November 2013 - Aktiviti 17
- "Berhati-hati Sebelum Mengambil Tindakan Tatatertib" -- Tan Sri Mahmood Adam
MORIB 26 Nov ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini mengingatkan agar urus setia tatatertib di setiap Kementerian dan Jabatan berhati-hati sebelum membuat pertuduhan tatatertib terutama melibatkan tindakan buang kerja terhadap kakitangan di bawah seliaannya. “Urus setia tatatertib Kementerian/Jabatan hendaklah meneliti sebelum tindakan diambil terhadap yang dituduh”. Katanya lagi, ada sesetengah Kementerian/Jabatan mengambil tindakan kes-kes yang tidak jelas seperti tarikh serta masa dan ada juga kes-kes yang tidak munasabah untuk diambil tindakan. Dengan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan garis panduan terhadap tindakan yang boleh diambil sebelum membuat kertas kerja. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Pengurusan Tatatertib Bagi Urus Setia Lembaga Tatatertib Kementerian/Jabatan 2013 di Morib International Resort, Banting Selangor. Turut hadir, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia. Menurutnya lagi, bengkel selama tiga (3) hari yang diadakan ini merupakan platform untuk bertukar-tukar fikiran semasa membuat perbincangan di samping dapat menimba pengalaman.-----MediaSPA