Pengesahan Pelantikan

Suatu proses bagi mengesahkan pelantikan seseorang pegawai yang menerima tawaran pelantikan tetap sesuatu jawatan setelah memenuhi syarat-syarat dalam tawaran pelantikan.

Punca Kuasa:
i. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012];
ii. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2001;
iii. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002;
iv. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2011;
v. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016;
vi. Surat Pekeliling SPA Bilangan 2 Tahun 2017;
vii. Pandangan Perundangan; dan
viii.Ketetapan Suruhanjaya.