Pegawai Optometri Gred U9

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERUBATAN DAN KESIHATAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  1. Ijazah Sarjana Muda Optometri yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred U9: RM2,580.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : 3. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 4. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1.  memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U10 : 5. Pegawai Optometri Gred U9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Optometri Gred U10 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U12 : 6. Pegawai Optometri Gred U10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Optometri Gred U12 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U13 : 7. Pegawai Optometri Gred U12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Optometri Gred U13 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U14 : 8. Pegawai Optometri Gred U13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Optometri Gred U14 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 9. Pegawai Optometri Gred U14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
DESKRIPSI TUGAS : Melaksanakan pemeriksaan mata (Optometris dan Orthoptics), perkhidmatan kanta sentuhan, mengukur ‘K-Reading' dan ujian penglihatan warna di hospital-hospital Kerajaan.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Optometri yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).