SPM/SVM/SKM/Sijil

  • PERINGATAN

    Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:
    • lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
    • lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
    • memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

    Calon yang memiliki Sijil SVM adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan SPM/SVM. Bagi tujuan memenuhi syarat lulus atau kepujian Bahasa Melayu untuk pelantikan ke Perkhidmatan Awam, calon hendaklah memperoleh pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) seperti berikut:
     
    SYARAT KELULUSAN BAHASA MELAYU UNTUK PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM SYARAT PENCAPAIAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU (KOD 1104)
    Kepujian Sekurang-kurangnya Gred ‘C’
    Lulus Sekurang-kurangnya Gred ‘E’

    Nota :
    Bagi bekas anggota polis atau tentera yang memohon jawatan seperti di bawah, syarat-syarat di atas dikecualikan tetapi mengambil kira sekurang-kurangnya berpangkat seperti yang dinyatakan:
     
    JAWATAN PANGKAT
    Pembantu Keselamatan Gred KP19 Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya
    Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya
    Pembantu Kesatria Gred S19 Koperal
    Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 Konstabel atau Prebet atau yang setaraf
    Pegawai Bomba Gred KB19 Prebet yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class 1