Uncategorised

    • Open data means: Data and contect can be freely used, reused, shared and redistibuted by anyone.
    • Implementation of Open Government Data aims to improve public services and enhancing transparency to access government data and information.
    • Terms of Use: Terms of Use Government Open Data 1.0
    • PSC Dataset: [ View ]

 

     
Setiausaha SPA
YBhg. Datuk Zohari bin Said
The 20th Secretary
2019 - 2022
   
Setiausaha SPA Setiausaha SPA
YBhg. Dato' Zainal Abidin bin Ahmad
The 19th Secretary
2015-2019
Puan Lim Mooi Eia
The 18th Secretary
2015
   
Setiausaha SPA Setiausaha SPA
YBhg. Datuk Ramli bin Juhari
The 17th Secretary
2012-2015
YBhg. Dato' Lamien bin Sawiyo
The 16th Secretary
2008-2012
   
Setiausaha SPA Setiausaha SPA
YBhg. Puan Sri Zaitun bt Mhad Ali
The 15th Secretary
2006-2008
YBhg. Dato' Yasin bin Mohd Salleh
The 14th Secretary
2006
Setiausaha SPA Setiausaha SPA
YBhg. Dato' Haji Luey bin Puteh
The 13th Secretary
2003-2006
YBhg. Dato' Hj. Ibrahim bin Haji Mohd Shariff
The 12th Secretary
1997-2003
Setiausaha SPA Setiausaha SPA
YBhg. Datuk Hj. Abd. Wahab bin Haji Adam 
The 11th Secretary
1995-1997
En. Kamaruddin Abd. Rahman bin Hj. Ahmad 
The 10th Secretary
1992-1995
Setiausaha SPA Setiausaha SPA
YBhg. Dato' Shahbudin bin Imam Mohamad
The 9th Secretary
1990-1992
YBhg. Dato' Sulaiman bin Osman
The 8th Secretary
1988-1990
Setiausaha SPA Setiausaha SPA
YBhg. Dato' Nik Badli Shah bin Dato' Nik Abdullah
The 7th Secretary
1985-1988
Tuan Haji Ahmad Tajuddin bin Muhd Darus 
The 6th Secretary
1982-1985
Setiausaha SPA Setiausaha SPA
Tuan Haji Hashim bin Salleh
The 5th Secretary
1977-1982
YBhg. Dato' Hj Megat Mahmud bin Hj. Megat Ismail
The 4h Secretary
1972-1977
Setiausaha SPA Setiausaha SPA
Encik Zainal Abidin bin Osman
The 3rd Secretary
1969-1972
Encik Mohamed Ismail bin Abdul Latiff
The 2nd Secretary
1959-1969
Setiausaha SPA
Encik Hashim bin Mat Dris
The 1st Secretary
1957-1959
  • 2015
    1. Newspaper Articles that related with Public Services Commission of Malaysia
      • January
        [ None ]
      • February
        [ None ]
      • March
        [ None ]
      • April
        [ 1 ] [ 2 ]
      • May
        [ 1 ]
      • June
        [ None ]
      • July
        [ 1 ]
      • August
        [ None ]
      • September
        [ None ]
      • October
        [ None ]
      • November
        [ None ]
      • December
        [ None ]
  • 2014
    1. Newspaper Articles that related with Public Services Commission of Malaysia
      • January
        1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ]
      • February
        1 ]
      • April
        1 ] [ 2 ] [ 3 ]
      • May
        1 ] 2 ]
      • August
        1 ] 2 ]
      • September
        1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ]
      • November
        1 ] 2 ]
      • December
        1 ] [ 2 ]
  • 2013
    1. Newspaper Articles that related with Public Services Commission of Malaysia
      • January
        1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ] [ 10 ]
      • February
        1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ]
      • March
        1 ]
      • April
        1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ]
      • June
        1 ]
      • July
        1 ]
      • August
        1 ]
      • September
        1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ]
      • October
        1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ]
      • November
        1 ]
      • December
        1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ]
  • 2012
    1. Newspaper Articles that related with Public Services Commission of Malaysia
      1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ] [ 10 ] [ 11 ]
  • 2011
    1. Newspaper Articles that related with Public Services Commission of Malaysia
      1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ]
  • 2010
    1. Newspaper Articles that related with Public Services Commission of Malaysia
      1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ]
  • PSC Secretary [See More]
    at Majlis Perasmian Pusat Temu Duga SPA Malaysia Sibu, Sarawak
    Date: 15 Mac 2012 (Thursday)
    Venue: Pusat Temu Duga SPA Malaysia Sibu, Sarawak
  • PSC Chairman Dato' Abd Rahman Bin Husin [See More]
    at Majlis Perasmian Pusat Temu Duga SPA, Melaka
    Date: 19 Mac 2012 (Monday)
    Avenue: Pusat Temu Duga SPA, Melaka
  • Prime Minister [See More]
    at Majlis Makan Malam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bersama YAB Perdana Menteri
    Date: 11 Januari 2010 (Monday)
    Avenue: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
  • PSC Chairman [See More]
    at Majlis Penutupan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Negeri and Pelajaran Kali ke-XI
    Date: 21 Ogos 2008 (Thursday)
    Avenue: Damai Puri Resort, Kuching, Sarawak
  • PSC Chairman [See More]
    at Majlis Perasmian Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Negeri dan Pelajaran Kali ke-XI
    Date: 18 Ogos 2008 (Monday)
    Avunue: Damai Puri Resort, Kuching, Sarawak
  • PSC Chairman [See More]
    at Majlis Perasmian Mesyuarat Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia with Kementerian, Jabatan, Pentadbiran Negeri under the jurisdiction and Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
    Date: 27 Mei 2008 (Tuesday)
    Avenue: Bayview Hotel Langkawi Malaysia
  • PSC Chairman [See More]
    di Majlis Santapan Malam Sempena Sambutan Jubli Emas SPA Bersama SPB Yang di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong
    Date: 28 April 2008 (Monday)
    Avenue: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
  • PSC Chairman [See More]
    at Majlis Pelancaran dan Perasmian Sambutan Jubli Emas SPA
    Date: 24 Januari 2008 (Thursday)
    Avenue: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
  • Interviews with SPA Chairman YBhg. Tan Sri Mahmood Adam Di Dtube TV [View]
  • PSC Career Carnival in collaboration with the Perlis State Government Launching Montage [View]
  • E-Book of PSC Pictures Gallery Year 2009 [View]
  • PSC Corporate Video [View]
  • MESYUARAT SURUHANJAYA KALI KE-43 BAGI TAHUN 2012
     
    Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-43 telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) Kertas Tindakan Tatatertib, sebelas (11) Kertas Rayuan Tatatertib dan dua (2) Kertas Rayuan Naik Pangkat.  
       
    Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 1,330 orang dan seramai 1,552 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.  
       
