Pengesahan Dalam Perkhidmatan

 Suatu proses bagi mengesahkan perkhidmatan seseorang pegawai yang telah memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang ditetapkan mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa.

 Punca Kuasa:

  1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A)1/2012];
  2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2001;
  3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002;
  4. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2011;
  5. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016;
  6. Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 3 Tahun 2014 ;
  7. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 3 Tahun 2011;
  8. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 2 Tahun 2017;
  9. Pandangan Perundangan; dan
  10. Ketetapan Suruhanjaya.