Rayuan Kenaikan Pangkat / Pemangkuan

SPA hanya melaksanakan urusan naik pangkat bagi Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam.

 

Lembaga Rayuan Kenaikan Perkhidmatan Awam di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menguruskan rayuan kenaikan pangkat/pemangkuan bagi kumpulan pegawai berikut:

(a) Semua kumpulan pegawai kecuali Gred 2 hingga Gred 16 atau Gred setaraf dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan;
(b) Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas dalam Perkhidmatan Awam
Negeri Melaka;
(c) Pegawai Kumpulan ‘A’ dalam Perkhidmatan Awam Pulau Pinang dan Perlis;
(d) Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan.

 

Sesuatu rayuan kenaikan pangkat/pemangkuan hendaklah dikemukakan melalui Pengerusi Lembaga yang berkenaan dalam masa 30 hari daripada tarikh pegawai menerima keputusan Lembaga itu.

Pegawai merayu perlu mengemukakan surat rayuan melalui Pengerusi Lembaga yang berkenaan.

Manakala Urus Setia Lembaga yang berkenaan perlu mengemukakan dokumen seperti yang dinyatakan di Lampiran C Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017.

 

Hits: 15250