga yang kita jalankan ini, lebih mantap dan lebih berkesan untuk mencari calon-calon yang terbaik memasuki perkhidmatan awam”. Mengulas mengenai temu duga yang dijalankan oleh SPA sebelum ini beliau berkata, ” di masa-masa yang lepas mungkin kita tidak menggunakan kaedah-kaedah tertentu dan menggunakan pengalaman-pengalaman yang lepas, jadi ini mungkin berbeza diantara seseorang penemu duga dengan seseorang yang lain, tapi melalui kaedah yang sama ini (CBI), kita boleh mengurangkan perbezaan yang luas diantara satu penemu duga dengan penemu duga, dan dengan ini kita akan dapat satu calon yang unggul untuk menganggotai perkhidmatan awam”. Terdahulu dari itu YBhg. Dato’ Abdul Rahman Husin, yang menjalankan fungsi Pengerusi SPA, telah menyampaikan sijil-sijil penyertaan dari Omni View Consultancy (M) Sdn. Bhd kepada peserta yang hadir ---- MediaSPA

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8
  • Kursus Pengurusan Fail Dan Rekod

    SPA 10 April ----- Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Fail Dan Rekod. Kursus dua hari yang bermula Isnin dan berakhir hari ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan dan Anjung Ilham. Antara sesi kursus yang diadakan termasuklah mengenai kepentingan dan keperluan pengurusan rekod awam secara efisyen. Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Haji Abu Bakar Zakaria dan Puan Norazilah Daud dari Arkib Negara. ----- MediaSPA

Aktiviti7

Aktiviti7

Aktiviti7

Aktiviti7

Aktiviti7

Aktiviti7

Aktiviti7

Aktiviti7

  • "eRulling, Semua PSU Kemuka Cadangan" ---- Datuk Ramli Juhari

    SPA 23 Februari ----- Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari, mengarahkan semua Penolong Setiausaha (PSU) supaya melihat semula e-Rulling dan mengemukakan cadangan penambahbaikan. ”Semua PSU-PSU hendaklah melihat semula e-Rulling atau apa-apa peraturan yang difikirkan perlu diubah dan kemukakan cadangan jika difikirkan perlu dibuat penambahbaikan”. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan anjuran Bahagian Peperiksaan di Dewan Temu Duga SPA di aras 6, semalam. Turut hadir, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia. Terdahulu dari itu dalam ucapannya, beliau meminta supaya pegawai-pegawai bawahan turut melibatkan diri dalam menyumbang idea-idea supaya matlamat organisasi tercapai. Di akhir majlis, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Bowling Tertutup SPA 2011. ----- MediaSPA

Aktiviti7

 

Aktiviti7

 

Aktiviti7

 

Aktiviti7

 

Aktiviti7
  • SPA FC Leburkan Rekod Tanpa Kalah Pulau Pinang

    BANGI 8 April ----- SPA FC telah berjaya meleburkan rekod tanpa kalah pasukan Pulau Pinang PBAPP dengan jaringan 2-1 dalam saingan Liga FAM 2012 yang berlangsung di Stadium Mini Petronas, Bangi petang tadi. Jaringan SPA FC pada minit ke-54 oleh Mohd Zulkifli Affendi Mohd Zakri telah membakar semangat pemain-pemain yang diterajui oleh jurulatih, Nidzam Jamil. Jaringan kedua diperoleh melalui Khairol Azri Abdul Rahman pada minit ke-92. Pasukan pelawat sentiasa mengasak ke kubu SPA FC namun benteng pasukan tuan rumah dapat mengekang usaha pasukan pihak lawan. Presiden SPA FC, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan Timbalan Presiden, YBhg. Datuk Ramli Juhari turut hadir menyaksikan perlawanan ----- MediaSPA

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6

  • Piala FA 2012 - SPA FC Kalahkan MBJB

    BANGI 19 Februari ----- Pasukan SPA FC menang 3 – 0 setelah menewaskan pasukan MBJB dalam perlawanan piala FA 2012 yang berlangsung petang semalam di Stadium Mini Petronas, Bangi. Jaringan SPA FC di peroleh pada minit ke-4 melalui tendangan percuma oleh Mohd Zulkifli Affendi, di luar kotak penalti. Jaringan kedua dilakukan oleh Fadzly Iskandar melalui tandukan yang menewaskan penjaga gol MBJB pada minit ke-15. Pasukan MBJB terus dikecewakan dengan jaringan ketiga oleh Mohd Shafiq pada minit ke 25. Pasukan MBJB juga kehilangan 3 pemain kerana dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua. Sementara itu, Timbalan Presiden SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari yang menyaksikan perlawanan, mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain. Beliau yang terus memberi semangat kepada pemain-pemain dan yakin pada perlawanan seterusnya SPA FC pasti boleh memperoleh kemenangan jika prestasi dan semangat berpasukan seperti ini dapat dikekalkan. ----- MediaSPA

