Februari 2012 - Aktiviti 8
- Kursus Compentency Based Intiview (CBI)
PAHANG 29 Februari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengadakan Kursus Compentency Based Interview Technique (CBI), anjuran ASPA di Awana Genting Golf and Country Resort. Kursus 3 hari yang bermula Isnin lepas, telah dihadiri oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai SPA. Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Mengulas mengenai kursus CBI yang berakhir hari ini, Dato’ Lamien Sawiyo berkata ”Kursus CBI ini merupakan satu usaha SPA untuk meningkatkan tahap profesionalisma Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai SPA yang terlibat dengan urusan temu duga supaya urusan temu duga yang kita jalankan ini, lebih mantap dan lebih berkesan untuk mencari calon-calon yang terbaik memasuki perkhidmatan awam”. Mengulas mengenai temu duga yang dijalankan oleh SPA sebelum ini beliau berkata, ” di masa-masa yang lepas mungkin kita tidak menggunakan kaedah-kaedah tertentu dan menggunakan pengalaman-pengalaman yang lepas, jadi ini mungkin berbeza diantara seseorang penemu duga dengan seseorang yang lain, tapi melalui kaedah yang sama ini (CBI), kita boleh mengurangkan perbezaan yang luas diantara satu penemu duga dengan penemu duga, dan dengan ini kita akan dapat satu calon yang unggul untuk menganggotai perkhidmatan awam”. Terdahulu dari itu YBhg. Dato’ Abdul Rahman Husin, yang menjalankan fungsi Pengerusi SPA, telah menyampaikan sijil-sijil penyertaan dari Omni View Consultancy (M) Sdn. Bhd kepada peserta yang hadir ---- MediaSPA