    Manakala, 30 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

Aktiviti 11

Aktiviti 11

Aktiviti 11

Aktiviti 11

Aktiviti 11

  • SPA Terima Sijil Penghargaan Dari KSN  
       
    PUTRAJAYA 18 Disember ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah menerima Sijil Penghargaan yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Dato’ Sri Dr. Ali Hamsa kepada Setiauaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari kerana Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) dari Bahagian Perkhidmatan telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan KIK peringkat Jabatan Perdana Menteri Oktober lepas. Majlis Inovasi Jabatan Perdana Menteri 2012 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pagi tadi turut dihadiri oleh Ketua-ketua Agensi di bawah JPM. Kumpulan KIK MERPATI dari Bahagian Perkhidmatan telah mempersembahkan projek “Sistem Pengurusan Urusan Perkhidmatan Kurang Efektif”. Turut hadir menerima sijil penghargaan, Setiausaha Bahagian Perkhidmatan, Cik Chan Hong Jin serta peserta KIK MERPATI SPA -----MediaSPA

Aktiviti 10

Aktiviti 10\

Aktiviti 10

Aktiviti 10

Aktiviti 10

Aktiviti 10

  • Sidang Media Khas Kelab Bolasepak S.P.A. PUTRAJAYA FC  
       
    SPA 17 Disember ----- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A), YBhg. Tan Sri Mahmood Adam selaku Penaung Kelab Bola sepak S.P.A PUTRAJAYA FC hari ini telah mengadakah Sidang Media Khas memperkenalkan pemain-pemain bola sepak S.P.A yang akan bertanding dalam Liga Perdana 2013. Turut hadir Presiden S.P.A PUTRAJAYA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Pengurus Pasukan, Aidid Molana Haji Mataha dan pegawai-pegawai pasukan kelab bolasepak S.P.A PUTRAJAYA FC. Dalam majlis itu juga Tan Sri Mahmood Adam turut menyerahkan jersi baru yang akan dipakai oleh pemain-pemain dalam Liga Perdana tahun 2013 nanti. ----- MediaSPA

Aktiviti 9

Aktiviti 9

Aktiviti 9

Aktiviti 9

  • MESYUARAT SURUHANJAYA KALI KE-42 BAGI TAHUN 2012  
       
    Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-42 telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) Kertas Tindakan Tatatertib, tujuh (7) Kertas Rayuan Tatatertib dan dua (2) Kertas Rayuan Naik Pangkat.
     
    Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 2,219 orang dan seramai 995 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. 
     
    Manakala, 18 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai tiga (3) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

Aktiviti 8

Aktiviti 8

Aktiviti 7

Aktiviti 8

  • SPA Terima Piala Dan Sijil Penarafan Portal 5 Bintang 2012  
       
    PUTRAJAYA 12 Dis ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah menerima Piala dan Sijil Penarafan Portal 5 Bintang. SPA yang menerima penarafan dan penilaian Portal “Top 3” adalah anjuran Multimedia Development Corporation (MDEC) dengan kerjasama MAMPU yang diadakan di Putrajaya Marriot Hotel petang ini. Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari telah menerima Piala yang disampaikan oleh oleh Ketua Pengarah MAMPU, YBhg. Dato’ Mohamad Zabidi Zainal. Hadir sama Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat, Encik Kamarudzzaman Bin Hassan. Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh MDEC, Portal SPA Malaysia telah menduduki tempat ke-3 daripada 554 Agensi seluruh Malaysia yang di nilai pada tahun 2012. ----- MediaSPA  
       

Aktiviti 7

Aktiviti 7

Aktiviti 7

  • Majlis Sambutan Hari Inovasi SPA 2012  
       
    SPA 11 Dis ----- Kumpulan MERPATI 3.0 dari Bahagian Perkhidmatan muncul juara dalam Pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovasi Dan Kreatif (KIK) 2012 yang diumumkan hari ini sempena Majlis Hari Inovasi SPA 2012. Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan PIXE11 dari Bahagian Pengurusan Maklumat dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan CITRA dari Bahagian Peperiksaan. Majlis Sambutan Hari Inovasi yang bertemakan "Inovasi Dan Kreativiti Teras Transformasi" telah diadakan di Dewan Temu Duga SPA Aras 6 dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. Turut menerima hadiah kemenangan yang disampaikan oleh Pengerusi SPA ialah Pertandingan Minda Challenge 2012, Pertandingan Menulis Cerpen dan Pertandingan Kuiz Jejak Kenegaraan. Anugerah Pejabat Terbaik tahun 2012 dimenangi oleh Bahagian Pengurusan Maklumat, tempat kedua Bahagian Pengurusan dan tempat ketiga Urus Setia SPA Cawangan Sarawak. Terdahulu dari itu Caramah Khas Hari Inovasi telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam.-----MediaSPA

Aktiviti 6

Aktiviti 6

Aktiviti 6

Aktiviti 6

Aktiviti 6

Aktiviti 6

Aktiviti 6

Aktiviti 6

Aktiviti 6

Aktiviti 6

Aktiviti 6

Aktiviti 6

Aktiviti 6

  • Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-41 bagi Tahun 2012  
       
    Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-41 telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) Kertas Tindakan Tatatertib, sembilan (9) Kertas Rayuan Tatatertib dan tiga (3) Kertas Rayuan Naik Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 1,792 orang dan seramai 996 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 42 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai enam (6) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

Aktiviti 5

Aktiviti 5

Aktiviti 5

Aktiviti 5

  • Majlis Selautan Budi Segunung Ingatan  
       
    PUTRAJAYA 9 Dis ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) malam tadi telah mengadakan Majlis Selautan Budi Segunung Ingatan sempena meraikan tamat tempoh 5 orang Ahli Suruhanjaya iaitu YBhg. Dato' Dr. Ramlee Haji Rahmat, YBhg. Dato' Abdul Rahman Husin, YBhg. Datuk Salim Hashim, YBhg. Datin Norasmah Shamsudin dan Encik Perumal A/L Govindarajoo. Hadir sama di majlis tersebut, Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi YBhg. Dato' R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Pengerusi SPA telah menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan kepada Ahli-Ahli Suruhanjaya yang diraikan. Para tetamu juga turut di hiburkan dengan persembahan tarian dan nyanyian dari artis-artis SPA.----- MediaSPA

Aktiviti 4

Aktiviti 4

Aktiviti 4

  • Seminar Pengenalan Kepada Skil Pekerjaan Disektor Awam  
       
    SPA 9 Dis -----Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Seminar Pengenalan Kepada Skil Pekerjaan di Sektor Awam. Seminar sehari yang berlangsung di Pusat Temu SPA Putrajaya semalam adalah kerjasama antara SPA bersama Persatuan Profesional Melayu Malaysia. Seminar yang dihadiri seramai 175 peserta itu telah dirasmikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Hadir sama, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan SPA. Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk membantu calon-calon yang memohon pekerjaan dengan SPA supaya memperlengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran skil pekerjaan termasuklah teknik-teknik menghadiri temu duga. Satu sidang media juga diadakan di tempat yang sama sejurus selepas majlis perasmian.----- MediaSPA

Aktiviti 3

Aktiviti 3

Aktiviti 3

Aktiviti 3

  • Sesi Interaksi Dan Karnival Kerjaya Di Pekan Pahang  
       
    PEKAN 5 Disember -----Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan Sesi Interaksi bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan/Negeri, Badan-Badan Berkanun, Persatuan-Persatuan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Bagi Negeri Pahang. Sesi Interaksi yang diadakan di Majlis Daerah Pekan, Pahang ini dihadiri oleh Timbalan Pengerusi YBhg. Dato' R. Segarajah, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Pegawai-pegawai kanan SPA. Satu sidang media juga turut diadakan sejurus selepas majlis Interaksi. SPA juga telah mengadakan Karnival Kerjaya yang turut disertai oleh 12 Kementerian dan Jabatan di tempat yang sama.----- MediaSPA

Aktiviti 2

Aktiviti 2

Aktiviti 2

Aktiviti 2

Aktiviti 2

  • Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-40 bagi Tahun 2012  
       
    Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-40 telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) Kertas Tindakan Tatatertib, 13 Kertas Rayuan Tatatertib dan lima (5) Kertas Rayuan Naik Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 163 orang dan seramai 913 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 41 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan.

Aktiviti 1

Aktiviti 1

Aktiviti 1

  • Lawatan Kerja Ke Negara Sweden

    SWEDEN 28 Nov----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengetuai lawatan kerja delegasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) ke Negara Sweden. Delegasi SPA yang tiba ke negara tersebut kelmarin turut disertai oleh Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan tiga orang pegawai SPA. Lawatan kerja selama 5 hari itu adalah bertujuan untuk mengetahui dan mempelajari kaedah pengambilan kakitangan awam di negara itu. Satu taklimat mengenainya telah disampaikan oleh Mr. Robert Cloarec wakil dari Ministry of Employment, Sweden. Pada hari ini pula delegasi SPA akan membuat lawatan ke Swedish Public Employment Service dan YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga akan mengadakan perjumpaan dengan pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Sweden -----MediaSPA

Aktiviti14

Aktiviti14

Aktiviti14

  • Mesyuarat Suruhanjaya Ke-39/2012

    Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-39 pada kali ini telah membincangkan dan mempertimbangkan enam (6) Kertas Tindakan Tatatertib, 22 Kertas Rayuan Tatatertib dan tujuh (7) Kertas Rayuan Naik Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 1,097 orang dan seramai 1,195 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 32 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan.

