Penetapan Gaji Permulaan

  1. Kerajaan melalui Peraturan 25(7), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012] telah memperuntukkan bahawa penentuan gaji permulaan seseorang pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan kemudian dilantik ke skim perkhidmatan yang lain pada mana-mana tarikh selepas Pergerakan Gaji Tahunan (PGT), gaji permulaan pegawai itu adalah pada gaji yang lebih tinggi tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa dalam gred jawatan terdahulu.
  2. Manakala Peraturan 25(8) telah memperuntukkan bahawa gaji permulaan ditentukan jika pegawai dilantik pada tarikh yang sama atau lebih awal dari tarikh pergerakan gaji pegawai itu dalam jawatan terdahulunya, pergerakan gaji jawatan terdahulu, jika ada, hendaklah diberi terlebih dahulu, terhad kepada amaun gaji maksimum di gred tersebut sebelum menentukan gaji permulaan pelantikan itu.
  3. Permohonan boleh dikemukakan kepada Kementerian/ Jabatan dengan merujuk kepada Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bil. 1 Tahun 2020 – Panduan Penentuan Gaji Permulaan Bagi Pegawai Sedang Berkhidmat Yang Telah Disahkan Dalam Perkhidmatan Dan Dilantik Ke Jawatan Lain.

 

Dokumen yang diperlukan untuk Penetapan Gaji Permulaan adalah melalui pautan https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/bahagian-sumber-manusia/senarai-semak-urusan-perkhidmatan.

 

Hits: 82921