Aktiviti6

 

Aktiviti6

 

Aktiviti6

 

Aktiviti6

 

Aktiviti6

 

Aktiviti6
  • Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan Politeknik

    SPA 5 April ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima lawatan sambil belajar dari Pelajar-pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan, Politeknik Port Dickson petang semalam. Delegasi seramai 85 orang pelajar itu telah diketuai oleh Pensyarah Sains Kesetiausahaan Jabatan Perdagangan Politeknik, Puan Siti Nurbaya Mat Rofa. Satu taklimat mengenai fungsi SPA dan peluang kerjaya telah disampaikan oleh Encik Azzanawawy Samat, Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan di Dewan Temu duga, Aras 6. ----- MediaSPA

Aktiviti5

Aktiviti5

Aktiviti5

  • Amanat Kepada Pasukan Bolasepak SPA FC

    SPA 18 Februari ----- Timbalan Presiden Pasukan Bola Sepak SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari berkata, semua pemain bolasepak SPA mestilah berfikir secara positif, lupakan semua masalah apabila di atas padang dan memberi tumpuan kepada permainan dengan matlamat untuk menang. Beliau berkata demikian ketika memberi amanat kepada pemain-pemain Pasukan Bola Sepak SPA FC jumaat lepas. SPA FC akan bertemu pasukan MBJB dalam perlawanan bolasepak Piala FA di Stadium Mini Petronas, Bangi jam 4.15 petang esok (Sabtu). Beliau juga mengingatkan kepada pemain-pemain supaya tidak terlibat dengan rasuah. YBhg. Datuk Ramli juga memberi penghargaan kepada pasukan SPA FC kerana dengan adanya pasukan ini secara tidak langsung mempromosikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia kepada orang ramai. Beliau merujuk kepada akhbar-akhbar utama yang memaparkan jadual perlawanan antara SPA FC dengan MBJB. Sementara itu Pengurus pasukan, Encik Aidid Molana berkata, pemain-pemain mestilah memberikan komitmen dan bermain secara berpasukan . ----- MediaSPA

Aktiviti5
  • Kursus Penulisan Surat Rasmi, Memo Dan Emel Berkualiti

    SPA 5 April ----- Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (ASPA) telah menganjurkan Kursus Penulisan Surat Rasmi, Memo dan Emel Berkualiti. Kursus yang bermula pada 3 April hingga 4 April 2012 tersebut telah diadakan di Anjung Ilham dan disertai oleh warga SPA. Sebanyak 6 sesi latihan dilakukan oleh peserta-peserta kursus antaranya ialah seperti bahasa surat, prinsip dan format surat rasmi, bengkel latih amal penulisan surat rasmi, pembentangan latih amal penulisan surat rasmi, format penulisan memo dan bengkel latih amal penulisan e-mel. Penceramah bagi kursus tersebut adalah Encik Daud Naim dan Encik Mat Zizi Ismail dari Institut Aminudin Baki (IAB), Genting Highlands. ------ MediaSPA

Aktiviti4

Aktiviti4

Aktiviti4

Aktiviti4

Aktiviti4

Aktiviti4

Aktiviti4

Aktiviti4

Aktiviti4

Aktiviti4

  • Seminar Perancangan Strategik 2011 - 2015

    SHAH ALAM 15 Februari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengadakan Seminar Perancangan Strategik 2011 – 2015 (Sesi 2). Seminar yang bermula Isnin lepas dan berakhir hari ini telah dihadiri oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan), YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan SPA. Sementara itu pada pagi ini, YBhg. Dato' Setiausaha SPA telah mempengerusikan Mesyuarat-mesyuarat Pengurusan SPA. ----- MediaSPA

Aktiviti4

 

Aktiviti4

 

Aktiviti4
  • Liga FAM 2012, SPA FC Tewaskan Shahzan Muda

    BANGI 5 April ----- SPA FC berjaya menewaskan Shahzan Muda (Pahang Kuantan Port) dengan jaringan 3 – 1 dalam perlawanan Liga FAM 2012 yang berlangsung di Stadium Mini Petronas, Bangi petang semalam. Jaringan pertama SPA FC diperolehi melalui Mohd Zulkifli Affendi pada minit ke-43. Khairol Azry Abdul Rahman menambah jaringan kedua SPA FC pada minit ke – 53. Pemain gantian, Muhammad Ariffin Norazidi menambah derita pasukan pelawat itu dengan jaringan ketiga pada minit ke-84. Turut menyaksikan perlawanan, Presiden SPA FC YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan Timbalan Presiden YBhg. Datuk Ramli Juhari. Ketika mengulas kemenangan SPA FC ke atas pasukan pelawat YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo berkata pasukan SPA FC masih dapat menumpukan perlawanan Liga FAM ini walaupun telah meninggalkan perlawanan kerana terlibat dalam perlawanan Piala FA ” Pasukan SPA FC masih fokus untuk menuju destinasi iaitu pencapaian terbaik untuk menjadi juara Liga FAM bagi tahun 2012 ini”. Beliau juga berharap supaya pemain-pemain memberi tumpuan dan prestasi seperti perlawanan ini untuk perlawanan-perlawanan seterusnya ---- MediaSPA

