Hadir Temu Duga

  • Semasa hadir temu duga:
    1. Anda dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen asal semasa temu duga serta disusun mengikut turutan seperti berikut:

      1. MyKad/ Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran/ Surat Beranak;
      2. Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan kewarganegaraan ibu/ bapa (jika berkenaan);
      3. SPM/ SPMV/ SVM atau setaraf;
      4. STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ Sijil Politeknik/ Sijil daripada Institusi yang berkaitan;
      5. skrol dan transkrip bagi pemegang Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah. Calon adalah dikehendaki untuk menyediakan terjemahan transkrip dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris bagi yang menggunakan bahasa lain (jika berkenaan);
      6. Surat Pengesahan Senat/ Jawatankuasa berkaitan dan juga mini transkrip akademik (jika berkenaan) bagi calon yang belum memperolehi skrol Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah;
      7. Skrol dan transkrip akademik untuk Ijazah Sarjana Muda bagi calon yang memiliki kelayakan Sarjana/ Doktor Falsafah;
      8. Slip keputusan peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan bagi pegawai Peningkatan Secara Lantikan;
      9. surat tawaran biasiswa bagi pemegang biasiswa JPA (jika berkenaan);
      10. Sijil Pendaftaran Orang Kurang Upaya/ surat pengesahan berdaftar dengan eKasih (jika berkenaan);
      11. Sijil-sijil lain yang berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas (jika berkenaan);
      12. Sijil kegiatan luar;
      13. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan Surat Perakuan Ketua Jabatan (di pautan http://www.spa.gov.my/spa/panduan/kelayakan/pegawai-sedang-berkhidmat-psl), LNPT terkini, Perisytiharan Harta dan Penyata Gaji akhir untuk pegawai lantikan tetap dalam perkhidmatan awam/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun; dan
      14. Salinan Pengakuan Perkhidmatan Anggota (BAT D 92B) dan Kenyataan Perkhidmatan (BAT.D.132/KEW 14) yang disahkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2011 (bagi calon Bekas Tentera Malaysia sahaja).
    2. Anda juga dikehendaki:

      1. melengkapkan resume di pautan myResume;
      2. memuat naik
        1. gambar, Mykad, Sijil Kelahiran, Sijil Berhenti Sekolah Menengah;
        2. sijil SPM/ SPMV/ SVM dan STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ Sijil Politeknik/ Sijil daripada Institusi yang berkaitan; dan
        3. skrol dan transkrip bagi pemegang Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah serta status pengiktirafan kelayakan akademik sebelum menghadiri temu duga pada tarikh yang telah ditetapkan; serta
      3. mencetak senarai semak temu duga daripada sistem MyResume;
      4. menyemak pengiktirafan kelayakan akademik iaitu Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah (jika berkenaan) untuk lantikan ke perkhidmatan awam di laman sesawang MQA; dan
      5. berada di pusat temu duga 30 minit lebih awal dari masa yang dijadualkan dan mematuhi etika pemakaian untuk menghadiri temu duga.
    3. Kegagalan tuan/ puan untuk mematuhi perkara 1 dan 2 serta mengemukakan maklumat palsu boleh menjejaskan pertimbangan Suruhanjaya untuk lantikan.

    4. Keputusan temu duga boleh diketahui dalam tempoh 30 hari dari tarikh akhir temu duga dengan melayari Portal Rasmi SPA.