Januari 2012 - Aktiviti 3
- SPA Naib Johan Pertandingan Kayak PUSPANITA JPM 2012
PUTRAJAYA 30 Januari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah berjaya menjadi Naib Johan Pertandingan Program Rekreasi Kayak PUSPANITA Jabatan Perdana Menteri yang berlangsung pada hari Sabtu lepas bertempat di Pusat Rekreasi Air, Taman Wetland, Putrajaya. Program anjuran Biro Sukan PUSPANITA JPM ini telah dikendalikan oleh PUSPANITA Cawangan Kecil SPA dan disertai oleh Jabatan/Agensi di bawah JPM. Hadir sama menyaksikan pertandingan, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil SPA, YBhg. Datin Normah Ibrahim telah menyampaikan hadiah kemenangan kepada pasukan yang bertanding. ----- MediaSPA
Â
Â