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

  • SPA Sertai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul

    PUTRAJAYA 5 Februari ----- Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan telah diadakan semalam di Masjid Putra, Putrajaya. Seramai 12 ribu orang hadir yang terdiri daripada pegawai-pegawai di pelbagai Kementerian/Jabatan, Badan berkanun, Swasta dan NGO berarak bermula dari Istana Kehakiman ke Dataran Putra. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) juga telah menyertai acara perarakan yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Mohd Nazri bin Dollah. DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong telah berkenan merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini . ----- MediaSPA

Aktiviti3

 

Aktiviti3

 

Aktiviti3

 

Aktiviti3

 

Aktiviti3

 

Aktiviti3

 

Aktiviti3

 

Aktiviti3
  • Bowling Terbuka PASPA - Aisyah Husin Cipta Hatrik

    PUTRAJAYA 2 April ----- Aishah Husin dari Bahagian Pengurusan Maklumat menjadi Johan kategori Wanita bagi Pertandingan Bowling Terbuka PASPA 2012 yang berlangsung di ARL Power Bowl Alamanda Sabtu lepas. Beliau yang menjadi johan tiga tahun berturut-turut mulai tahun 2010, 2011 dan 2012 telah memperolehi 533 jatuhan pin. Dalam kategori lelaki pula, Muhammad Athaa’illah Bahari dari Bahagian Pengurusan menjadi Johan dengan mendapat 570 jatuhan pin. Dalam kategori VIP, YBhg. Dato’ Abdul Rahman Husin telah mendapat tempat pertama dengan 388 jatuhan pin. Seramai 58 peserta terdiri daripada warga SPA hadir menyertai pertandingan pada kali ini. YBhg. Dato’ Abdul Rahman Husin telah menyampaikan hadiah kepada pemenang ----- MediaSPA

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2

  • Peperiksaan Khas Memasuki Skim Perkhidmatan Penguasa Kastam

    BANGI 4 Februari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Peperiksaan Khas Memasuki Skim Perkhidmatan Penguasa Kastam, Sabtu lepas. Seramai 28,741 calon telah layak menduduki ujian yang pertama kalinya diadakan khas untuk calon-calon yang memohon untuk jawatan Penguasa Kastam. Bertempat di pusat peperiksaan UNITEN Bangi, seramai 670 calon hadir menduduki peperiksaan. Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo hadir untuk melihat sendiri perjalanan peperiksaan. Hadir sama Pengarah Bahagian Perancangan Korporat KDRM, YBhg. Dato’ Chik Omar Chik Lim. Menurut Dato’ Lamien, sebanyak 69 peratus kehadiran calon-calon yang menduduki peperiksaan dan ini merupakan rekod kehadiran calon yang paling ramai. Menurutnya lagi, keputusan peperiksaan dijangka dapat diketahui pada 12 Mac 2012. Calon-calon yang lulus peperiksaan akan menduduki Assesment Centre pada bulan April dan urusan temu duga pula akan dijalankan pada bulan Jun depan. ----- MediaSPA

Aktiviti2

 

Aktiviti2

 

Aktiviti2
  • SPA Juara Perlawanan Bowling PUSPANITA JPM 2012

    PUTRAJAYA 2 April ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menjadi Johan Pertandingan Bowling PUSPANITA JPM 2012, yang berlangsung di ARL Power Bowl Alamanda Jumaat lepas. Dengan jatuhan pin sebanyak 1,745, pasukan SPA yang terdiri daripada gandingan Aisyah Husin, Nor Haslin Yusop, Saliza Mohamad Nafiah dan Nooremalia Mohamad telah menewaskan pasukan dari SPRM yang mendapat Naib Johan. Sebanyak 22 pasukan telah menyertai pertandingan pada tahun ini. Sementara itu, Nor Haslin Yusof dari SPA telah mendapat tempat ke dua dalam kategori High Score dengan 477 jatuhan pin. Hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Datin Noor Zaidah Umar, Timbalan Pengerusi PUSPANITA JPM ----- MediaSPA

