Surat Anda Tahun 2014

Senarai yang dipaparkan ini adalah pendapat/ cadangan/ pertanyaan orang awam yang telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Setiap pendapat/ cadangan/ pertanyaan yang telah diambil tindakan akan dipaparkan di ruangan ini. Terima kasih di atas sokongan anda.

BIL. PENGGUNA PENDAPAT / CADANGAN / PERTANYAAN MAKLUM BALAS / TINDAKAN
1. NORFAZLINA BINTI SURIP

salam.

saya ingin bertanya mengenai status permohonan no urusan Sm20130198 pegawai sains mikrobiologi perubatan (kkm).

status permohonan saya bagi jawatan ini  "melepasi syarat syarat ditetapkan", adakah saya dipanggil untuk temuduga bagi jawatan ini?apakah status permohonan saya? adakah setiap urusan yang berstatus " melepasi syarat syarat ditetapkan" akan dipanggil temuduga? jika demikian, saya tidak mendapat panggilan temuduga untuk jawatan ini. apakah yang bole saya lakukan?

Harap mendapat penjelasan.

terima kasih.

Salam sejahtera.

Saudari,

Dimaklumkan bahawa calon yang melepasi tapisan merupakan calon yang memenuhi syarat skim dan melepasi asas tapisan yang dikenakan.  Urusan tersebut kini di peringkat akhir, sekiranya nama saudara disenarai pendek, maka akan dijadualkan untuk temuduga.  Oleh itu saudari disarankan melayari portar rasmi dari masa kesemasa untuk mengetahui kedudukannya,

Sekian, terima kasih.
2. MUHAMAD ALIFF BIN BASARUDIN hai...saya ingin membuat pertanyaan.tentang semakan.maksud tidak melepasi syarat yang ditetapkan tu macam mana ya?mohon jawapan terima kasih

Salam 1 Malaysia

Tuan,

Adalah dimaklumkan bahawa setiap permohonan pekerjaan dalam perkhidmatan awam yang diterima oleh Suruhanjaya akan didaftarkan dan diproses terlebih dahulu. Sekiranya tuan memenuhi syarat skim dan melepasi tapisan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya ini, iaitu seperti bidang pengkhususan yang dimiliki atau CGPA atau kombinasi subjek (bagi jawatan yang menggunakan kelayakan masuk SPM/STPM) akan dipertimbangkan pada masa urusan pengisian jawatan tersebut dibuat. Jika kekosongan sesuatu jawatan sedikit/terhad dan calon yang memohon adalah ramai maka tapisan akan dipertingkatkan atau sebaliknya. Walaubagaimanapun, pengkhususan bidang juga tertakluk kepada permohonan daripada jabatan/kementerian. SPA hanya mengenakan tapisan kepada calon berdasarkan pengkususan bidang yang telah ditetapkan oleh jabatan/kementerian terlibat.

Sekian, terima kasih.
3. DIANA SAKINAH BINTI KAMARUNZAMAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya merupakan pelajar tahun akhir, berstatus berijazah kelulusan dari USM, pengkhususan Audiologi. Saya telah pun menghantar permohonan untuk jawatan sebagai Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) pada bulan April yang lepas, semasa saya berstatus pelajar akhir. Jadi, adakah saya perlu menghantar keputusan akhir peperiksaan saya ke SPA untuk rekod pihak tuan dan sekiranya perlu, tolong nyatakan alamat dan maklumat yang perlu saya lampirkan..

Terima Kasih

Salam 1 Malaysia

Puan,

Berkaitan dengan perkara tersebut, puan perlu mengemaskini CGPA terakhir pada permohonan jawatan di SPA8i.Sekiranya puan memenuhi syarat skim dan melepasi tapisan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya pada masa yang akan datang maka puan akan dipanggil untuk urusan tersebut.

Sekian.
4. MUHAMMAD GADDAFI BIN ZAWAWI assalamualaikum..tuan/puan bagaimanakah cara untuk saya mohon jawatan dalam separa perubatan seperti juxray,jurupulih anggota dan lain-lain. wassalam

Salam sejahtera.

