Keterhutangan Kewangan Yang Serius

  • Bagaimanakah yang dikatakan seseorang pegawai awam berada dalam keterhutangan kewangan yang serius ?

    Jumlah hutang yang tidak bercagar dan melebihi 10 kali emolumen bulanannya. Ini bermaksud bakii gaji akhir adalah kurang daripada 40%. Oleh yang demikian pegawai awam hanya dibenarkan berhutang 60% daripada emolumen dan mempunyai baki gaji sekurang-kurangnya 40%.
     
  • Apakah peranan KJ jika didapati kakitangan bawahannya mengalami keterhutangan kewangan yang serius ?

    Ketua Jabatan perlu memantau dan memperingatkan kakitangan di bawah jagaannya supaya mematuhi surat-surat pekeliling dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa. Sekiranya kakitangan bawahannya masih tidak mematuhi surat-surat pekeliling dan berada dalam keterhutangan kewangan serius, Ketua Jabatan perlulah bertanya kepada pegawai bagaimanakah ia menyelenggara kehidupannya. Walaupun mempunyai keterhutangan kewangan yang serius, tetapi pegawai telah menunjukkan prestasi kerja yang baik serta tidak melanggar tatakelakuan perkhidmatan awam dii bawah Peraturan 4, maka tindakan tatatertib tidak perlu diambil. Ketua Jabatan perlulah memantau secara berterusan supaya tidak menjejaskan prestasi kerja dan tidak berlaku penyalahgunaan kuasa.