Aktiviti1

  • "2012, SPA Lebih Maju, Cemerlang Dan Terbilang" ---- YBhg. Dato' Lamien Sawiyo

    SPA 1 Februari ----- Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo mengucapkan tahniah kepada Warga SPA atas kejayaan dan kerjasama semua pihak dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti diri dan juga organisasi. Beliau berkata demikian dalam ucapan perhimpunan bulanan SPA, anjuran Bahagian Pengambilan semalam. Dalam ucapan itu juga, beliau telah mengimbau kejayaan-kejayaan SPA sepanjang tahun 2011. Sementara itu, dalam tahun 2012 ini beliau ingin melaksanakan beberapa perkara yang telah dikenal pasti antaranya, beliau mahukan peranan PSU (Penolong Setiausaha) agar dapat menjadi Project Manager bagi tugas yang diamanahkan, ”Saya nak supaya PSU mengetahui tugasan dari A sampai Z dan tidak semata-mata bergantung kepada pihak-pihak lain umpamanya CC (ketua kerani) atau pun PT (Pembantu Tadbir) dan sebagainya.” Beliau juga telah menyentuh mengenai ruling SPA supaya dibuat kajian mengikut kesesuaian pada masa sekarang. Beliau turut menyatakan hasrat beliau agar Portal SPA mencapai taraf "Top 10" pada tahun ini. Terdahulu dari itu, beliau juga mahukan supaya SPA bertanding dalam Anugerah Inovasi kepada projek-projek yang telah SPA bangunkan. Di akhir ucapan, YBhg. Dato’ Lamien mengajak Warga SPA bersama-sama beliau untuk melaksanakan projek-projek 2012 supaya SPA terus maju, cemerlang dan terbilang. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Piala FA, "Satu Pengalaman Baru" - Presiden SPA FC

    KOTA BHARU 27 Mac ----- Pasukan Bola Sepak SPA FC berjaya mengekang pasukan Red Warriors daripada serangan bertubi-tubi dalam perlawanan Piala FA pusingan ke dua di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi. Walaupun tewas dengan jaringan 0 - 2, SPA FC tetap mempamerkaan semangat juang dalam perlawanan menentang pasukan Kelantan. Pasukan Kelantan yang bermain dihadapan 15 ribu penyokongnya, juga dibarisi pemain terkemuka dan pemain import nyata tercabar dengan serangan yang dilakukan oleh pemain-pemain dari kelab Liga FAM ini. Sementara itu Presiden SPA FC YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo tetap memuji pasukan bola sepak SPA FC ”Saya berpuas hati dengan pemain-pemain pada malam ini, mereka menunjukkan kesungguhan, semangat yang berkobar-kobar untuk memenangi pertandingan ini dihadapan penyokong-penyokong Kelantan, walaupun tidak berjaya menjaringkan gol”. Ketika ditanya mengenai Liga FAM yang sedang berlangsung sekarang beliau tetap yakin bahawa pasukan SPA FC boleh menjadi juara dalam Liga FAM 2012. ”Perlawanan Piala FA ini merupakan satu pengalaman baru kepada pemain SPA FC untuk digunapakai diperingkat Liga FAM, jadi dengan pengalaman bermain di Piala FA ini, pemain-pemain boleh menimba pengalaman, untuk mencapai matlamat menjuarai Liga FAM 2012”, ujarnya. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Hari Khas SPA Bersama Pelanggan

    KUALA LUMPUR 31 Januari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan Hari Khas SPA Bersama Pelanggan bertempat di Pusat Temu duga SPA Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur. Hari Khas SPA Bersama Pelanggan yang dibuka seawal jam 10 pagi ini telah mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada graduan-graduan IPTA/IPTS. Satu sesi taklimat kerjaya juga telah disampaikan oleh Penolong Setiausaha daripada Bahagian Pengambilan, Encik Mohd Yazid bin Mohd Zuliaddin. Ini adalah merupakan Hari Khas SPA Bersama Pelanggan yang pertama diadakan pada tahun 2012.----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ)

    Kota Bharu 27 Mac---- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di Kota Bharu Kelantan hari ini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Turut hadir Timbalan Setiausaha Pengambilan, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Timbalan Setiausaha Perkhidmatan, Puan Lim Mooi Eia. Sementara itu, di sebelah pagi pula YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo telah hadir dalam kursus Kecemerlangan Diri dan Organisasi anjuran ASPA. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • SPA Naib Johan Pertandingan Kayak PUSPANITA JPM 2012

    PUTRAJAYA 30 Januari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah berjaya menjadi Naib Johan Pertandingan Program Rekreasi Kayak PUSPANITA Jabatan Perdana Menteri yang berlangsung pada hari Sabtu lepas bertempat di Pusat Rekreasi Air, Taman Wetland, Putrajaya. Program anjuran Biro Sukan PUSPANITA JPM ini telah dikendalikan oleh PUSPANITA Cawangan Kecil SPA dan disertai oleh Jabatan/Agensi di bawah JPM. Hadir sama menyaksikan pertandingan, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil SPA, YBhg. Datin Normah Ibrahim telah menyampaikan hadiah kemenangan kepada pasukan yang bertanding. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • SPA FC Akan Bangkit Menentang Kelantan Di Stadium Sultan Muhammad IV Selasa Ini

