Juruteknologi Pergigian Gred U29

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
    GAJI TAHUNAN
    RM1,797.00 RM5,753.00 RM145.00
  • Syarat Lantikan:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    3. Diploma dalam bidang teknologi pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
    4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL) :
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembedahan Pergigian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Juruteknologi Pergigian Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. mempunyai kelayakan para (iii) di atas; dan
    2. had umur pelantikan:
      (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
  • Deskripsi Tugas:
    1. Merangka, memproses dan menghasilkan applian prostetik pergigian bersama pegawai/pakar pergigian mengikut jenis bahan akrilik, logam, seramik dan komposit.
    2. Menyelaras dan memastikan aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan di makmal pergigian mengikut garis panduan yang di tetapkan.
    3. Membantu di dalam urusan penyelenggaraan dan pembaikan peralatan pergigian yang dilakukan oleh pihak konsesi atau pihak swasta.
    4. Membantu di dalam urusan perolehan aset alih kerajaan dan pengurusan stor bahan pergigian.
    5. Melaksanakan pengurusan data hasil kerja Juruteknologi Pergigian di peringkat makmal/daerah supaya dapat di gunakan sebagai panduan untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.