KLASIFIKASI PERKHIDMATAN |
: |
SAINS |
KUMPULAN PERKHIDMATAN |
: |
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL |
SYARAT LANTIKAN |
: |
1. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred C9: RM2,580.00).
|
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU |
: |
2. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN |
: |
3. |
Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Juruterapi Pergigian dan Juruteknologi Pergigian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Sains Gred C9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penyediaan Makanan Gred C9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
|
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA |
: |
4. |
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. |
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN |
: |
5. |
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- Â memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED C10 |
: |
6. |
- Pegawai Sains Gred C9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Sains Gred C10 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
- Pegawai Sains Gred C9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Sains Gred C10 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kriteria kecemerlangan yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED C12 |
: |
7. |
- Pegawai Sains Gred C10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Sains Gred C12 yang kosong apabila telah
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
- Pegawai Sains Gred C10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Sains Gred C12 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kriteria kecemerlangan yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED C13 |
: |
8. |
- Pegawai Sains Gred C12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Sains Gred C13 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
- Pegawai Sains Gred C12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Sains Gred C13 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kriteria kecemerlangan yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED C14 |
: |
9. |
- Pegawai Sains Gred C13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Sains Gred C14 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
- Pegawai Sains Gred C13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Sains Gred C14 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kriteria kecemerlangan yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKANPANGKAT KE KUMPULANPENGURUSAN TERTINGGI |
: |
10. |
Pegawai Sains Gred C14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. |
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Sains yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016). |