KLASIFIKASI PERKHIDMATAN |
: |
PERUBATAN DAN KESIHATAN |
KUMPULAN PERKHIDMATAN |
: |
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL |
SYARAT LANTIKAN |
: |
1. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Pertuturan, Audiologi atau bidang berkaitan atau Ijazah Sarjana Muda Pemulihan Cara Kerja/Terapi Cara Kerja dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U9: RM2,580.00).
|
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU |
: |
2. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN |
: |
3. |
Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Jurupulih Perubatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
|
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA |
: |
4. |
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. |
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN |
: |
5. |
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- Â memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U10 |
: |
6. |
Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U10 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U12 |
: |
7. |
Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U12 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U13 |
: |
8. |
Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U13 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U14 |
: |
9. |
Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U14 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI |
: |
10. |
Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. |
DESKRIPSI TUGAS |
: |
Pegawai Pemulihan Perubatan (Audiologi)
- Pegawai Pemulihan Perubatan (Audiologi) bertanggungjawab menjalankan ujian-ujian diagnostik audiologi yang lengkap untuk menilai tahap pendengaran pesakit serta memberi nasihat, khidmat kaunseling dan terapi serta menyelenggara program rehabilitasi.
Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan)
- Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) bertanggungjawab menjalankan pemulihan dan rehabilitasi masalah komunikasi, kelancaran bertutur, masalah suara serta memberi khidmat kaunseling.
Pegawai Pemulihan Perubatan (Fisioterapi)
- memberi perkhidmatan fisioterapi berjadual dan tugas gentian yang komprehensif kepada pesakit luar dan dalam wad yang diperlukan berlandaskan "Piawaian Amalan Fisioterapi" merangkumi:
- menjalankan penilaian terperinci
- mengenal pasti masalah-masalah
- merangka program rawatan yang bertepatan
- melakukan evaluasi/modifikasi rawatan dari semasa ke semasa
- memberi maklum balas pesakit kepada doktor yang merujuk
- mendokumentasi dan menyimpan maklumat mengenai perawatan fisioterapi secara terperinci iaitu: - merekod maklumat penilaian dan perawatan pesakit di dalam borang menggunakan sistem "Problem Oriented Medical Record"
- merekod bilangan pesakit dan rawatan di dalam buku rekod statistik harian
- menyediakan statistik perawatan/bilangan pesakit bulanan mengikut disiplin dan modality rawatan mengikut keperluan sistem maklumat perawatan perubatan
- mengambil bahagian yang proaktif di dalam rondaan wad dan mesyuarat klinikal khusus
- merancang melaksanakan program pendidikan pesakit dan promosi kesihatan
- memberi "supportive counseling" kepada pesakit dan penjaga
- menyelia dan memberi bimbingan kepada pelatih fisioterapi dari Koleh Fisioterapi dan lain-lain institusi semasa penempatan klinikal
- melibatkan diri di dalam sesi program "Continuos Professional Development" di peringkat Jabatan dan Hospital
- membantu dan melibatkan diri secara terus di dalam program penyelidikan
- Tugas Lain: Melaksanakan kerja-kerja yang diarahkan oleh Ketua Jabatan
Pegawai Pemulihan Perubatan (Cara Kerja)
- menjalankan penilaian tahap kondisi/kecederaan pesakit dan ketidakupayaan (disability) yang mengganggu kefungsiannya
- berhubung dengan anggota profesional kesihatan lain dan merancang aktiviti rawatan pemulihan pesakit
- menggalakkan pesakit berdikari dalam aktiviti seharian termasuklah mobility, penjagaan diri dan aktiviti kerohanian
- menjalankan lawatan ke rumah/tempat kerja/sekolah untuk memastikan pesakit dapat berfungsi dengan optima
- memberikan program pendidikan kepada pesakit dan keluarga mereka sebagai langkah pencegahan komplikasi dan disability serta pengekalan tahap optima kefungsian pesakit
- memberikan sokongan psikologi untuk memotivasikan pesakit
- mengambil bahagian dalam konferens kes pesakit bagi membincangkan tahap kemajuan pesakit
- menjalankan aktiviti kembalian pesakit ke pekerjaan (work resettlement) seperti latihan vokasional, terapi industri, bengkel terlindung dan penempatan kerja
- menjalankan aktiviti kembalian pesakit ke rumah (home resettlement) termasuklah mencadangkan pengubahsuaian, susun atur perabut dan sebagainya
- menjalankan latihan skil sosial untuk meningkatkan kebolehan pesakit berinteraksi di dalam komuniti
- menggalakkan pesakit mengambil bahagian dalam aktiviti senggang (leisure) dan sukan yang sesuai
- merekabentuk dan membuat alat-alat ortotik/splint untuk membantu kefungsian pesakit
- merekabentuk dan membuat pakaian tekanan (pressure garment) untuk pengendalian parut/keloid, edema dan lain-lain
- memberikan laporan tentang penilaian, perancangan rawatan dan kemajuan pesakit kepada pegawai perubatan dan pihak yang berkenaan
- mengendalikan pusat harian untuk pesakit-pesakit yang mengalami masalah fiizikal dan psikososial termasuk pemantauan dan pengekalan kefungsian mereka
- mengendalikan kumpulan sokongan (support group) untuk pesakit-pesakit saling berkongsi masalah mereka
- bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti hidup pesakit seperti SOCSO, Pembangunan Masyarakat dan sebagainya
|
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Pemulihan Perubatan yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016). |