    BUKIT JALIL 25 Mac ----- Pasukan Bola Sepak SPA FC akan bangkit menentang Kelantan apabila bertandang ke Stadium Sultan Muhammad IV dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2012 Selasa ini. SPA FC tewas 0 – 3 dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lepas. Pengurus Pasukan SPA FC, Encik Aidid Maulana Mataha berkata ”pemain telah berusaha menyekat pasukan kelantan dan hampir mengejutkan mereka, tetapi oleh kerana kurang pengalaman dan hilang sedikit fokus membuatkan kita kalah”. Menurutnya lagi pemain telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan. ”Kita adalah pasukan yang bertuah kerana dapat menentang pasukan gergasi nombor satu (1) di Malaysia dan terima kasih kepada warga SPA atas sokongan dan juga kepada pengurusan atasan yang telah menaikkan semangat pemain walaupun berdepan dengan ribuan penyokong-penyokong Kelantan. Insyallah kita ada peluang lagi di sana dan akan memberikan tentangan yang sengit” ujarnya. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Seminar Perancangan Strategik SPA 2011-2015

    NEGERI SEMBILAN 19 Januari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Seminar Perancangan Strategik SPA 2011-2015 di Nilai Spring Resort Hotel, Negeri Sembilan. Seminar ini diadakan bertujuan untuk menentukan hala tuju dan perancangan jangka panjang SPA 2011-2015, membuat penambahbaikan terhadap sistem kerja sedia ada dan merancang strategi-strategi baru yang lebih dinamik. Seminar selama tiga (3) hari bermula 16 Januari 2011 lalu dan berakhir semalam telah dihadiri oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan SPA. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Bendera SPA Bakal Berada Di Puncak Gunung Everest

    SPA 23 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Majlis Penyerahan Bendera Ekspedisi Jejak Everest 2012. Penyerahan bendera SPA yang akan dibawa ke puncak Gunung Everest telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo kepada Encik Doni Haji Sahari. Beliau yang bertugas di Urus Setia SPA Cawangan Sarawak, akan berlepas ke Katmandu pada hari ini, 23 Mac 2012. Menurut YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, majlis yang diadakan ini adalah merupakan penghormatan kepada beliau dan merupakan satu usaha yang murni. ”Sama-samalah kita mendoakan agar beliau dapat mencapai cita-cita untuk menjejaki puncak Everest, dan seterusnya dapat mengibarkan bendera SPA di puncak Gunung Everest” . Hadir sama, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha SPA (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia. Menurut YBhg. Dato’ Lamien lagi SPA sentiasa mengalu-alukan kepada seluruh warga SPA supaya aktif dalam pelbagai bidang sukan seperti Bola Sepak, Bola Jaring, Bowling, Badminton dan lain-lain yang boleh mengharumkan nama SPA. ”SPA sudah terkenal di JPM kerana kita yang unggul (aktiviti sukan) dan kita harap ia tidak dirampas oleh pihak lain”. Diakhir ucapan, ”Ini merupakan satu suntikan semangat kepada Encik Doni, dapat mencapai cita-cita beliau untuk menjejaki Gunung Everest, dan harapan SPA semoga beliau berjaya”. ----MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Lawatan Delegasi Kementerian Perkhidmatan Awam Lesotho

    SPA 11 Januari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) semalam telah menerima lawatan daripada Kementerian Perkhidmatan Awam Lesotho. Delegasi seramai tujuh (7) orang itu diketuai oleh Menteri Perkhidmatan Awam Lesotho, Ephraim Ramootsi Lehata. Ketibaan delegasi Lesotho disambut oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Taklimat ringkas mengenai SPA disampaikan oleh Encik Zainal Abidin Ahmad di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya, Aras 10. ----- MediaSPA

Aktiviti1
  • Bahagian Pengurusan Anjurkan Program Riang Ria Cuti Sekolah 2012

    SPA 23 Mac ----- Sempena cuti persekolahan yang lalu, Bahagian Pengurusan telah menganjurkan Program Riang Ria Cuti Sekolah untuk anak-anak Warga SPA. Di antara acara yang disertai oleh anak-anak Warga SPA ini adalah seperti Pertandingan Mewarna, Menyusun Puzzle, Meneka Benda Sama Tak Serupa, Menjawab Soalan Kata Nama Khas/Kata Hubung dan Menjawab Soalan Jawi. Seramai 46 kanak-kanak di antara umur 4 hingga 12 tahun telah menyertai program tersebut yang diadakan di Perpustakaan SPA. YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Setiausaha SPA telah hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Hadir sama Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Mohd Nazri Dollah ----- MediaSPAA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Sidang Media Memperkenalkan SPA FC

