Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C29
- Kumpulan:Pelaksana
- Kem/Jab:Kementerian Kesihatan
- Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN RM1,505.00 RM5,696.00 RM145.00 - Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- diploma dalam bidang teknologi makanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12).
- Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. - Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab menjalankan analisis mikrobiologi dan kimia ke atas contoh-contoh makanan, penyediaan bahan-bahan kimia dan peralatan serta menyediakan laporan-laporan analisis kajian makmal.