Naziran Urusan Perkhidmatan

Memantau pelaksanaan urusan perkhidmatan (Pengesahan Pelantikan, Pelanjutan Tempoh Percubaan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen) yang dikemukakan secara dalam talian melalui sistem ePengesahan oleh Kementerian/ Jabatan supaya ianya selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.
Dalam memastikan urusan perkhidmatan tersebut dilaksanakan dengan teratur, adalah menjadi tanggungjawab Kementerian/ Jabatan untuk:

  1. memastikan dokumen dalam fail peribadi pegawai adalah lengkap mengikut senarai semak urusan perkhidmatan SPA (Surat Pekeliling SPA Bilangan 2 Tahun 2017);
  2. memastikan maklumat yang dimasukkan ke dalam Sistem ePengesahan adalah tepat berdasarkan dokumen pegawai dan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa;
  3. memastikan Pegawai Bertanggungjawab (Pegawai Penyedia, Pegawai Penyemak dan Pegawai Peraku) menggunakan ID Pengguna dan kata laluan masing-masing dan bertanggungjawab ke atas kerahsiaannya;
  4. mencetak sesalinan perakuan yang dihantar kepada SPA melalui Sistem ePengesahan untuk disimpan di dalam fail peribadi pegawai; dan
  5. memastikan dokumen dan fail peribadi pegawai disimpan dengan teratur selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa bagi tujuan naziran oleh SPA.