Kembali Ke Dalam Skim Perkhidmatan Terdahulu
 Proses mengembalikan seseorang pegawai yang telah disahkan dalam skim perkhidmatan terdahulunya sebelum dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain jika:
- pegawai itu gagal untuk disahkan ke dalam skim perkhidmatan yang lain itu dengan syarat kegagalan pegawai itu bukanlah atas sebab kelakuannya yang tidak memuaskan; atau
- pegawai itu memohon untuk kembali ke skim perkhidmatan terdahulunya, dengan syarat dia telah melalui tempoh percubaan minimum yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang lain itu.
 Punca Kuasa:
- Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012];
- Pandangan Perundangan; dan
- Ketetapan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.