Rayuan Tatatertib

Mengikut Peraturan 15(1), P.U.(A) 396/1993, rayuan tindakan tatatertib hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pegawai menerima keputusan tindakan tatatertib.

 

Boleh. Walau bagaimanapun, Lembaga Rayuan Tatatertib akan sahkan bahawa surat itu diterima tetapi tidak akan dipertimbangkan kerana rayuan di buat melepasi tempoh membuat rayuan. Surat keputusan makluman ini perlu dikemukakan kepada pegawai.

 

Ya, mengikut Peraturan 15(1), P.U.(A) 396/1993.

 

Ya, mengikut Peraturan 15(2), P.U.(A) 396/1993.

 

Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti di Lampiran D Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017.

 

Berdasarkan Peraturan 16(4), P.U.(A) 396/1993 Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam boleh-

  1. menghantar balik kes itu kepada Lembaga Tatatertib untuk ditimbang semula;
  2. mengesahkan keputusan Lembaga Tatatertib;
  3. mengesahkan keputusan Lembaga Tatatertib tentang salah laku perayu itu tetapi mengubah hukuman itu kepada hukuman yang lebih ringan; atau
  4. mengakaskan keputusan dan hukuman Lembaga Tatatertib dan membebaskan perayu.

 

Hits: 16379