April 2012 - Aktiviti 7
- Kursus Pengurusan Fail Dan Rekod
SPA 10 April ----- Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Fail Dan Rekod. Kursus dua hari yang bermula Isnin dan berakhir hari ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan dan Anjung Ilham. Antara sesi kursus yang diadakan termasuklah mengenai kepentingan dan keperluan pengurusan rekod awam secara efisyen. Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Haji Abu Bakar Zakaria dan Puan Norazilah Daud dari Arkib Negara. ----- MediaSPA