Temu Duga dan Tawaran Pelantikan

Pemohon akan dipanggil ke sesi temu duga dalam sesuatu urusan pengambilan sekiranya:

a. melepasi syarat skim perkhidmatan dan syarat tapisan yang ditetapkan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi berkaitan;dan
b. lulus dalam penilaian/ujian yang berkaitan.

 

Terdapat pelbagai faktor seseorang pemohon tidak dipanggil ke sesi temu duga walaupun telah lama memohon jawatan memohon jawatan dalam Sistem SPA9. Antaranya termasuklah:

  1. tiada urusan pengambilan dijalankan kerana tiada permohonan pengisian kekosongan jawatan diterima daripada Kementerian/Jabatan/Agensi;
  2. permohonan dalam Sistem SPA9 telah tamat tempoh sah laku pendaftaran dan tidak dikemas kini semula;
  3. pemohon tidak memenuhi syarat skim perkhidmatan dan syarat tapisan yang ditetapkan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi berkaitan; dan/atau
  4. pemohon tidak berjaya dalam penilaian/ujian yang ditetapkan.

 

Tidak.

 

Tidak boleh. Seseorang calon hendaklah berstatus lulus PSEE/ujian untuk melayakkan diri dipanggil ke sesi temu duga.

 

Boleh dipertimbangkan dalam keadaan berikut:

  1. Kecemasan;
  2. Keagamaan;
  3. Kesihatan; dan
  4. Lokaliti (Sabah/Sarawak/Semenanjung).

 *Calon hendaklah mengemukakan dokumen berkaitan kepada urus setia untuk pertimbangan SPA. Maklumat urus setia yang boleh dihubungi adalah sepertimana dinyatakan dalam panggilan temu duga calon.

Calon boleh menghubungi urus setia terlibat bagi sebarang pertanyaan mengenai urusan temu duga pengambilan sesuatu jawatan. Maklumat urus setia yang boleh dihubungi adalah sepertimana dinyatakan dalam panggilan temu duga calon.

Maklumat yang perlu disertakan ketika berurusan dengan urus setia terlibat:

  1. nama penuh dan nombor kad pengenalan;
  2. tarikh dan pusat temu duga;
  3. dokumen/bukti berkaitan sebagai dokumen sokongan (jika berkenaan); dan
  4. nyatakan alasan/justifikasi kukuh permohonan pertukaran tarikh/pusat temu duga dalam e-mel anda (jika berkenaan).

 

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang calon gagal dalam temu duga. Sebagai contoh, prestasi temu duga kurang memuaskan, tidak membuat persediaan daripada segi mental dan fizikal, tiada pengetahuan berkaitan jawatan yang dimohon, tidak dapat mengemukakan dokumen yang lengkap, personaliti yang tidak bersesuaian dan tidak memenuhi kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.

 

Panggilan temu duga dibuat kepada calon yang lulus penilaian/ujian. Proses ini berlaku setelah calon mendaftar SPA9, melepasi tapisan dan syarat perkhidmatan yang ditetapkan serta dipanggil menduduki ujian/penilaian.

 

Calon digalakkan membawa semua kelayakan akademik yang diperolehi.

 

Keputusan temu duga akan dikeluarkan kepada calon melalui saluran berikut:

  1. e-mel calon yang didaftarkan dalam SPA9 (calon hendaklah sentiasa peka terhadap kemasukan e-mel di semua peti seperti Inbox/Promotions/Social/Junk/Spam);
  2. semakan keputusan temu duga di Portal Rasmi SPA ;
  3. hebahan pemakluman keputusan temu duga di Facebook Rasmi SPA ; dan
  4. semakan status terkini urusan berkaitan dalam Sistem SPA9 melalui menu "Semakan Permohonan" -> "Status Permohonan" -> "Status Permohonan Semasa" -> rujuk kepada jawatan dan nombor urusan yang berkaitan bagi semakan status terkini.

 

Setelah keseluruhan sesi temu duga jawatan tersebut selesai dilaksanakan dan mendapat kelulusan Suruhanjaya.

 

Calon yang berjaya temu duga akan ditawarkan pelantikan melalui e-mel yang didaftarkan dalam SPA9 dan hebahan pemakluman tawaran pelantikan juga akan dibuat melalui Facebook Rasmi SPA. Selain itu, pautan ke Sistem Tawaran Pelantikan (MySTP) akan diaktifkan pada menu Semakan Permohonan di dalam akaun SPA9 calon.

Pelaksanaan tawaran pelantikan adalah sepertimana ditetapkan di dalam Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2021 yang berkuat kuasa mulai 20 Oktober 2021. Sila rujuk kepada poster hebahan di bawah.

Pelaksanaan Prosedur Tawaran Pelantikan Secara Tetap Melalui Sistem Tawaran Pelantikan (MySTP)

 

Calon simpanan akan ditawarkan pelantikan tetap mengikut Turutan Keutamaan (ranking) yang diluluskan oleh SPA tertakluk kepada keperluan pengisian kekosongan jawatan di Kementerian/Jabatan/Agensi berkaitan dan tempoh sah laku calon simpanan belum luput.

 

Calon perlu log masuk ke SPA9 (pautan ke https://spa9.spa.gov.my/login) kemudian klik pada menu "Semakan Permohonan" -> "Status Permohonan" -> " Status Permohonan Semasa" -> status calon simpanan (kedudukan/ranking dan tempoh sah laku simpanan) akan dipaparkan mengikut jawatan dan nombor urusan berkaitan. Sila gunakan laptop/komputer ketika melayari SPA9 untuk paparan yang optimum.

 

Pelangkauan Turutan Keutamaan (ranking) calon simpanan akan berlaku jika terdapat permohonan dari Kementerian/Jabatan/Agensi berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan mengikut keperluan lokaliti/syarat lesen/jantina/keperluan fizikal dan lain-lain kriteria.

 

Pemohon OKU mempunyai peluang dilantik dalam Perkhidmatan Awam sama seperti pemohon yang lain. Namun begitu, pelantikan calon OKU ke sesuatu jawatan adalah dilaksanakan berdasarkan kepada kesesuaian fungsi tugas, persekitaran kerja dan kemudahan mesra OKU yang disediakan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi terlibat.

 

Calon hendaklah meneliti dan melaksanakan semua arahan sepertimana dinyatakan di dalam Sistem MySTP. Kegagalan calon mengemas kini maklumat di dalam Sistem MySTP dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan tawaran terbatal selaras dengan Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2021. Sila rujuk kepada poster hebahan di bawah.

 Pelaksanaan Prosedur Tawaran Pelantikan Secara Tetap Melalui Sistem Tawaran Pelantikan (MySTP)

Calon hendaklah merujuk kepada pegawai bertanggungjawab di Kementerian/Jabatan/Agensi terlibat mengenai urusan penempatan dan melapor diri. Maklumat pegawai yang boleh dihubungi di Kementerian/Jabatan/Agensi terlibat adalah sepertimana dinyatakan dalam e-mel pemakluman tawaran pelantikan.

 

Tidak.

 

Hits: 170360