    PUTRAJAYA 21 Mac ----- Setiausaha SPA merangkap Presiden SPA FC, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo hari ini telah mengadakan Sidang Media untuk memperkenalkan pasukan SPA FC sempena perlawanan suku akhir di antara SPA FC dan Kelantan sabtu ini. Turut hadir Timbalan Presiden SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Setiausaha SPA FC, Aidid Molana dan Jurulatih SPA FC, Nidzam Jamil. "SPA FC sebuah pasukan bola sepak dari jabatan kerajaan, yang disertai oleh warga SPA, tiada pemain import atau profesional’’. Pasukan SPA FC telah layak menyertai Piala FA pada tahun 2011 dan pada tahun ini, SPA FC telah layak hingga ke peringkat suku akhir. ‘’Ini adalah satu rekod, iaitu pasukan pertama dari Liga FAM yang akan bertanding ke peringkat suku akhir’’ katanya." Beliau juga berkata, dari segi prestasi dalam tahun ini, SPA FC telah memenangi kesemua perlawanan dalam Liga FAM. Dengan kemenangan tersebut, SPA FC kini menjadi pendahulu dalam Liga FAM. SPA FC juga telah memenangi dua perlawanan dalam piala FA iaitu menentang MBJB dari liga Perdana dan pasukan Preah Khan Reach dari Kemboja. Dengan kemenangan itu diharapkan dapat memberi semangat dan motivasi yang tinggi kepada pemain-pemain untuk mencapai kejayaan yang seterusnya. Beliau juga mengharapkan pemain-pemain dapat mempamerkan perlawanan bersungguh-sungguh ketika bertemu dengan Kelantan pada Sabtu ini dalam saingan suku akhir Piala FA 2012 ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • PERISTIWA BERGAMBAR ------ Mesyuarat Pengisian Pegawai JAKIM Secara Kader Di PDRM  
       
      Peristiwa bergambar
Aktiviti 30

 
  • SPA Bersama Melaka fm

    Melaka 21 Mac ----- Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Mohd Shaiful bin Ibrahim telah diwawancara oleh Radio Melaka fm (RTM), sempena perasmian pusat temu duga SPA di Melaka, semalam. Rancangan yang dinamakan ”Bicara Agensi” telah dikendalikan oleh DJ Mohd Rahim Luwi. Siaran yang ke udara selama 30 minit itu antaranya menyentuh mengenai fungsi dan peranan SPA serta mempromosikan pusat temu duga SPA di Melaka. Sebelum itu, pusat temu duga SPA yang berada di Lot 45, Tingkat 15, Jaya 99, Jalan Tun Sri Lanang telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. Dato’ Abd Rahman Husin pada 19 Mac 2012 yang lalu. ----- MediaSPA

Aktiviti1
  • "Keputusan temu duga PTD dan Pemeriksa Kapal Terbang diumum hari ini" ------- Tan Sri Mahmood Adam  
       
    Putrajaya 24 Dis ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan temu duga bagi jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) dan juga jawatan Pemeriksa Kapal Terbang akan diumumkan oleh S.P.A pada hari ini. Beliau berkata demikian di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Katanya lagi, keputusan ini boleh diketahui secara online di Portal S.P.A mulai malam ini. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga berkata, S.P.A akan menganjurkan seminar kepada calon-calon dalam membuat persediaan untuk menghadapi urusan Peperiksaan, Assessment Centre dan Temu Duga memasuki Perkhidmatan Awam. Turut hadir di majlis APC, Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R. Segarajah, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari pegawai-pegawai kanan serta warga S.P.A. Pada tahun ini seramai 42 orang warga S.P.A telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Majlis telah diadakan di Dewan Temu duga Aras 6, S.P.A Putrajaya ------ MediaSPA
Aktiviti 29

Aktiviti 29

Aktiviti 29

Aktiviti 29
  • Perasmian Pusat Temu Duga Di Melaka

    MELAKA 19 Mac ----- YBhg. Dato’ Abd Rahman Husin petang tadi telah merasmikan Pusat Temu Duga SPA di Melaka. Turut hadir ke majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Yang Berhormat Datuk Wira Omar bin Kaseh, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, Timbalan-timbalan Setiausaha SPA dan para jemputan dari Jabatan/Agensi Persekutuan dan Negeri Melaka. Pusat temu duga di Melaka ini mempunyai kemudahan tiga (3) bilik temu duga dan satu (1) bilik untuk ujian fizikal. Pusat temu duga ini juga dilengkapi dengan komputer bagi memudahkan orang ramai untuk mengemukakan permohonan kepada SPA secara online. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • PERISTIWA BERGAMBAR ------ Mesyuarat SPA Bersama SPRM  
       
