KLASIFIKASI PERKHIDMATAN |
: |
KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM |
KUMPULAN PERKHIDMATAN |
: |
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL |
SYARAT LANTIKAN |
: |
1. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
-
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM2,250.00); atau
- bekas anggota polis atau tentera yang sekurang- kurangnya berpangkat Inspektor Polis atau Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM2,250.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM2,470.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM2,580.00).
- Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia:
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Hortikultur, Pemakanan atau Ijazah Sarjana Muda Sains Perikanan dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM2,580.00); atau
- Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah Ilmu Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM2,910.00).
- mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
|
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU |
: |
2. |
Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(a)(i), 1(a)(iii), 1(a)(iv), 1(b)(i) dan 1(b)(ii) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN |
: |
3. |
Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa dan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB5, AB6, AB7 atau AB8 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penguat Kuasa Gred KP9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
-
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
|
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN |
: |
4. |
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. |
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN |
: |
5. |
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- Â memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP10 |
: |
6. |
Pegawai Penguat Kuasa Gred KP9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penguat Kuasa Gred KP10 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP12 |
: |
7. |
Pegawai Penguat Kuasa Gred KP10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penguat Kuasa Gred KP12 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP13 |
: |
8. |
Pegawai Penguat Kuasa Gred KP12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penguat Kuasa Gred KP13 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP14 |
: |
9. |
Pegawai Penguat Kuasa Gred KP13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penguat Kuasa Gred KP14 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI |
: |
10. |
Pegawai Penguat Kuasa Gred KP14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. |
DESKRIPSI TUGAS |
: |
- Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan) Menyelaras dan membuat pengesanan terhadap Pentadbiran Am dan perlaksanaan aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan di peringkat Cawangan/Unit Penguatkuasaan Negeri serta membantu Pengarah dalam melaksanakan Pentadbiran Am Bahagian Penguatkuasaan.
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Bertanggungjawab ke atas Unit Tugas-tugas Khas yang berkaitan dengan Penguatkuasaan Undang-undang, Unit Perlesenan serta Unit Pendakwaan dan Kompaun.
- Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
|
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Penguat Kuasa yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016). |