Aktiviti13

Aktiviti13

Aktiviti13

Aktiviti13

  • Jaga Nama Baik SPA Dan Kerajaan" --- Tan Sri Mahmood Adam

    KOTA KINABALU 21 November----- Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengingatkan Warga SPA supaya menjaga nama baik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. "Jaga nama baik SPA dan Kerajaan, kerana kalau kita (SPA) buat silap, orang melihat Kerajaan yang silap". Beliau berkata demikian dalam ucapan di Perhimpunan bulanan Urus Setia SPA Cawangan Sabah, di Kota Kinabalu sebentar tadi. Hadir sama Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' R. Segarajah, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Ahli-Ahli Suruhanjaya, pegawai-pegawai kanan dan warga Urus Setia SPA Cawangan Sabah. Beliau juga mengingatkan Warga SPA supaya berhati-hati ketika menjalankan tugas supaya tidak membuat keputusan yang melanggar peraturan atau Perlembagaan. Terdahulu dari itu, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengucapkan terima kasih kerana menjemput beliau untuk datang ke pejabat Urus Setia Cawangan Sabah di sini. Di akhir perhimpunan, YBhg. Pengerusi sempat bermesra dengan Warga SPA dan melawat bilik temu duga di sini.----- MediaSPA

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

  • Majlis Interaksi Tan Sri Mahmood Adam di Sabah

    KOTA KINABALU 21 November-----Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam pagi ini telah mengadakan majlis Interaksi bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan, Badan-Badan Bukan Kerajaan. Persatuan-Persatuan dan Pemimpin-Pemimpin Masyarakat Sabah. Majlis yang diadakan di INTAN Sabah itu turut dihadiri oleh YBhg. Dato' R. Segarajah, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Hadir sama Setiausaha Persekutauan Sabah, YBhg. Dato' Abu Bakar Hassan. Sejurus selepas selesai majlis Interaksi, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan sidang media di tempat yang sama ----- MediaSPA

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11

  • Mesyuarat Bersama Pengerusi-Pengerusi & Setiausaha Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

    KOTA KINABALU 20 November-----Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam malam ini telah mempengerusikan mesyuarat bersama Pengerusi-Pengerusi dan Setiausaha Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Dan Pentadbiran Negeri di Bawah Bidangkuasa SPA, di Hotel Le Meridien Kota Kinabalu Sabah. Mesyuarat kali ke 3/2012 ini turut di hadiri Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Hadir sama, Pengerusi SPA Negeri Sabah YBhg. Datuk Ismail Awang Besar----- MediaSPA

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10

  • Perjumpaan Bersama SPA Negeri Sabah

    KOTA KINABALU 20 November----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) petang ini telah mengadakan perjumpaan bersama SPA Negeri Sabah. Delegasi dari SPA Malaysia telah diketuai oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Hadir sama YBhg. Dato' Segarajah Ratnalingam, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari serta pegawai-pegawai kanan. Ketibaan delegasi disambut oleh Pengerusi SPA Negeri Sabah YBhg. Datuk Ismail Awang Besar. Satu taklimat dari SPA Negeri telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Iamail Awang Besar di Pejabat SPA Negeri di Kota Kinabalu----- MediaSPA

Aktiviti9

Aktiviti9

Aktiviti9

Aktiviti9

  • Retreat Suruhanjaya Bil. 3/2012

    KOTA KINABALU 20 November-----Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan sesi Retreat Suruhanjaya. Sesi Retreat Bil 3/2012 yang bermula malam tadi hingga Rabu ini dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' Segarajah Ratnalingam, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan SPA. Sementara itu pada malam tadi, SPA telah mengadakan mesyuarat mingguan Suruhanjaya Bil 38/2012 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam ----- MediaSPA

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8

  • Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-38 bagi Tahun 2012

    Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-38 pada kali ini telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) Kertas Tindakan Tatatertib, 14 Kertas Rayuan Tatatertib dan lima (5) Kertas Rayuan Naik Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 80 orang dan seramai 811 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 52 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai 2 orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan

Aktiviti7

Aktiviti7

Aktiviti7

Aktiviti7

Aktiviti7

  • Perjanjian Persefahaman Antara SPA dan Agensi Pekerjaan Kayelle Sdn Bhd

    SPA 17 November ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Perjanjian Memorandum Persefahaman bersama Agensi Pekerjaan Kayelle Sdn.Bhd. Perjanjian yang diadakan ini adalah bertujuan untuk menganjurkan dan mengadakan kursus persediaan bagi calon-calon yang bakal menghadapi Peperiksaan, Assessment Centre dan Temu duga yang dijalankan oleh SPA. Kerjasama di antara SPA dan Agensi Pekerjaan Kayelle ini juga adalah untuk menarik minat kaum Cina berkhidmat dalam sektor awam. Hadir di majlis ini, Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad ----- MediaSPA

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6

  • Sambutan Ma'al Hijrah 1434

    PUTRAJAYA 15 November ----- Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak hari ini telah merasmikan Sambutan Maal Hijrah 1434 Peringkat Kebangsaan. Sambutan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu turut dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan dan Kementerian. Sementara itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) yang turut terlibat dalam sambutan peringkat Kebangsaan pada kali ini telah dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Pegawai-pegawai kanan dan sebahagian daripada warga SPA. Tema sambutan pada tahun ini adalah 'WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH' ----- MediaSPA

Aktiviti5

Aktiviti5

Aktiviti5

Aktiviti5

Aktiviti5

Aktiviti5

Aktiviti5

  • Sesi Temu Bual PTD Bersama Tan Sri Mahmood Adam

    SPA 12 November ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah ditemu bual oleh beberapa orang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) sempena Program Modul Komunikasi Kepimpinan, Diploma Pentadbiran Awam Bil. 2/2012. Temu bual yang berlangsung di bilik Mesyuarat Pengerusi disertai oleh Nik Ahmad Syazwan Nik Azman dari Jabatan Imigresen Perlis, Siti Atiqah Fatin Zainal dan Haslinda Mohd Salleh dari Kementerian Dalam Negeri, Mohd Idzwan Abdullah dari MITI serta Nor Hafizuddin Noor Suria dari Jabatan Perkhidmatan Awam----- MediaSPA

Aktiviti4

Aktiviti4

Aktiviti4

  • Mesyuarat Suruhanjaya Kali Ke-37 Bagi Tahun 2012

    Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-37 pada kali ini telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) Kertas Tindakan Tatatertib, 22 Kertas Rayuan Tatatertib dan lima (5) Kertas Rayuan Naik Pangkat.
    Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 537 orang dan seramai 1,249 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.
    Manakala, 27 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai 5 orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

  • SPA Sertai Perarakan Sambutan Kemerdekaan Ke - 55

    KUALA LUMPUR 31 Ogos ----- Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo hari ini telah menyertai perarakan sempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 55 di Dataran Merdeka. YBhg. Dato’ Lamien yang turut membawa sepanduk ’Pengurusan Nilai’ menyertai perbarisan bagi mewakili Ketua Jabatan yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Datuk Seri Dr. Ali Hamsa. Sementara itu seramai 70 orang daripada kalangan warga SPA turut memeriahkan Sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka yang diketuai oleh Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • SPA Malaysia Sedia Tawar Kepakaran Kepada SPA Brunei ----- Tan Sri Mahmood Adam