    Peristiwa bergambar
Aktiviti 28

Aktiviti 28
  • Lawatan SPA Ke Penjara Sungai Udang, Melaka

    MELAKA 19 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah membuat lawatan rasmi ke Penjara Sungai Udang, Melaka. Delegasi SPA telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Abd Rahman Husin. Hadir sama Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha, Timbalan-timbalan Setiausaha dan pegawai-pegawai kanan SPA. Satu sesi taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran, Encik Nik Ahmad Zaki Nik Ismail. Terdahulu dari itu, delegasi SPA telah dibawa melawat sekitar Penjara dan menyaksikan pelaksanaan hukuman sebat kepada banduan.----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil 44/2013  
       
    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 44/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan tujuh (7) kertas tindakan tatatertib dan tujuh (7) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 256 orang dan seramai 832 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 21 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan 2 pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
Aktiviti 27

Aktiviti 27

Aktiviti 27

Aktiviti 27
  • SPA FC Tewaskan Melodi Jaya

    JOHOR BAHRU 19 Mac ----- Pasukan Bola Sepak SPA (SPA FC) berjaya menewaskan pasukan Melodi Jaya 3 – 1 dalam Pertandingan Liga FAM 2012 yang berlangsung di Stadium Mini Kulai Jaya, Johor Bahru, Johor semalam. Jaringan SPA FC diperoleh melalui Mohd Rery Martinez pada minit ke-19, Mohd Shafiq Mohd Zahari pada minit ke-45 dan Mohd Asrulnazwan Ibrahim pada minit ke-48. Jaringan gol Pasukan Melodi Jaya pula telah diperoleh melalui tendangan percuma di hadapan pintu gol SPA FC oleh Shahrul Shahzrin pada minit ke-70.----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • PERISTIWA BERGAMBAR ----- Projek Pembangunan ICT SPA-MAMPU  
       
    Peristiwa bergambar
Aktiviti 26

 
  • Lawatan Setiausaha SPA ke Pusat Penilaian Individu Bomba

    BAU 17 Mac ----- Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, telah mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Penilaian Individu Bomba bagi jawatan Penguasa Bomba di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia di Bau, Sarawak, semalam. Hadir sama Setiausaha Bahagian Pengambilan, Encik Zainal Abidin Ahmad, Setiausaha Bahagian Peperiksaan, Puan Faidzah Arshad dan Setiausaha Bahagian Urus Setia SPA Cawangan Sarawak, Encik Shaiful Sungkih Abdullah. Satu taklimat mengenai aktiviti yang dijalankan di pusat penilaian tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Negeri Pahang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tuan Nazali Mahmud. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • PERISTIWA BERGAMBAR ----- Sesi Temu Duga PTD Oleh Pengerusi S.P.A  
       
      Peristiwa bergambar
Aktiviti 25

 
  • Mesyuarat Pencapaian SKT 2011 dan Perancangan SKT 2012 SPA

    SIBU 15 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Mesyuarat Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2011 dan Perancangan SKT 2012 SPA. Mesyuarat yang di adakan di RH Hotel Sibu, Sarawak di hadiri oleh YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan SPA. Mesyuarat yang bermula pada 14 Mac 2012 lalu akan berakhir esok. ---- MediaSPA

Aktiviti1
  • Sesi Dialog S.P.A Bersama Kementerian, Jabatan Dan Pentadbiran Negeri Di Bawah Bidang kuasa S.P.A  
       
    PUTRAJAYA 19 Dis ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah mengadakan Sesi Dialog bersama Kementerian, Jabatan dan pentadbiran negeri di bawah bidang kuasa S.P.A. Hadir dalam sesi dialog, Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, pegawai-pegawai kanan S.P.A serta wakil-wakil Kementerian dan Jabatan. Dalam ucapan aluan, Tan Sri Mahmood Adam berkata, kunjungan mesra oleh Ahli Suruhanjaya dan Pegawai Tugas-tugas Khas S.P.A di Kementerian/Jabatan adalah bertujuan untuk menambahbaik core bussiness S.P.A bersama Kementerian dan Jabatan tersebut. Berdasarkan kunjungan tersebut, S.P.A kini telah dapat mengenalpasti isu-isu pengambilan dan perkhidmatan yang dilaksanakan sebelum ini.----- MediaSPA
Aktiviti 24

Aktiviti 24

Aktiviti 24

Aktiviti 24
  • Perasmian Pusat Temu Duga Di Sibu, Sarawak

    SIBU 15 Mac ----- Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo hari ini telah merasmikan Pusat Temu Duga SPA di Sibu, Sarawak. Hadir sama ke majlis itu ialah Residen Bahagian Sibu, YB. Sim Kok Kee, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha SPA (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia serta Ketua- Ketua Jabatan Persekutuan Sibu dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri Sarawak. Pusat temu duga yang mempunyai tiga bilik untuk urusan temu duga dilengkapkan dengan komputer bagi memudahkan orang ramai untuk mengemukakan permohonan kepada SPA secara online. Sebelum itu, Setiausaha Bahagian Urus Setia SPA Cawangan Sarawak, Encik Saiful Sungkih Abdullah telah bersiaran di Sibu fm (RTM), untuk wawancara khas sempena perasmian pusat temu duga tersebut di samping memperkenalkan SPA kepada orang Sarawak ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Perjumpaan Tan Sri Mahmood Adam Bersama Pemandu Di S.P.A  
       
