KLASIFIKASI PERKHIDMATAN |
: |
PERUBATAN DAN KESIHATAN |
KUMPULAN PERKHIDMATAN |
: |
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL |
SYARAT LANTIKAN |
: |
1. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred UG9: RM3,020.00).
|
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU |
: |
2. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PEGAWAI PERGIGIAN GRED UG10, UG12, UG13, UG14 ATAU PAKAR UG15 |
: |
3. |
Calon bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Pergigian Gred UG10, UG12, UG13, UG14 atau Pakar UG15 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1 dan 2; dan
- mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang berkenaan.
(Gaji permulaan lantikan pada Gred UG10: RM3,840.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred UG12: RM5,530.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred UG13: RM6,210.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred UG14: RM6,560.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred Pakar UG15: RM7,030.00).
|
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA |
: |
4. |
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. |
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN |
: |
5. |
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- Â memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED UG10 |
: |
6. |
Pegawai Pergigian Gred UG9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Pergigian Gred UG10 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED UG12 |
: |
7. |
Pegawai Pergigian Gred UG10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Pergigian Gred UG12 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED UG13 |
: |
8. |
Pegawai Pergigian Gred UG12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Pergigian Gred UG13 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED UG14 |
: |
9. |
Pegawai Pergigian Gred UG13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Pergigian Gred UG14 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED UG14 |
: |
10. |
Pegawai Pergigian Gred UG14 yang diwartakan pakar sahaja adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Pergigian Gred Pakar UG15 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI |
: |
11. |
- Pegawai Pergigian Gred UG14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi tanpa melalui Gred Pakar UG15; atau
- Pegawai Pergigian Gred Pakar UG15 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
|
DESKRIPSI TUGAS |
: |
Bertanggungjawab memberi rawatan pergigian, membuat lawatan ke Pusat-pusat Kesihatan Kecil atau sekolah-sekolah, mengawas pameran kesihatan pergigian dan memberi panduan kepada kakitangan di dalam klinik. |
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Pergigian yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2017 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2016). |