    PUTRAJAYA 7 November -----Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sedia menawarkan kepakaran dalam membangunkan sistem pengambilan yang dilakukan sekarang kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negara Brunei. Pengerusinya YBhg. Tan Sri Mahmood Bin Adam berkata demikian kepada Delegasi SPA Brunei yang membuat lawatan kerja ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di Putrajaya. "SPA Malaysia juga bersedia menghantar pakar untuk membangunkan sistem pengambilan di SPA Brunei, sekiranya diperlukan". Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negara Brunei, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Maidin Pengiran Haji Hashim dalam sesi soal jawab berkata, beliau juga melihat bahawa Sistem MyRecruitment yang di buat oleh SPA Malaysia adalah satu sistem yang baik bagi melahirkan penjawat awam di Malaysia yang berkualiti. Beliau juga melihat bahawa SPA Malaysia kini lebih terbuka dan mesra rakyat selaras dengan Transformasi kepimpinan Negara yang mendahulukan Rakyat. Delegasi SPA Brunei turut di bawa ke Dewan Temu Duga SPA di Aras 6, Putrajaya----- MediaSPA

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2

  • Perjumpaan Pengerusi SPA Bersama Presiden MCA

    KUALA LUMPUR 11 Ogos ----- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan perjumpaan dengan Presiden Malaysia Chinese Association (MCA), YB Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek di Wisma MCA, Jalan Ampang. Perjumpaan yang diadakan petang semalam adalah merupakan salah satu daripada engagement SPA dalam usaha untuk menarik minat kaum Cina menyertai Perkhidmatan Awam. Turut hadir dalam perjumpaan tersebut adalah Ahli Suruhanjaya, Encik Boon Jon Lin, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan Setiausaha Bahagian Pengambilan, Encik Zainal Abidin Ahmad. ---- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 36/2012

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil 36 Pada 5 November 2012 Telah Membincangkan Dan Mempertimbangkan
    9 Kertas Pelantikan melibatkan 304 calon 7 dilantik dan 338 calon simpanan pelbagai jawatan dan gred.
    6 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib
    1 Kertas Rayuan Kenaikan Pangkat
    1 Kertas Pelantikan Secara Kontrak 13 orang calon ke jawatan Tukang Masak Gred N17 di Kementarian Pertahanan
    4 Pelantikan Semula Secara Kontrak
    5 Kertas Pelantikan Secara Pertukaran Sementara
    1 Kertas Pelanjutan Pelantikan Secara Peminjaman
    2 Kertas Penamatan Perkhidmatan
    1 Kertas Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen
    1 Kertas Pelanjutan Tempoh Percubaan

    Urus Setia Mesyuarat
    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Aktiviti1

Aktiviti1

Aktiviti1

  • Kursus Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti

    SPA 8 Ogos ----- Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) telah mengadakan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti di Aras 10, Anjung Ilham. Kursus tiga (3) hari yang bermula semalam telah dihadiri seramai 53 orang terdiri daripada warga SPA. Sebanyak tujuh (7) modul ceramah diadakan antaranya adalah seperti Peranan, Tugas dan Cabaran Sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan Masa kini, Perkhidmatan Kaunter Yang Berkualiti dan Pengurusan Masa Yang Berkesan. Kursus yang akan berakhir esok turut menjemput penceramah dari Istana Negara, Encik Sophian Ab. Rahman. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Taklimat dan Pameran Kerjaya di Pertubuhan Gabungan Cina Malaysia (Hua Zong)

    KUALA LUMPUR 6 Ogos ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Program Taklimat dan Pameran Kerjaya bersama Pertubuhan Gabungan Cina Malaysia (Hua Zong) di Kuala Lumpur, semalam (Ahad). Program yang diadakan selama sehari itu turut dihadiri oleh Ahli Suruhanjaya, Encik Boon Joh Lin, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, Setiausaha Bahagian Perkhidmatan Cik Chan Hong Jin dan pegawai-pegawai SPA. Hadir sama Presiden Pertubuhan Gabungan Cina Malaysia (Hua Zong), YBhg. Tan Sri Pheng Yin Huah. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah taklimat kerjaya oleh Puan Lim Irene, Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Boon Jon Lin, Ahli Suruhanjaya dan juga wakil daripada Jabatan Tenaga Kerja serta Jabatan Kastam. Program Taklimat dan Pameran Kerjaya yang dihadiri oleh lebih daripada 200 calon berketurunan Cina juga boleh mendaftar permohonan jawatan secara online, menyemak status terkini permohonan dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Bahagian Pengambilan, Bahagian Pengambilan Khas dan Bahagian Peperiksaan. Program kerjaya yang bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang itu juga telah mendapat liputan meluas daripada pihak Media Massa.----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • SPA FC Tewaskan SEG FC Dalam Aksi Persahabatan

    KUCHING 30 Oktober ----- Pasukan Bola Sepak SPA FC menang 3-1 menentang Kelab SEG FC Sarawak dalam perlawanan persahabatan di Stadium Negeri Kuching, Selasa lepas. Pasukan SPA FC mendahului dengan 3 gol dalam separuh masa pertama jaringan Muhammad Asyidi pada minit ke 13 dan minit ke 20. Jaringan ketiga SPA diperoleh melalui Fadzli Iskandar minit ke 43. Jaringan Kelab SEG FC Sarawak diperoleh pada minit ke 80 melalui penyerang Wan Ismail Wan Seat. Perlawanan ini adalah merupakan perlawanan persahabatan pertama bagi SPA FC, sebelum mengharungi Liga Perdana Musim 2013, setelah muncul juara dalam Liga FAM tahun ini. Perlawanan turut di saksikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato' Segarajah Ratnalingam dan Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari. ----- MediaSPA

Aktiviti9
  • Mesyuarat Suruhanjaya, Majlis Interaksi, Perasmian Pusat Temu Duga, Karnival Kerjaya di Kuching Sarawak

    KUCHING 31 Oktober ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah merasmikan Pusat Temu Duga SPA di Kuching, Sarawak. Turut hadir di majlis tersebut, Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' Segarajah Ratnalingam, Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai kanan SPA. Terdahulu sebelum itu, pada Hari Isnin lepas, Pengerusi SPA telah mengadakan mesyuarat Suruhanjaya kali ke-35 dan merasmikan kursus "Transformasi Dasar Baru SPA" anjuran ASPA. Beliau juga mengadakan Majlis Interaksi bersama Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Badan-Badan bukan Kerajaan diikuti dengan lawatan ke tapak pameran Karnival Kerjaya SPA di Kompleks Belia dan Sukan Kuching serta perjumpaan dengan Urus setia SPA Cawangan Sarawak semalam. Pada pagi ini juga selepas merasmikan Pusat Temu Duga SPA Kuching, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengadakan perjumpaan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. ----- MediaSPA

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8

 

Aktiviti8
  • SPA Kaji Dasar

    SPA 25 Julai ----- Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo berkata, Suruhanjaya kini sedang mengkaji atau membuat pindaan dasar-dasar atau ruling-ruling yang telah diguna pakai oleh SPA selama ini. Beliau berkata demikian dalam ucapan di Majlis Perhimpunan Bulanan anjuran bersama Bahagian Dasar dan Perancangan, Urus setia Mesyuarat dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan di Dewan Temu Duga Putrajaya petang semalam. Menurutnya lagi sebanyak 26 dasar-dasar yang akan dipinda itu juga akan dikaji oleh Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Kementerian atau Jabatan yang berkaitan mengikut keperluan semasa. Turut hadir ke perhimpunan bulanan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Di akhir majlis, Dato’ Lamien Sawiyo turut menyampaikan sijil-sijil kursus dan hadiah kemenangan sukan. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Mesyuarat Tahunan SPA Dengan Kementerian, Jabatan, Pentadbiran Negeri Di Bawah Bidang

