KLASIFIKASI PERKHIDMATAN |
: |
BAKAT DAN SENI |
KUMPULAN PERKHIDMATAN |
: |
PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU) |
GRED JAWATAN |
: |
B1, B2, B3, B5, B6, B7, B8 |
GRED LANTIKAN TERUS |
: |
B2, B3, B6, B7, B8 |
SYARAT LANTIKAN |
: |
1. |
Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B1
-
- mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau
- Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,561.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,622.00).
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B5
-
- mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B5: RM1,650.00); atau
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B5: RM1,650.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B5: RM1,650.00); atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B5: RM1,650.00); atau
- Diploma dalam bidang Seni Lakon, Seni Persembahan, Seni Tari, Seni Kreatif, Seni Drama atau Seni Teater yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B5: RM1,893.00).
|
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU |
: |
2. |
Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(a)(ii), 1(a)(iii), 1(a)(iv), 1(a)(v), 1(b)(ii), 1(b)(iii), 1(b)(iv) dan 1(b)(v) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN ARTIS BUDAYA GRED B2 ATAU GRED B3 |
: |
3. |
Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Artis Budaya Gred B2 atau Gred B3 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
- memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a) dan 2; dan
-
- memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
- memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
(Gaji permulaan lantikan pada Gred B2: RM2,220.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred B3: RM2,790.00).
|
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN ARTIS BUDAYA GRED B6, B7 ATAU B8 |
: |
4. |
Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Artis Budaya Gred B6, B7 atau B8 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
- memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(b) dan 2; dan
- memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
- memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
(Gaji permulaan lantikan pada Gred B6: RM3,080.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred B7: RM3,810.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred B8: RM5,390.00).
|
SYARAT UJIAN KHAS |
: |
5. |
Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang kebudayaan sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan. |
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN |
: |
6. |
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. |
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN |
: |
7. |
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED B2 |
: |
8. |
Artis Budaya Gred B1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Artis Budaya Gred B2 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED B3 |
: |
9. |
Artis Budaya Gred B2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Artis Budaya Gred B3 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED B5 |
: |
10. |
Artis Budaya Gred B3 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Artis Budaya Gred B5 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED B6 |
: |
11. |
Artis Budaya Gred B5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Artis Budaya Gred B6 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED B7 |
: |
12. |
Artis Budaya Gred B6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Artis Budaya Gred B7 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED B8 |
: |
13. |
Artis Budaya Gred B7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Artis Budaya Gred B8 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI KEBUDAYAAN GRED B9 |
: |
14. |
Artis Budaya Gred B5, B6, B7 atau B8 yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Kebudayaan Gred B9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. |
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Artis Budaya yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).
|