KLASIFIKASI PERKHIDMATAN |
: |
SISTEM MAKLUMAT |
KUMPULAN PERKHIDMATAN |
: |
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL |
SYARAT LANTIKAN |
: |
1. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
-
- Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F9: RM2,580.00); atau
- Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F9: RM3,020.00); atau
- Ijazah Kedoktoran dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F9: RM3,350.00).
|
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU |
: |
2. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN |
: |
3. |
Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
|
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN |
: |
4. |
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. |
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN |
: |
5. |
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- Â memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED F10 |
: |
6. |
Pegawai Teknologi Maklumat Gred F9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F10 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED F12 |
: |
7. |
Pegawai Teknologi Maklumat Gred F10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F12 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED F13 |
: |
8. |
Pegawai Teknologi Maklumat Gred F12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F13 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED F14 |
: |
9. |
Pegawai Teknologi Maklumat Gred F13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F14 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI |
: |
10. |
Pegawai Teknologi Maklumat Gred F14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. |
DESKRIPSI TUGAS |
: |
Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan. |
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Teknologi Maklumat yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2021 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2021). |