    KOTA BHARU 24 Oktober----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Mesyuarat Tahunan dengan Kementerian, Jabatan, Pentadbiran Negeri di Bawah Bidang Kuasa SPA yang diadakan di Hotel Renaissance Kota Bharu, Kelantan. Mesyuarat selama dua (2) hari yang bermula semalam telah dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan SPA. YBhg. Pengerusi SPA juga telah hadir dalam satu sesi temu bual bersama RTM Kelantan. Sementara itu, pada malam tadi Pengerusi SPA telah mengadakan Mesyuarat Bersama Pengerusi dan Setiausaha Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan Pentadbiran Negeri di Bawah Bidang Kuasa SPA. Pada hari terakhir hari ini pula telah diadakan Sesi Interaksi bersama Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Ahli-Ahli Majlis NGO Kelantan, Badan-Badan Berkanun dan Badan-Badan Bukan Kerajaan bagi Zon Timur. Sejurus selepas berakhirnya program Sesi Interaksi tersebut, Sidang Media telah diadakan di tempat yang sama. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga turut membuat lawatan ke Pusat Temu Duga SPA Kota Bharu, Kelantan. ----- MediaSPA

Aktiviti7

 

Aktiviti7

 

Aktiviti7

 

Aktiviti7

 

Aktiviti7

 

Aktiviti7

 

Aktiviti7

 

Aktiviti7
  • Tan Sri Pengerusi Ucap Tahniah Kepada SPA FC

    SPA 24 Julai ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengucapkan tahniah kepada Pasukan Bola Sepak SPA (SPA FC) kerana menjuarai Liga FAM 2012. Beliau berkata demikian, dalam sesi perjumpaan ringkas bersama pengurus pasukan SPA FC, Encik Aidid Molana, Jurulatih SPA FC, Encik Nizam Jamil dan Encik Kamaruzaman Hassan serta Ketua Pasukan SPA FC, Encik Mohd Zulkifli Affendi di Pejabat Pengerusi SPA pagi ini. ”Saya ucapkan tahniah kepada Pasukan Bola Sepak SPA dan kemenangan ini adalah salah satu cara untuk SPA lebih dikenali bukan sahaja dalam urusan pengambilan malah dalam bidang sukan” katanya. Hadir sama Presiden SPA FC, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan Timbalan Presiden SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari.----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-34, Tahun 2012

    SPA 22 Oktober ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-34 bagi tahun 2012. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi SPA. Mesyuarat mingguan yang diadakan pada setiap Hari Isnin ini juga turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' Segarajah Ratnalingam, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan SPA. Mesyuarat pada hari ini telah membincangkan dan mempertimbangkan 27 Kertas Rayuan Tatatertib, satu (1) Kertas Rayuan Naik Pangkat dan 19 Kertas Pelantikan Tetap melibatkan seramai 225 calon lantikan tetap. Selain itu, sebanyak 1,136 orang pegawai lantikan SPA telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Mesyuarat yang berakhir pagi tadi telah diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya Aras 10. ----- MediaSPA

Aktiviti6

 

Aktiviti6

 

Aktiviti6
  • Pengerusi SPA Bersama Media

    SPA 21 Julai ----- Berita Harian, Sin Chew Jit Poh dan TV9 adalah di antara media yang telah menemubual Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam baru-baru ini di pejabatnya pada hari Khamis dan Jumaat. Di antara temu bual yang diadakan bersama media-media tersebut adalah menyentuh mengenai fenomena kekurangan Bukan Melayu dalam sektor awam dan juga kajian ruling-ruling baru SPA. YBhg. Tan Sri Pengerusi SPA turut mengulas mengenai pelbagai langkah yang diambil untuk menarik minat kaum Bukan Melayu untuk menyertai perkhidmatan awam termasuk mengadakan engagement dengan Kementerian/Jabatan/NGO dan Media Massa. Terdahulu dari itu juga, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah menerima kunjungan NGO India (NIAT) pada pagi semalam.----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Timbalan Pengerusi SPA di Stesen Radio BFM 89.9

    SPA 15 Oktober ----- YBhg. Dato' Segarajah Ratnalingam, Timbalan Pengerusi SPA telah ditemubual oleh Stesen Radio BFM 89.9 di Damansara Kuala Lumpur, Jumaat lepas. Dalam rancangan temubual petang selama satu jam bersama SPA itu, YBhg. Dato' Segarajah telah memberi penerangan mengenai fungsi-fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia serta peluang pekerjaan dalam perkhidmatan Awam terutama kepada kaum bukan Melayu. Sesi temu bual itu juga telah dibuka kepada pendengar yang mengikuti rancangan tersebut untuk membuat panggilan telefon dan mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan SPA. ----- MediaSPA

Aktiviti5
  • Juara Liga FAM 2012, SPA FC Terima RM60,000 Dan Piala

    KUALA LUMPUR 20 Julai ----- Pasukan Bola Sepak SPA FC telah menerima Piala Juara Liga FAM 2012 beserta wang tunai RM60,000 di dalam satu majlis yang diadakan oleh Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) Kelana Jaya petang semalam. Majlis juga dihadiri oleh pasukan dari Juara Liga Super, Liga Perdana dan pemain-pemain terbaik 2012 untuk menerima hadiah masing-masing. Presiden SPA FC YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo yang turut hadir di majlis itu berkata ”Piala ini bukan sahaja lambang kejayaan pasukan bolasepak SPA 2012, bahkan juga lambang kejayaan warga SPA yang mampu berdepan cabaran serta meraih kejayaan jika kita bertindak sebagai satu pasukan dan komited untuk mencapai matlamat yang dituju”. Beliau berkata demikian sejurus selepas majlis penyampaian Piala Pusingan dan wang tunai. Pada tahun 2013, SPA FC secara automatik akan bertanding dalam saingan Bola Sepak Liga Perdana . ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-33 bagi tahun 2012

    SPA 15 Oktober ---- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-33 bagi tahun 2012. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Bin Adam, Pengerusi SPA. Mesyuarat mingguan yang diadakan pada setiap Hari Isnin ini juga turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' Segarajah Ratnalingam, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan SPA. Mesyuarat pada hari ini telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) Kertas Tindakan Tatatertib, 12 Kertas Rayuan Tatatertib, lapan (8) Kertas Rayuan Naik Pangkat dan Sembilan (9) Kertas Pelantikan Tetap melibatkan seramai 356 calon lantikan tetap. Selain itu, sebanyak 1,737 orang pegawai lantikan SPA telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Mesyuarat yang berakhir tengah hari tadi telah diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya Aras 10. ----- MediaSPA

Aktiviti4

 

Aktiviti4

 

Aktiviti4

 

Aktiviti4

 

Aktiviti4
  • Perjumpaan Bersama Antara SPA dan CUEPACS

    SPA 19 Julai ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan perjumpaan bersama Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Perjumpaan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya ini adalah bertujuan memberi taklimat berkaitan kajian semula dasar-dasar sedia ada SPA untuk meluaskan peluang permohonan pekerjaan selaras dengan tujuan merakyatkan perkhidmatan awam. Taklimat selama hampir 2 jam itu telah disampaikan oleh Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Hadir sama Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato’ Segarajah Ratnalingam, Setiausaha, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan SPA. Sejurus selepas taklimat, satu sidang media juga telah diadakan di tempat yang sama. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Lawatan Kerja SPA Negara Brunei

    SPA 10 Oktober ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negara Brunei diketuai oleh Setiausaha SPA Brunei, Awang Salminan Haji Burut telah mengadakan lawatan kerja ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Lawatan kerja selama (tiga) 3 hari ini adalah untuk melihat dengan lebih dekat pelaksanaan proses urusan pengambilan dan perkhidmatan di SPA Malaysia dan seterusnya meningkatkan lagi kerjasama di antara SPA Brunei dan SPA Malaysia. Terdahulu dari itu, satu kunjungan hormat kepada Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pengerusi. Sejurus selepas perjumpaan bersama Pengerusi, taklimat ringkas mengenai fungsi-fungsi SPA Malaysia telah disampaikan oleh Setiausaha SPA Malaysia, YBhg. Datuk Ramli Juhari bertempat di bilik Mesyuarat Suruhanjaya. Delegasi SPA Brunei seramai empat (4) orang itu juga dibawa ke Bahagian Pengambilan, Bahagian Pengambilan Khas, Bahagian Perkhidmatan, Bahagian Peperiksaan dan Bahagian Pengurusan Maklumat untuk mengetahui dengan lebih lanjut bidang tugas setiap bahagian.----- MediaSPA

