Februari 2012 - Aktiviti 7
- "eRulling, Semua PSU Kemuka Cadangan" ---- Datuk Ramli Juhari
SPA 23 Februari ----- Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari, mengarahkan semua Penolong Setiausaha (PSU) supaya melihat semula e-Rulling dan mengemukakan cadangan penambahbaikan. ”Semua PSU-PSU hendaklah melihat semula e-Rulling atau apa-apa peraturan yang difikirkan perlu diubah dan kemukakan cadangan jika difikirkan perlu dibuat penambahbaikan”. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan anjuran Bahagian Peperiksaan di Dewan Temu Duga SPA di aras 6, semalam. Turut hadir, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia. Terdahulu dari itu dalam ucapannya, beliau meminta supaya pegawai-pegawai bawahan turut melibatkan diri dalam menyumbang idea-idea supaya matlamat organisasi tercapai. Di akhir majlis, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Bowling Tertutup SPA 2011. ----- MediaSPA