Puan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini dengan menghubungi unit sokongan Bahagian Pengambilan Khas  ditalian berikut;

03-88856254 / 6264 / 6267 / 6281 / 6436  (Separa perubatan)

03-88856270 / 6268 / 6457 / 6453 ( Unit Pendaftaran )

Sekian,terima kasih.
5. FAHZLIMAN ERMAND

Selamat Sejahtera Tuan / Puan

- Semasa mengisi data keputusan SPM 2000 tidak dapat di kemaskini dan juga SPM Ulangan 2003. Adakah SPM terbuka tidak boleh melebihi 3 tahun untuk mengisi keputusan di borang on line SPA.

- Apa maksud status ini tolong jelaskan saya:

Tarikh Tutup Urusan :18/02/2013
No. Urusan :(SM20130029)
Status Urusan :TIDAK MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH SURUHANJAYA

- Tujuan saya nak isi kekosongan Jawatan PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN GRED KP27.

Jasa Baik Tuan / Puan amat saya hargai

Salam sejahtera,

Saudara boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini dengan menghubungi Unit Pendaftaran, SPA Bahagian Pengambilan Khas di talian 03-88856270 /6268 / 88806457 / 88806453 atau emel terus kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

'TIDAK MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH SURUHANJAYA', ianya bermaksud calon tidak melepasi syarat-syarat yang ditetapkan dalam urusan tersebut sama ada bidang pengkhususan/kelayakan/cgpa/gred mata pelajaran. Syarat yang ditetapkan berubah-berubah mengikut keperluan Kementerian/Jabatan yang memerlukan pengisian.

Sekian, terima kasih.
6. FAZILAH BT OTHMAN saya meneruskan pembelajaran di pusat latihan perindustrian teknologi tinggi (ADTEC KULIM),di bawah  Jabatan Tenaga Manusia.saya mengambil kos Diploma Electronic Industri selama 24bulan.adakah Diploma saya ini di iktiraf @ sebaliknya?

Salam sejahtera,

Sila semak dahulu pengiktirafan kelayakan bagi diploma/sijil yang dimiliki dengan klik kepada pautan eSisraf Sistem Pengiktirafan kelayakan dalam borang SPA8i.

Masukan nama Institusi dan pilih medan pengkhususan yang disenaraikan oleh JPA dalam medan yang disediakan dalam Sistem eSisraf tersebut.

Selain itu, saya cadangkan kepada tuan/puan agar menggunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox kerana ada masalah sedikit pada Internet Explorer atau safari dan berkemungkinan masalah tuan/puan tidak boleh kemaskini pada pilihan bidang pengkhususan adalah mungkin tuan/puan menggunakan pelayar (Browser) internet jenis Internet Explorer atau safari.

Sebagai peringatan, sekiranya diploma/sijil yang anda perolehi masih belum diiktiraf oleh Kerajaan bagi maksud lantikan dalam perkhidmatan awam (iaitu ijazah/diploma/sijil tiada dalam eSisraf), sila berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai pengiktirafan tersebut. Tuan/puan tidak dibenarkan mengisi bidang pengkhususan dari institusi yang masih belum diiktiraf kerajaan bagi maksud pelantikan dalam perkhidmatan awam dalam Borang SPA8i ini.

Sekiranya masih gagal, sila berhubung terus dengan Unit Pendaftaran di talian 03-8885 6270/ 6268/ 6269/ 88806457 / 88806453 untuk bantuan lanjut.  SPA memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi.

Sekian, terima kasih.
7. KALAIVANI BATUMALAI

Salam sejahtera tuan,

Saya ingin bertanyakan adakah saya layak dipanggil menduduki peperiksaan kerana masih belum menerima sebarang panggilan untuk menduduki peperiksaan untuk kategori jawatan Ijazah atau Sarjana. Mohon maklum balas pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Salam sejahtera

Tuan

Mana-mana calon yang ada memohon jawatan dengan SPA akan dipanggil ke urusan peperiksaan / temuduga APABILA ADA PERMOHONAN PENGISIAN KEKOSONGAN JAWATAN DARIPADA KEMENTERIAN / JABATAN.

