PT3/PMR/SRP

  • SYARAT KELAYAKAN MINIMUM PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3)/PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)/SIJIL RENDAH PELAJARAN (SRP)
    1. Kelayakan PT3/PMR/SRP Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam

      Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam Perkhidmatan Awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat PT3/PMR/SRP, calon hendaklah memenuhi syarat minimum PT3/PMR/SRP berikut:

      Mata Pelajaran Syarat Minimum
      Gred di PT3
      Syarat Minimum
      Gred di PMR
      Syarat Minimum
      Gred di SRP
      Bahasa Melayu Kepujian
      (Gred C)
      Kepujian
      (Gred C)
      Kepujian
      (Gred 6)
      Matematik Lulus
      (Gred E)
      Lulus
      (Gred D)
      Lulus
      (Gred 7 atau 8)
      Tiga (3) mata pelajaran lain Lulus
      (Gred E)
      Lulus
      (Gred D)
      Lulus
      (Gred 7 atau 8)

      (Rujukan: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1998 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016)

    2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

      Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

      (Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016)

    3. Syarat-syarat yang dinyatakan dalam perkara 1 dan 2 di atas adalah dikecualikan bagi bekas anggota polis atau tentera yang memohon jawatan berikut tertakluk kepada calon telah disahkan dalam perkhidmatan ketika berkhidmat sebagai anggota polis atau tentera serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik:

      Jawatan dan Gred Pangkat terakhir ketika berkhidmat sebagai anggota polis/tentera
      Pengawal Keselamatan Gred KP11 Sekurang-kurangnya Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya

      (Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016)

    4. Berikut merupakan senarai jawatan di peringkat PT3/PMR/SRP yang ditawarkan melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9):