Aktiviti3

 

Aktiviti3

 

Aktiviti3
  • Mesyuarat Suruhanjaya dan Program Retreat Ahli Suruhanjaya

    CAMERON HIGHLANDS 17 Julai ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya dan Retreat Ahli Suruhanjaya yang bermula semalam di Hotel Equatorial, Cameron Highland. Program Retreat Ahli Suruhanjaya telah dimulakan dengan pembentangan oleh YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo yang bertajuk “Overview SPA Dalam Era Transformasi” diikuti oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan), YBhg. Datuk Ramli Juhari yang bertajuk “Peranan SPA Dalam Urusan Pengambilan”. Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia pula membentangkan tajuk "Peranan SPA Dalam Urusan Perkhidmatan” dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat, Encik Shafarin Nasuredin membentangkan tajuk "Rulling SPA” . Pada hari ini pula, Program Retreat diteruskan lagi dengan sesi perbincangan melibatkan empat (4) kumpulan bersama Ahli-Ahli Suruhanjaya dan Urus Setia SPA. Terdahulu dari itu, Mesyuarat Mingguan Suruhanjaya telah diadakan pada petang semalam yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Ketua Setiausaha Negara Merasmikan Penutupan Persidangan SPA ke - 15

    IPOH 4 Oktober ----- Ketua Setiauaha Negara YBhg. Dato' Sri Dr. Ali Hamsa telah menyempurnakan Majlis Penutupan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke 15. Ketibaan Ketua Setiausaha Negara di Impiana Hotel, Ipoh Perak telah disambut oleh Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan Setiausaha SPA YBhg. Datuk Ramli Juhari. Terdahulu dari itu, satu perbincangan di antara beliau bersama peserta-peserta Persidangan telah diadakan di tempat yang sama. Pada sebelah petang pula, Ketua Setiausaha Negara telah meluangkan masa dengan melawat Program Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam anjuran SPA yang diadakan di Foyer Bangunan Persekutuan Ipoh, Perak diiringi oleh Setiausaha SPA YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan SPA. Ketua Setiausaha Negara juga telah melawat ke tapak pameran yang disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan kaunter-kaunter perkhidmatan yang disediakan dan beramah mesra bersama pengunjung yang hadir. ----- MediaSPA

Aktiviti2

 

Aktiviti2

 

Aktiviti2

 

Aktiviti2

 

Aktiviti2

 

Aktiviti2

 

Aktiviti2

 

Aktiviti2

 

Aktiviti2

 

Aktiviti2
  • Sesi Interaksi Pengerusi SPA

    PUTRAJAYA 13 Julai ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Sesi Interaksi Pengerusi SPA Bersama Kementerian, Jabatan dan Pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah bidang kuasa SPA. Majlis yang di adakan di Auditorium JPM petang semalam dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Hadir sama Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan SPA. Sesi interaksi yang dihadiri oleh wakil-wakil Kementarian dan Jabatan ini adalah sesi yang ke dua di adakan di Putrajaya setelah ia diadakan pada 8 Jun 2012 yang lalu. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke 15

    IPOH 1 Oktober ----- Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke–15 telah disempurnakan oleh YB. Dato' Hamidah Osman, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. Ketibaan beliau yang mewakili Menteri Besar Perak, YAB. Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir telah disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB. Dato' Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Persidangan selama (4) empat hari yang bermula semalam di Impiana Hotel Ipoh, Perak turut di hadiri oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya, Timbalan Pengerusi SPA YBhg. Dato' Segarajah Ratnalingam, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan SPA. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Mesyuarat Pertengahan Penggal SKT 2012

    KUALA LUMPUR 11 Julai ----- Mesyuarat Pencapaian Pertengahan Penggal Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2012 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) yang diadakan di Hotel Saujana Kuala Lumpur, telah berakhir petang tadi. Mesyuarat dua hari yang bermula semalam, telah di pengerusikan oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan), YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan SPA. ----- MediaSPA

Aktiviti1
  • Pusat Temu Duga SPA Sandakan Dirasmi

    SANDAKAN 3 Julai ----- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah merasmikan Pusat Temu Duga SPA di Sandakan, Sabah. Hadir sama, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Cawangan Sabah, Encik Musa Sulaiman. Sejurus perasmian, Pengerusi SPA telah mengadakan sesi dialog dengan wakil Jabatan/Kementerian/Badan bukan kerajaan dan masyarakat setempat. Terdahulu dari itu YBhg. Tan Sri Mahmood melawat ke bilik temu duga dan mengadakan sidang media di tempat yang sama. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Tan Sri Mahmood Adam di Rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia  
       
    Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam semalam telah bersiaran secara langsung di TV1(RTM) dalam rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia. Dalam rancangan yang bermula pada jam 8.00 pagi itu, YBhg. Tan Sri Pengerusi telah menerangkan mengenai fungsi-fungsi SPA dan juga Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang akan bermula pada 1 Oktober ini di Ipoh, Perak. Selain itu, YBhg. Tan Sri Pengerusi juga telah menghebahkan mengenai Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam SPA yang akan diadakan pada 3 dan 4 Oktober ini di Ipoh, Perak. Beliau telah diiringi oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad dan Pegawai Perhubungan Awam SPA, Puan Radziah Mohd Sharif ----- MediaSPA

Aktiviti 10

  • Hari Khas SPA Bersama Pelanggan  
       
    KUCHING 24 SEPTEMBER ------ Dalam menggalas usaha merakyatkan SPA, Urusetia Cawangan Sarawak telah mengadakan Hari Khas SPA Bersama Pelanggan di Bahagian Sarikei iaitu di Bandar Sarikei dan Daerah Julau masing-masing pada 21 September 2012 dan 22 September 2012. Selain itu, pada 22 September 2012 itu juga, pejabat ini turut menyertai Karnival Kerjaya anjuran Jabatan Ketua Menteri Sarawak yang berlangsung di Daerah Kanowit, Sibu.
     
    Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang program-program tersebut adalah Ceramah Kerjaya dalam Perkhidmatan Awam dan Tips-Tips Temu Duga, Pendaftaran Online SPA, Kaunter Khidmat Nasihat Urusan SPA, dan pameran-pameran dari SPA dan pelbagai jabatan persekutuan. Ceramah Kerjaya telah disampaikan oleh Encik Asrul bin Zakaria, Penolong Setiausaha (Perkhidmatan) Urus Setia Cawangan Sarawak. 
     
    Program Hari Khas SPA Bersama Pelanggan di Daerah Julau telah dirasmikan oleh YB Dato' Joseph Salang Gandum, Timbalan Menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan merangkap Ahli Parlimen Julau. Hadir sama Setiausaha Bahagian Urus Setia Cawangan Sarawak, Encik Mohd Saiful Sungkih Bin Abdullah, pegawai-pegawai SPA serta wakil-wakil jabatan.-----

Aktiviti 9

Aktiviti 9

Aktiviti 9

Aktiviti 9

Aktiviti 9

Aktiviti 9

Aktiviti 9

  • "Tiada peperiksaan khas Untuk mereka yang gagal dalam peperiksaan" ----- Pengerusi SPA