Calon yang layak juga mesti melepasi syarat semasa daripad Kementerian / Jabatan dan SPA. Tuan juga boleh semak status jawatan yang dipohon melalui mykid tuan sendiri yang dibuat semasa mendaftar kerana ada makluman berkaitan dengan jawatanh yang ada dipohon.

 

Sekian.
8. ADZWAN ALIAS BIN RAFAEL assalamualikum dan selamat tengah hari, saya adzwan alias ingin bertanyakan tentang jawatan PDRM yang telah saya daftar dari tahun 2011. adakah saya patut kemaskini kan pemohonan saya dan apakah patut saya nyatakan di bahagian pemohonan yang saya bsekarang berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis Diraja ( SSPDRM ). apakah saya patut nyatakan dalam borang pemohonan saya di Spa tentang perlibatan saya ini untuk menguatkan permohonan PDRM saya?

Untuk memastikan pendaftaran anda tidak luput, sila semak status permohonan melalui MyID yang akan memaparkan tarikh daftar, tarikh luput permohonan serta status permohonan anda. Jika sudah luput anda perlu menyemak, mengemaskini dan klik simpan semua maklumat dan klik hantar supaya permohonan anda akan diproses.

Maklumat sebagai sukarelawan tiada dalam permohonan SPA.

Untuk makluman, SPA hanyalah menguruskan urusan permohonan sahaja manakala perjawatan/urusan pengambilan adalah diuruskan oleh PDRM sendiri.

Oleh yang demikian, segala pertanyaan mengenai perjawatan/urusan pengambilan hendaklah dirujuk dengan pihak PDRM di Portal PDRM www.rmp.gov.my.
9. TEH KIM SIN Tuan, saya telah mendaftar dan memohon semasa saya masih dalam pengajian master. Selepas itu, saya baru tahu bahawa pelajar tahun terakhir tidak dibenarkan membuat permohonan. Atas sebab di atas, permohonan saya tidak melepasi syarat yang ditetapkan oleh SPA. Selepas saya tamat pengajian master, saya mengemaskinikan maklumat pengajian saya dan membuat pembaharuan dalam beberapa jawatan yang dipohon, tetapi semakan status permohonan belum membuat sebarang pengemskinian seperti tarikh yang didaftar masih kekal dan tidak berubah dengan tarikh lama yang saya memohon pertama kali dan jawatan yang saya pohon tidak mengalami perubahan walaupun saya telah membuat perubahan.Sekian, terima kasih. Bolehkah saya membuat pendaftaran baru dengan myID?

Saudara

Semakan mendapati, pada menu pengajian tinggi tidak lengkap diisi.
Tiada maklumat bidang dan pengkhususan dimasukkan. Sila lengkapkan maklumat yang bertanda *.
Semak juga maklumat saudara di RESUME sebelum penghantaran maklumat dilakukan. Pastikan maklumat yang dimasukkan pada setiap menu berpadanan maklumatnya. Jika tidak padan maklumat permohonan saudara tidak terkini.

Jika maklumat yang dimasukkan sama dan lengkap baru klik HANTAR. Semak semula di menu SEMAKAN PERMOHONAN pastikan tarikh daftar dan tarikh permohonan adalah sama. Jika sama, maklumat terkini saudara diterima di pihak kami. Jika tidak sama sila semak semula maklumat yang saudara masukkan adakah ia dipaparkan di resume atau pun tidak.

Sekian, terima kasih.
10. ATIKAH HAIRANI BINTI ABDUL HAMID salam 1malaysia..bagaimana cara untuk membolehkan saya update result spm saya kerana terdapat sedikit kesilapan dalam result spm tersebut..tidak seperti di ruangan pmr dan stpm terdapat button "-" di setiap subjek...harap ada jalan penyelesaian. Sila emelkan salinan result SPM anda ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk semakan. Result SPM adalah daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia dan tidak boleh diubah.