KLASIFIKASI PERKHIDMATAN |
: |
KEJURUTERAAN |
KUMPULAN PERKHIDMATAN |
: |
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL |
SYARAT LANTIKAN |
: |
1. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J9: RM2,690.00).
|
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU |
: |
2. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN |
: |
3. |
Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Juruukur Bangunan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Juruukur Bangunan Gred J9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
|
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA |
: |
4. |
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. |
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN |
: |
5. |
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- Â memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED J10 |
: |
6. |
Juruukur Bangunan Gred J9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruukur Bangunan Gred J10 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED J12 |
: |
7. |
Juruukur Bangunan Gred J10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruukur Bangunan Gred J12 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED J13 |
: |
8. |
Juruukur Bangunan Gred J12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruukur Bangunan Gred J13 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED J14 |
: |
9. |
Juruukur Bangunan Gred J13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruukur Bangunan Gred J14 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI |
: |
10. |
Juruukur Bangunan Gred J14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. |
DESKRIPSI TUGAS |
: |
Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan kerja-kerja pengukuran sesuatu binaan bangunan dan kerja-kerja pengukuran sebelum dibangunkan binaan tersebut. |
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Juruukur Bangunan yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016). |