    SPA 30 Jun ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata, tiada peperiksaan khas kepada Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) bertaraf kontrak yang gagal dalam peperiksaan yang akan tamat kontraknya pada penghujung tahun ini. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan salah seorang PTD (Kontrak) dalam sesi soal jawab di majlis taklimat persediaan menduduki Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan PTD Gred M41 di dewan Temu duga Aras 6 pagi tadi. Seramai 80 orang PTD (Kontrak) hadir di majlis itu. Semua pegawai-pegawai yang hadir ini tidak lulus ujian peperiksaan dari tahun 2008, 2009 dan 2010. ”Tiada peperiksaan khas untuk anda, ia terbuka untuk semua”, ujarnya. Beliau juga tidak mahu mereka menyalahkan mana-mana pihak apabila gagal dalam peperiksaan. Menjawab satu soalan lagi, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata, SPA tidak boleh berjanji akan mengadakan peperiksaan semula dalam masa terdekat atau menyambung kontrak PTD yang akan tamat. Bagaimanapun mereka ini boleh kembali ke jawatan asal. Hadir sama, Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Segarajah Ratnalingam dan Setiausaha Bahagian Pengambilan, Encik Zainal Abidin Ahmad. Terdahulu dari itu satu sesi penerangan mengenai sukatan peperiksaan dan Assesment Centre telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Peperiksaan, Puan Faidzah Arshad. Penerangan mengenai penulisan Karangan Bahasa Melayu telah disampaikan oleh Puan Sri Halimah Abdul Majid dari SMK Putrajaya dan penulisan Karangan Bahasa Inggeris oleh Puan Usha Diane a/p Dannis dari SMK Convent Bukit Nenas ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • SPA Muncul Juara Bowling JPM 2012  
       
    PUTRAJAYA 24 September ----- Pasukan Bowling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) muncul Johan Pertandingan Bowling Jabatan Perdana Menteri 2012 yang berlangsung di ARL Powerbowl, Alamanda Putrajaya Sabtu lepas. SPA telah menjadi Johan bagi Kategori Lelaki dan Wanita daripada 24 pasukan yang mewakili Kementerian dan Jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri. SPA juga dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan dengan memperoleh 3,704 jatuhan pin. Hadiah telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Kewangan dan Pembangunan JPM, Encik Zolkopli Dahalan. ----- MediaSPA

Aktiviti 8

  • Lawatan Dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota Umbai, Melaka Ke SPA

    SPA 29 Jun ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah menerima lawatan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota Umbai, Melaka petang semalam. Seramai 88 orang pelajar tingkatan enam dan 10 orang guru telah hadir. Lawatan yang diketuai oleh Guru Penasihat, Puan Rozilah Rahmat telah diberi taklimat kerjaya oleh Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Puan Noormahera Mohd Puzi bertempat di Dewan Temu Duga Aras 6. Taklimat yang diberikan menyentuh tentang hala tuju selepas menamatkan pelajaran, syarat-syarat memasuki perkhidmatan awam, teknik-teknik temu duga, faedah-faedah penjawat awam dan gaji yang ditawarkan mengikut jawatan dan kelayakan. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Majlis Setulus Ingatan Sejambak Kasih  
       
    PUTRAJAYA 20 September ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Majlis Setulus Ingatan Sejambak Kasih malam tadi. Majlis yang berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya tersebut diadakan sempena pertukaran mantan Setiausaha SPA, YBhg. Dato' Lamien Sawiyo. Beliau telah bertukar ke Parlimen berkuatkuasa pada 11 September 2012 yang lalu. Hadir sama, Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Bin Adam dan Ahli-Ahli Suruhanjaya. Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad serta warga SPA. Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian daripada Jabatan Kesenian dan Kebudayaan serta persembahan nyanyian daripada warga SPA.----- MediaSPA

Aktiviti 7

Aktiviti 7

  • Sesi Interaksi Pengerusi SPA di Johor Bahru

    JOHOR BAHRU 26 Jun ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan Sesi Interaksi seterusnya dengan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Dan Pemimpin Masyarakat Negeri Johor semalam. Hadir sama, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari, Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Mohd. Shaiful Ibrahim dan pegawai-pegawai kanan SPA. Di dalam sesi tersebut, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah menyampaikan maklumat merangkumi gaji, kemudahan yang boleh dinikmati penjawat awam, peluang kenaikan pangkat, pinjaman perumahan dan sebagainya. Pelbagai soalan telah dikemukanan oleh wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) terdiri kaum Cina dan India. Sejurus selepas majlis selesai, Pengerusi SPA telah mengadakan sidang media sempena majlis tersebut di tempat yang sama dan diikuti dengan lawatan ke Pusat Temu Duga SPA di Menara Ansar Johor Bahru, Johor ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Datuk Ramli Juhari Mulakan Tugas Sebagai Setiausaha SPA ke - 17  
       
    SPA 11 September ----- YBhg. Datuk Ramli Juhari hari ini telah memulakan tugas sebagai Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Pelantikan beliau sebagai Setiausaha SPA telah dipersetujui oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Dato' Seri Dr Ali Hamsa. Beliau yang merupakan Setiausaha ke-17 menerima Nota Serah Tugas Jawatan dari YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, disaksikan oleh Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Segarajah Ratnalingam petang semalam ------ MediaSPA

Aktiviti 6

Aktiviti 6

  • SPA FC Juara Liga FAM 2012

    BANGI 24 Jun ----- SPA FC muncul Juara dalam Pertandingan Liga FAM 2012, setelah menewaskan pasukan TENTERA DARAT FC 2 – 0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Mini Petronas petang semalam. Walaupun hanya berbaki satu perlawanan iaitu menentang pasukan UiTM pada minggu hadapan, ia adalah sebagai pelengkap dan perlawanan terakhir dalam saingan Liga FAM 2012. SPA FC yang memperoleh 38 mata dan ianya tidak dapat di pintas oleh pesaing terdekat iaitu pasukan UiTM. Ketika mengulas perlawanan dan kejayaan yang dicapai, Presiden SPA FC YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pengurus, jurulatih, pemain-pemain serta semua yang terlibat termasuklah penyokong-penyokong SPA. ”Dengan kemenangan hari ini, kita (SPA FC) telah layak secara automatik untuk menyertai saingan Liga Perdana pada tahun hadapan". Dato’ Lamien Sawiyo juga turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Dragon Boat Kategori Wanita dan Kategori Campuran yang menjadi Johan Dragon Boat JPM 2012. Sementara itu Timbalan Presiden SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari ketika diminta mengulas juga mengucapkan terima kasih dan tahniah atas kemenangan pasukan SPA FC, ”Saya mengucapkan tahniah kepada para pemain kerana menunjukkan mutu permainan yang konsisten dari awal permainan hingga ke akhir perlawanan”. Jurulatih SPA FC, Nidzam Jamil ketika diminta mengulas mengenai perlawanan dalam saingan Liga Perdana berkata, "Semua pemain SPA FC yang ada sekarang memang layak untuk bermain dalam Liga Perdana pada tahun hadapan." ---- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Majlis Nota Serah Tugas Setiausaha SPA  
       
    SPA 10 Sep ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan Majlis Penyerahan Dan Akuan Terima Nota Serah Tugas Jawatan Setiausaha SPA yang ke-16, YBhg. Dato’ Lamien Bin Sawiyo kepada Setiausaha SPA yang baharu. YBhg. Dato’ Lamien Bin Sawiyo akan bertukar ke Parlimen Malaysia sebagai Ketua Pentadbir Parlimen berkuatkuasa pada 11 September 2012. Beliau yang mula bertugas di SPA pada 2.2.2008, digantikan oleh Setiausaha SPA yang baharu iaitu YBhg. Datuk Ramli Bin Juhari juga berkuatkuasa pada 11 September 2012. Majlis penyerahan tugas jawatan tersebut telah berlangsung dihadapan Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Segarajah Ratnalingam. ----- MediaSP

Aktiviti 5

Aktiviti 5

Aktiviti 5

  • Pasukan SPA Juara Kejohanan Dragon Boat JPM 2012 Kategori Wanita Dan Kategori Campuran

    PUTRAJAYA, 24 Jun ----- Pasukan Dragon Boat SPA Kategori Wanita dan Kategori Campuran muncul Juara dalam Kejohanan Dragon Boat JPM 2012, yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Putrajaya, Presint 6, Putrajaya petang tadi. Sebanyak 6 pasukan terdiri daripada Kategori Wanita dan 10 pasukan daripada Kategori Campuran bertanding dalam kejohanan pada tahun ini. SPA juga muncul sebagai Juara Keseluruhan Pertandingan Dragon Boat yang disertai oleh Jabatan/Agensi dibawah JPM sempena Hari Keluarga Jabatan Perdana Menteri yang bermula pada 23 dan 24 Jun 2012. Turut hadir menyaksikan pertandingan, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Bola Sepak SPA FC  
       