    S.P.A 18 Dis ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan perjumpaan bersama pemandu-pemandu kenderaan S.P.A. Perjumpaan yang diadakan di Anjung Ilham itu bertujuan membincangkan mengenai tugas-tugas harian rasmi sebagai pemandu. YBhg. Tan Sri Mahmood juga turut menasihatkan agar pemandu sentiasa mengikut peraturan dalam menjalankan tugas seperti pemakaian baju rasmi yang dibekalkan serta disiplin pemanduan. S.P.A juga akan mengaturkan satu kursus khas kepada pemandu dalam masa terdekat ----- MediaSPA
Aktiviti 23

Aktiviti 23

Aktiviti 23

Aktiviti 23
  • Cipta Sejarah, SPA FC bertemu Kelantan dalam Piala FA 2012

    BUKIT JALIL 10 Mac ----- Pasukan Bola Sepak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA FC), melakar sejarah apabila berjaya melangkah ke peringkat suku akhir dalam perlawanan Piala FA 2012. Dalam perlawanan malam tadi di aksi pusingan kedua, SPA FC menewaskan pasukan dari Kamboja, Preah Khan Reach FC 1– 0, di Stadium Nasional Bukit Jalil. Jaringan diperoleh pada minit ke-54 oleh Mohd Zulkifli Affendi. Mengulas kemenangan, Presiden Pasukan SPA FC, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo berkata, "Ini satu rekod baru bagi sebuah kelab dari Liga FAM untuk berada di tempat 8 pasukan terbaik di negara kita”. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pemain, pengurus, ketua pasukan, jurulatih yang bertungkus lumus untuk merangka strategi dalam perlawanan ini. Sementara itu, dalam perlawanan menentang Kelantan pada 24 Mac ini, jurulatih pasukan, Nidzam Jamil berkata "Kelantan adalah pasukan yang besar dan beliau tidak mahu pemain bermain dalam keadaan tertekan ”. Pengurus pasukan SPA FC, Aidid Molana pula berkata, pemain amatur (SPA FC) juga tiada halangan untuk memenangi permainan di peringkat yang lebih tinggi dan menewaskan pasukan yang lebih baik ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Kunjungan Hormat Pengerusi S.P.A Kepada KPPA  
       
    PUTRAJAYA 18 Dis ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. Kunjungan yang berlangsung selama 35 minit itu telah diadakan di pejabat KPPA di Putrajaya. ----- MediaSPA
Aktiviti 22

Aktiviti 22

Aktiviti 22
  • SPA FC Tewaskan PULAU PINANG SDM

    PULAU PINANG 4 Mac ----- Pasukan Bola Sepak SPA FC telah berjaya menewaskan pasukan Pulau Pinang SDM 1 – 0 dalam perlawanan Liga FAM 2012 yang berlangsung di Stadium Negeri Batu kawan, Pulau Pinang petang semalam (Ahad). Jaringan SPA FC di peroleh pada minit ke-23 oleh Mohd Shafiq Mohd Zahari. Pasukan SPA FC yang menewaskan MBJB dalam perlawanan Piala FA, minggu lepas akan bertemu dengan pasukan dari Kemboja (Preach Khan Reach FC) pada Sabtu ini jam 8.45 malam di Stadium Bola Sepak Bukit Jalil, Kuala Lumpur. ----- MediaSPAA

Aktiviti1
  • Perjumpaan Tan Sri Mahmood Adam bersama Pegawai Gred 41,44 Dan 48  
       
    S.P.A 18 Dis ----- YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan perjumpaan bersama Pegawai-pegawai Gred 41,44 dan 48 yang bertugas di S.P.A. Perjumpaan antara Pengerusi dengan pegawai-pegawai pelaksana itu adalah merupakan perbincangan mengenai perancangan untuk mempertingkat prestasi S.P.A sebagaimana yang dikehendaki oleh Kerajaan yang berkehendak agar sektor awam ini terus relevan mengikut arus perkembangan negara masa kini. Menurutnya lagi beliau mahukan supaya kumpulan pegawai ini turut memberi idea bagi terus memperkasa S.P.A supaya ia tidak dipandang rendah oleh orang luar. Dalam perjumpaan selama 2 jam setengah ini juga, Tan Sri Mahmood Adam turut mencetuskan 30 strategi dan ia harus difahami bersama. Sehubungan itu, Jawatankuasa Khas Pegawai Gred 41,44 dan 48 ditubuhkan dan seterusnya satu sesi retreat berkaitan akan diadakan dalam tempoh terdekat ----- MediaSPA
Aktiviti 21

Aktiviti 21

Aktiviti 21

Aktiviti 21