    SPA 7 Sep ----- Presiden SPA FC, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo hari ini telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Bola Sepak yang diadakan di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya. Mesyuarat antara lain adalah membincangkan mengenai prestasi Pasukan Bola Sepak SPA FC bagi menghadapi Liga Perdana untuk tahun 2013. Turut hadir Timbalan Presiden SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Naib–Naib Presiden dan Ahli-Ahli Jawatankuasa kelab. Sejurus selepas mesyuarat, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo telah menyerahkan bola kepada YBhg. Datuk Ramli Juhari sebagai tanda simbolik penyerahan jawatan Presiden Kelab Bola Sepak SPA FC kepada beliau. ----- MediaSPA

Aktiviti 4

Aktiviti 4

Aktiviti 4

  • Temubual Tan Sri Mahmood Adam Di Dtube TV

    SPA 21 Jun ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah ditemu bual oleh DTubes.TV, sebuah rangkaian TV Internet 24 jam. Rakaman yang berlangsung selama 20 minit itu telah diadakan di Aras 10. Perantara untuk sesi temu bual rangkaian tersebut adalah Pengarah Operasi DTubes TV, Puan Jamilah Taib. Sesi temu bual yang membawa tajuk ”1 Malaysia Sektor Awam dan Cabaran SPA” mengupas tentang isu-isu dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sektor awam termasuk SPA pada masa kini dan transformasi yang dilaksanakan sejajar dengan konsep ”1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan”. Dtubes.TV boleh dilayari melalui laman web www.dtubes.tv ----- MediaSPA

Aktiviti1
  • Kunjungan Hormat Ke SPA Negara Brunei Dan Sesi Interaksi Pengerusi SPA Di Limbang  
       
    BRUNEI 6 Sept ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan kunjungan hormat ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negara Brunei pada 6 September 2012 bagi bertukar pandangan dan pengalaman berkaitan urusan pengambilan, perkhidmatan dan naik pangkat dan tatatertib di negara tersebut. Ketibaan delegasi dari SPA Malaysia telah disambut oleh Pengerusi SPA Negara Brunei, Pengiran Dato Paduka Haji Maidin Bin Pengiran Haji Hashim. Delegasi SPA Malaysia seramai 15 orang telah diketuai oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Bin Adam. Turut serta 4 orang Ahli-Ahli Suruhanjaya SPA Malaysia, Setiausaha SPA Malaysia, YBhg. Dato’ Lamien Bin Sawiyo serta pegawai-pegawai kanan SPA Malaysia. Terdahulu sebelum itu, YBhg. Tan Sri Mahmood Bin Adam telah mengadakan Sesi Interaksi bersama ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun dan Badan Bukan Kerajaan yang diadakan di Majlis Daerah Limbang, Sarawak pada 5 September 2012 bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada Kementerian, Jabatan dan Pentadbiran Negeri terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh SPA.----- MediaSPA

Aktiviti 3

Aktiviti 3

Aktiviti 3

Aktiviti 3

 
  • Pengerusi SPA Menjadi Tatamu Radio24

    Kuala Lumpur 20 Jun ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara di Bernama Radio24 yang berlangsung di Wisma BERNAMA Kuala Lumpur petang semalam. Rancangan yang diberi nama ”Dalam Radar” telah ke udara selama sejam bermula 6.30 petang hingga 7.30 malam telah dikendalikan oleh DJ Rina dan DJ Zul. Skop perbincangan yang juga dibuka untuk panggilan kepada pendengar lebih menjurus kepada isu "lebih 1.12 juta permohonan sebagai penjawat awam diterima dan hanya 2.1 peratus terdiri daripada permohonan berketurunan Cina". Siaran melalui gelombang FM93.9 MHz boleh didengar di sekitar Lembah Kelang dan Selatan Tanah Air juga boleh dicapai melalui www.radio24.com.my . ----- MediaSPA

Aktiviti1
  • Perasmian Pusat Temu Duga SPA Di Miri  
       
    MIRI 4 September ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah merasmikan Pusat Temu Duga SPA di Miri pada 4 September 2012. Perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Bin Adam. Dalam ucapan perasmian, Pengerusi SPA berkata, pembukaan pusat temu duga ini adalah merupakan kesinambungan kepada usaha SPA untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada calon-calon terutama daripada kalangan anak-anak Negeri Sarawak selari dengan hasrat kerajaan ”Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Hadir sama Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Bin Sawiyo, Ahli-Ahli Suruhanjaya, pegawai-pegawai kanan SPA serta wakil-wakil jabatan. Sejurus perasmian, satu sesi Sidang Media telah diadakan di tempat yang sama. ----- MediaSPA

Aktiviti 2

Aktiviti 2

Aktiviti 2

Aktiviti 2

  • Perjumpaan Khas Tan Sri Mahmood Adam Dengan Media Massa/Elektronik Berbahasa Cina

    SPA 20 Jun ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan sidang media dan perjumpaan khas bersama media massa/elektronik berbahasa Cina. Perjumpaan yang diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Segarajah Ratnalingam, Ahli Suruhanjaya Encik Boon Jon Lin, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia, Setiausaha Bahagian Perkhidmatan, Puan Chan Hong Jin dan Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Puan Lim Irene. Perjumpaan khas YBhg. Tan Sri Pengerusi dengan media berbahasa Cina tersebut adalah bertujuan untuk memberikan maklumat dan memohon bantuan pihak media supaya dapat menghebahkan tentang kemudahan,faedah,gaji dan jawatan-jawatan yang ditawarkan dalam perkhidmatan awam seterusnya menarik minat kaum Cina untuk berkhidmat dalam sektor awam. ----- MediaSPA

Aktiviti1
  • Majlis Setulus Ingatan Sejambak Kasih  
       
    PUTRAJAYA 2 September ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan Majlis Setulus Ingatan Sejambak Kasih dan Sambutan Aidilfitri yang diadakan di Parm Garden IOI Resort, Putrajaya. SPA turut meraikan dua orang warga SPA yang telah bersara iaitu Puan Yang Jameah Youb Ahmad dan Puan Rafiah Ismail. Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi Dato’ Segarajah Ratnalingam, dan Ahli-Ahli Suruhanjaya telah hadir ke majlis tersebut. Hadir sama Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia serta warga SPA. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan penyampaian Sijil Persaraan serta hadiah iringan. SPA juga telah memberi penghargaan kepada atlet-atlet sukan yang telah mengharumkan nama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perdana Menteri antaranya Rowing, Bowling dan Bola Sepak yang telah menjadi juara Liga FAM pada tahun ini. Di akhir majlis YBhg. Tan Sri Mahmood telah memotong pulut kuning sebagai acara simbolik atas kejayaan SPA dalam pelbagai bidang tugas rasmi dan juga aktiviti-aktiviti sukan yang dijalankan. ----- MediaSPA

Aktiviti 1

Aktiviti 1

Aktiviti 1

Aktiviti 1

Aktiviti 1

  • SPA FC Tewaskan PBAPP FC Di Pulau Pinang

    PULAU PINANG 17 Jun ----- SPA FC membawa pulang tiga (3) mata apabila berjaya menewaskan pasukan PBAPP FC dalam saingan Liga FAM 2012 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang petang semalam. Jaringan SPA FC telah diperoleh melalui ketua pasukan, Mohd Zulkifli Affendi pada minit ke-51 pada separuh masa kedua. Dengan kemenangan tersebut, SPA FC hanya perlu menang sekali sahaja lagi dalam perlawanan selepas ini untuk menjadi Juara Liga FAM 2012. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1